Hebuh bila ada politikus Cina ultra kiasu berkiblatkan PRC China mengatakan semua yang bernama China milik PRC China. Untuk makluman, sebelum digelar Laut China Selatan, kawasan laut tersebut telebih dulu digelar Laut Champa. Rujuk posting saya terdahulu pada 2014
Ya kenapa digelar Laut Champa? Sebab Champa ialah Empayar Besar dunia Melayu ketika itu. Syeikh Jamaludin Al Kubra juga bermastautin di Champa selama 19 tahun sebelum mendarat di Kelantan.
Untuk
generasi muda, Champa adalah nama bagi Empayar Melayu yang menjurus ke
Utara sehingga Danang dan pernah menempati bumi Vietnam dan Kemboja.
Menurut seorang pakar sejarah Champa, nama Da Nang asalnya dari nama Air
yang Besar Da Nang
Empayar Champa mengandungi beberapa negara kota seperti tertera dalam peta di bawah
Empayar
ini diasaskan pada sekitar abad ke-7M dan bertahan sehingga tahun
1832M. Sepanjang tempoh tersebut, Empayar Champa mengalami pelbagai
peristiwa turun naik sehingga memaksa ibukotanya dipindahkan beberapa
kali iaitu di Indrapura (875-978M), Vijaya (978-1485M) dan terakhir di
Panduranga (1485-1832M) setelah diasak oleh orang-orang Viet (Vietnam)
yang berasal dari Utara (Selatan China)
Empayar
Champa dikatakan mencapai zaman kemuncak kekuasaannya sekitar tahun
800-1000M. Sepanjang tempoh tersebut, orang-orang Champa menguasai
perdagangan rempah dan kain sutera di antara China, Nusantara dan
Kerajaan Abbasiah di Baghdad.
Orang-orang Champa merupakan pelaut dan pedagang yang mahir. Menurut Tan Sri Prof. Emeritus Dr. Ismail Hussein,
Presiden Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA), Laut
China Selatan ini asalnya dikenali sebagai LAUT CHAMPA. Ia menjadi
tempat atau gelanggang utama perdagangan dan pelayaran orang-orang
Champa.
Keagungan
dan kemasyhuran Empayar Champa di samping kehebatan serta kemahiran
orang-orang Champa dalam perdagangan dan pelayaran diakui dan terkenal
bukan sahaja di Nusantara bahkan juga ke seluruh dunia sehingga laut di
sekitarnya lebih dikenali sebagai LAUT CHAMPA.
Sumber
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
ReplyDeleteJika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)