Kongsi Ilmu

Sunday, August 16, 2009

tanda orang munafik bila berjanji tidak tepati


Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama yang baik. Al Fatehah kepada Allahyarham Ustaz Asri


Assalamualaikum,

Bismillah Hir Rahman Nir Rahim.

Sudah agak lama ABG tidak menulis, dan ABG mohon maaf sebab lewat ini sibuk dengan beberapa assignment dan hal peribadi.

Alhamdulillah, Allah telah memberikan rezeki kepada ABG berupa ilmu dan kelapangan masa untuk mengikuti majlis ilmu, yang mana ABG cuba untuk kongsikan dengan pembaca sekelian. Majlis ilmu ini telah diadakan di dua tempat yang berasingan dan alhamdulillah ABG dapat meluangkan masa untuk mengikuti majlis ilmu ini dari seorang ustaz yang sama.

Untuk makluman jua, majlis ilmu ini di host 2 orang professor dari dua buah universiti di Lembah Klang, yang zuhud dan tawaduk. Mereka walaupun mempunyai PhD dalam bidang masing masing serta mendapat anugerah akademik atas research yang dijalankan masih sudi meluangkan masa dan ikhlas menghulurkan wang ringgit untuk sponsor majlis ilmu sebegini.


Catatan dari majlis ilmu:-

Sejarah wujudnya orang munafik

Dizaman Rasulullah, baru wujudnya orang munafik. Sebelum itu, hanya ada 2 golongan manusia iaitu golongan beriman dan golongan kafir.

Orang munafik diketuai oleh Abdullah bin Ubai, iaitu seorang Yahudi di Yathrib (Madinah). Bersama 4 orang rakan lagi mereka berpakat untuk menakluki Yathrib dan mengangkat Abdullai Bin Ubai sebagai raja di sana.

Bagaimanapun sepandai mana manusia merancang, Allah jua yang menentukan. Ditakdirkan, Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Madinah dan seterusnya adalah sejarah pengembangan ugama dan tamaddun Islam di Madinah Munawarah, dan akhirnya ke seluruh dunia.

Abdullah bin Ubai tidak berputus asa dan sebaliknya berpura pura masuk Islam dan menyebelahi Rasulullah. Bagaimanapun, orang munafik tidak ikhlas beriman kepada Allah dan Rasulnya. Tujuannya orang munafik ialah merosakkan Islam dari dalam.


Tanda orang munafik

Tanda orang munafik ada 3 iaitu

i- Bila bercakap - berbohong

ii- Bila berjanji - mungkir janji

iii. Bila diberi amanat- berlaku khianat


Disini, ada beberapa jemaah yang menanyakan ustaz yang mengajar mengenai keadaan politik semasa ditanah air.

Menurut ustaz, bahawa adalah lebih selamat jika berjanji tepati janji dan jika tidak dapat menepati janji jangan berjanji.
Selain itu, bila bercakap atau berdakwah, pastikan nasihat tersebut diamalkan dulu oleh yang bercakap/pendakwah berkenaan.

Contohnya Rasulullah, bila ditanya mengenai buruk baiknya memakan gula, baginda telah menyuruh seorang sahabat menunggu 3 hari. Selepas 3 hari barulah baginda memaklumkan bahawa memakan gula banyak keburukan. Baginda menunguu 3 hari untuk memaklumkan kepada sahabat baginda kerana baginda amat menjaga adab dan budi pekerti diri sendiri. (sebenarnya dalam masa 3 hari tersebut, baginda memutuskan semua makanan yang mengandungi gula. Selepas 3 hari barulah baginda mahu bersabda mengenai buruk baiknya memakan gula. Begitulah murninya budi pekerti baginda Rasulullah)


Allah telah berkata dalam surah Al Baqarah Ayat 13, jangan membuat kerosakan di muka bumi ini. Sebaliknya hiasilah bumi ini dengan adab yang mulia.


Selain baginda Rasulullah dalam kesah di atas, contoh paling mudah disekeliling kita yang boleh di ambil masakini adalah mengambil contoh budi pekerti mulia seorang pendakwah yang juga penyanyi Nasyid yang baru dipanggil ke rahmatullah iaitu Ustaz Asri dari kumpulan Rabbani. Walaupun beliau seorang yang terkenal, beliau amat berhemah, sentiasa menjaga tingkah laku, lembut budi pekerti dan tidak pernah berjanji jika tak dapat tepati janji jika telah ada temujanji lain.(Kebetulan pula allahyarham Ustaz Asri satu sekolah ugama dengan ustaz yang berdakwah di majlis majlis ilmu ini.)

Selain itu, untuk mengetahui agenda rahsia Yahudi, banyakkanlah membaca Surah Al Anfal dan Surah At Taubah. Semoga dengan membaca surah surah tersebut. Allah turunkan petunjuk bagaimana untuk menangani agenda Yahudi dan golongan munafik ini. Amen.

Segala yang baik datang dari Allah dan yang buruk itu dari diri saya jua. Wassalam.

5 comments:

  1. salam ABG

    biasanya mereka yang mempunyai ciri2 ini tidak sedar mereka adalah munafik dan lebih teruk lagi mereka menuduh orang seperti mereka

    ini banyak berlaku dalam parti yang mengatakan mereka pejuang Islam

    sama2 lah kita fikirkan

    salam

    ReplyDelete
  2. Salam ABG,

    Blog yang banyak informasi..dan bagus..walau pun tak brutal...haha...insyallah mamak akan lawat lagi...wassalam.

    ReplyDelete
  3. Nama je Parti Islam, tapi munafik nombor 1.

    1Munafik :)

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum,

    ABG pertama kali berjumpa Ustaz Asri semasa menunaikan umrah pada tahun 2002. Orangnya memang amat berhemah dan penyabar dengan karenah jemaah yang pelbagai, termasuklah ABG pada waktu itu. Aruah tak segan silu, bersama rakan Rabbani yang lain, angkat beg beg besar jemaah, dari KLIA- Jeddah, Madinah-Makkah dan sampai di Makkah angkat lagi beg beg besar naik ke hotel dan akhirnya semasa balik dari Jeddah -KLIA lagi bertambah banyak dan semuanya berat-berat, aruah dan rakan tak pernah merungut. Mana ada celebrity lain sanggup buat kerja macam itu dan tersangat amat merendah diri!

    Itulah budi pekerti mulia yang ABG ingat mengenai aruah. Dan mungkin disebabkan itu juga ABG tergerak hati nak belajar ilmu ugama, amalkan ilmu yang dipelajari dsbnya.

    Dakwah ugama aruah amat lembut, dalam tutur kata dan tingkah laku seharian. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempat bersama orang orang beriman.

    ReplyDelete
  5. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempat bersama orang orang beriman.

    AL-FATIHAH

    ReplyDelete

Disclaimer- segala komen pembaca tidak mewakili pendapat penulis blog ini. Komen anda adalah hak peribadi anda dan penulis blog tidak bertanggungjawab jika komen anda mempunyai kata kata hasutan dan diambil tindakan undang undang. Oleh itu komenlah dengan bijak dan waras