Lewat ini terlalu banyak usaha menyahsensititifkan isu -isu sensitif. Antara isu yang cuba dinyahsensitifkan adalah isu penjualan arak dan penguatkuasaan undang-undang Kerajaan Tempatan oleh MBSA.
Dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia, keharmonian adalah berteraskan tanggungjawab. Rasa tanggungjawab lahir melalui undang undang dan apa yang kita pegang dalam norma norma kehidupan seharian.
Oleh itu, apabila ugama rasmi Malaysia adalah ugama Islam, maka norma norma yang kita pegang adalah berpaksikan ugama Islam. Ianya direfleksikan dalam Perlembagaan Malaysia, Akta Kerajaan Tempatan (Akta 171) iaitu undang undang yang dibuat secara formal dan bertulis, sementara Rukunegara adalah nilai bersama yang rakyat Malaysia pegang. Manakala satu lagi undang undang Thot (Thot Law yang mana lebih kurang sama dengan The English Common Law) menggunapakai common sense dan norma yang tak bertulis yang sedia digunapakai dalam sesuatu masyarakat.
Jadi telah menjadi tanggungjawab Pihak Berkuasa Tempatan untuk menjaga kepentingan sosial, ekonomi dan keharmonian peduduk dalam sesuatu majlis Kerajaan Tempatan.
Atas dasar itu juga kesemua premis premis yang menjual arak untuk diminum (premis selling liquor ready for consumption) perlu mempunyai permit , kerana ianya hanya dibenarkan hanya setelah beberapa kondisi khas DIPENUHI. Permit ini juga mengawal penjualan arak secara berluasa.
Pihak Berkuasa Tempatan bertindak untuk meluluskan kebenaran premis menjual arak setelah bersidang. Di DBKL, beberapa wakil lain seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia, wakil Kastan dan Eksais serta lain lain badan berkepentingan dipanggil dalam mesyuarat meluluskan premis menjual arak.
Terdapat loophole dalam undang undang sedia ada dimana premis yang tiada permit menjual arak didapati menjual arak. Dalam kes ini kedai serbaguna/ convenience store didapati telah menjual arak tanpa permit. Perkara ini dan lophole dalam undang undang sedia ada memeningkan kepala semua Pihak Berkuasa Tempatan.
Dalam perkara ini salahkan kalau kita menggunakan pakai common sense, dimana kedai kedai yang menjual arak diperlukan untuk mendapatkan permit khas bagi menjual arak?
Janganlah hanya kerana terdapat kedai serbaguna yang menjual arak di negara barat, maka Malaysia mengikuti. English Common Law dan Thot Law juga menggunakan common sense!
Sudah tiba masanya jika premis ini berkeras nak jual arak, maka premis sedemikian perlu memohon permit khas menjual arak. Dalam kes ini, premis tersebut tidak layak lagi menggunapakai nama kedai serbaguna. Premis tersebut layak dipanggil kedai arak dan tak sepatutnya berada dalam kawasan perumahan , mahupun kawasan sekolah atau kampus dan rumah ibadat dalam radius 100- 200 meter. Perkara loophole ini boleh diatasi jika MBSA dan semua PBT terbabit menyemak semula Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan masing-masing mengenai perletakan premis menjual arak, tempat-tempat hiburan dan sebagainya ( polisi ini boleh dibuat oleh PBT dibawah kuasa yang diberikan dalam Akta Perancangan Bandar dan Desa )
Yang paling penting, hormatilah ugama Islam , ugama rasmi Malaysia seperti termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.
Walaupun Khalid adalah menteri besar Selangor tetapi beliau sama juga seperti Nizar , Boneka yang telah di tarik hidungnya. Mana janji -janji PAS sebelum memerentah. Jika kita menang hari ini , sebelum matahari terbit kita akan tutup kilang arak. Sekarang ini bukan kilang arak saja yang ada di Selangor. Selangor kini bagi tempat sarang maksiat. Di Pucung kini bagaikan Syurga dunia, Pucung sudah menjadi Thailand Malaysia. Bukan arak saja, Pelacuran kian membiak.
ReplyDeleteAssalamualaikum.
ReplyDeleteSaya setuju benar dengan pandangan tuanhamba.
Menjual arak samada didalam bentuk bir atau shandy sudah jatuh didalam kategori 'liquor store'.
Bukan kedai serbaguna lagi dah.
Terimakasih kerana menyedarkan umum.
buat buat berani aje PAS tu sempena PRK pematang pasir ni..
ReplyDeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteSebenarnya kedai serbaguna tersebut boleh meminta satu lagi lesen iaitu lesen kedai arak dan memohon permit untuk menjual arak.
Tetapi kedai tersebut tak berani pohon walaupun beberapa kedai sedia ada memang memegang 2 atau 3 jenis lesen.
Ini kerana bagi mendapatkan lesen kedai arak, kedai serbaguna tersebut perlu memenuhi beberapa kondisi tertentu
Di DBKL mana mana premis hiburang seperti karaoke dll tidak dibenarkan berada kurang dari 100meter kawasan kediaman.
Jika berani, kedai serbaguna tersebut boleh mohon lesen kedai arak...dan kena patuhi beberpa kondisi khas...berani buat ker?
Dlm hal ini saya respect pada kedai serbaguna di stesyen minyak,seperti kedai mesra-Petronas, kedai Shell dan kedai serbaguna Esso yang tak jual arak, maju juga.
Masalahnya dalam akta Kastam dan eksais, arak ditakrifkan sebagai mengandungi 8% alkohol dan lebih... sedangkan beer mengandungi kurang dari itu... oleh itu, silalah anda menolong untuk pihak kerajaan pusat meminda supaya peratusan takrifan sebagai arak menjadi lebih rendah supaya beer dimasukkan sebagai arak... UMNO/BN kan memegang kuasa...
ReplyDeleteBTW.. selama ini, sejak berpuluh tahun, segala komplen oleh AJK surau pasai kedai serbaneka jual arak di selangor/shah alam tidak diendah oleh pihak yang terlibat... iaitu MP/ADUN/MBSA/7-11. ketua cawangan UMNO dll... Bila PR perintah.. baru ada sedikit tindakan...
Salam,
ReplyDeleteTuan Hamba, sebenarnya Kerajaan Barisan Nasional Selangor telahmewartakan Enakmen Hiburan yang mana antara lain mengawal penjualan alkohol oleh orang Islam dan juga mengawal penggunaan / meminum alkohol oleh orang Islam.
Enakmen ini diartakan lewat tahun 2007 dan meliputi seluruh negeri Selangor.
Malangnya, kewujudan enakmen ini tidak disedari oleh partai Pakatan Rakyat dan isu arak telah dimainkan semasa PRU12. Malah isu mengaeakan MBSA memulangkan semul;a tin arak yg dirampas juga tidak timbul.
Undang2x bagi mengawal hak hak orang Islam telah dibuat oleh BN, malangnya ianya tak digunakan sepenuhnya oleh partai Pakaran Rakyat seperti PAS dan PKR yg menerajui kerajaan Selangor selepas PRU12.
Kebenaran perlu diperjelaskan demi menjaga kepentingan umat Islam.