Kongsi Ilmu

Tuesday, May 26, 2015

Bila Utusan Malaysia meniru Harakah

Sudah 4 hari serangan bertalu talu kumpulan penulis Wahhabi yang diketuai oleh Zulkifli Bakar ke atas golongan Islam ASWJ.



Serangan tersebut menghimpun semua ulama suk pro Wahhabi bukan sahaja ke atas tarekat Nasyabandi, tapi juga amalan Islam ASWJ asyariyah wal matudriyah yang lain seperti zikir, wirid, maulid  dan berzanji.

Saya sangat hairan sebab UMNO menjadi kuat kerana penyokongnya Islam ASWJ. Tapi dalam hal ini Utusan meniru Harakah (lidah rasmi PAS) dengan mempromosi Wahhabi. Sedarkah PM Najib bahawa jika Wahhabi yang berkuasa jangan harap umat Islam yang patuh pada ugama akan menyokong UMNO lagi??

Sehubungan dengan itu ASWAJA mengeluarkan kenyataan akhbar di bawah


1.     ASWAJA kecewa dengan tindakan Utusan Malaysia, Utusan Online yang menyiarkan artikel kononnya mengenai kesesatan Tariqat tanpa mengambil rujukan pihak berautoriti di negara ini. Nampaknya bagaikan ada agenda yang tersirat cuba dilakukan wartawan Utusan dan menjadi persoalannya apakah beliau faham dengan pengertian Tariqat dalam erti kata sebenarnya. Isu yang ditimbulkan ini boleh mencetuskan perpecahan dalam kalangan umat Islam dan mengelirukan umat Islam khususnya bagi yang tidak memahami Tariqat.

2. Utusan seharusnya bersikap ilmiah jika mahu membuat analisis pembongkaran dan perlu mengambil pandangan dari ulama muktabar yang mempunyai kepakaran dalam bab Tariqat seluruh dunia seperti masyakih Azhar, Nahdatul Ulama dan Jilsah Negeri Sembilan dan bukannya mengambil pandangan utama individ bermasalah seperti Maulana Asri yang menyesatkan Imam Ibn Ishaq iaitu imam ilmu sejarah umat islam. Tidak cukup itu beliau juga menyesatkan amalan tahlil arwah, menyesatkan amalan zikir berjemaah, menyesatkan amalan maulid Nabi dan pernah menolak hadis mengenai peristiwa ganjil semasa kelahiran Rasulullah SAW. Dalam hal ini beliau tak layak untuk diangkat sebagai pakar hadis kerana beliau sendiri buta tentang hadis

3. Dalam hal ini timbul keraguan kenapa penulis Utusan tidak membuat rujukan kepada pihak berautoriti agama seperti JAKIM, MUFTI dan sebagainya. Malah, sebelum ini pun Majlis Fatwa sudah mengeluarkan kenyataan dan membuat keputusan mengenai Tariqat dan sepatutnya ia tidak perlu lagi dijadikan isu oleh Utusan Malaysia.

4Jika utusan merujuk fatwa jakim tentang Naqsyahbandi Haqqani. Sepatutnya Utusan tidak mendahului JAKIM kerana JAKIM sendiri tidak menyatakan dengan ilmiah kesestan tarekat Naqsyahbandi

5. Utusan sepatutnya lebih berhati-hati dalam berkomentar tentang para habib. Contohnya Habib Syeikh sendiri menafikan beliau mengikut haqqani. Adapun baiah yg kita nampak itu bukan baiah kesetiaan. Tetapi ia adalah baiaah tabarruk. Ia berbeza dgn baiaah kesetiaan

6. Akibat menulis bersumberkan tokoh-tokoh pro-wahabi. Penulisan utusan dicemari dengan elemen fitnah yang sekaligus merosakkan imej Islam dan mengelirukan umat Islam di negara ini

7. Sehubungan dengan itu, ASWAJA menyeru pihak berkuasa agama supaya bersuara bagi merungkai segala persoalan yang dibangkitkan Utusan Malaysia, jika tidak ia akan mengakibatkan Tariqat terus dipandang serong oleh golongan yang tidak berilmu dah memahaminya

  
Sekian Terima Kasih

Zamihan Mat Zin al-Ghari

Presiden ASWAJA (25 MEI 2015).



2 comments:

  1. Isu tarekat ni mmg rumit, fikir cara wahabiyah, dipukal sesat semuanya hingga yg tak sesat pun disesatkan juga.

    Saya pernah mendekati dan berjinak jinak dgn arqam sekitar awal tahun 80an. Membaca terbitan terbitannya, bersahabat dgn ahli ahlinya, ziarah ke markaznya, bahkan seorg dr pimpinannya pernah juga ziarah ke rumah. Cuma belum berbai'ah sahaja. Hinggalah saya membaca buku aurad muhammadiyah pegangan darul arqam sebelum ianya diharamkan, dan saya temui ungkapan ungkapan yg saya anggap menyesatkan. Sejak itu saya terus menjauhinya, bahkan jika saya dapati solat berjama'ah berimamkam ahli arqam, tidak saya makmumi solat berkenaan. Anggapan saya tidak silap bila kemudiannya arqam diharamkan.

    Masalah dgn perkumpulan perkumpulan tarekat ni, hanya kita ketahui salahnya bila kita sudah jauh di dlmnya, yg jika tidak kuat iman dan ikhlasnya, dek taksub dan ego rasa benar sendiri dan rasa hebat sendiri, walau pun perwatakan luarannya tampak tawaddu' dan zuhud, segala salahnya akan terkaburi, dan sukar pula utk meninggalkannya, serta mengakui kesilapan yg telah bertahun tahun lamanya.

    Sepengetahuan saya, imam imam kita, walau tidak memukal semua perkumpulan tarekat itu sesat, bahkan ada yg memandang baik sesetgh pengamalnya, mrk sendiri tidak pun terikat atau beramal dgn mana mana perkumpulan tarekat secara khusus.

    So, bg saya yg kurang mendlm ilmunya ini, berpendirian, walau pun ada kenalan yg mengajak mengikuti tarekat tarekat tertentu, lebih selamat bg diri saya beramal dgn zikir zikir, wirid wirid yg ma'tsur sahaja, dan bnykkan membaca Al Quran. Yg itu pun, dek kesibukan duniawi tak teramalpun semuanya. Cumanya bg kita yg memahami konsep zikrullah ni, boleh sahaja kita zikrullah di mana mana sahaja dan bila pun, ketika berkerja, ketika menunggu, ketika memandu dsb.

    Akhirnya, saya perturunkan pesanan Allah swt utk kita,
    "Dan jgnlah engkau mengikuti apa yg engkau tidak mempunyai ilmu pengetahuan ttgnya, sesungguhnya pendengaran, penglihatan serta hati, semuanya itu akan dipertanggungjawabkan atas apa yg dilakukannya." 17:36.

    WaAllahu'alam !

    ReplyDelete
  2. Tarekat tak salah. Di Indonesia, negara Arab, Turky dan negara bekas USSR tarekat lah menyebakan umat Islam kuat. Sila rujuk 90 tarekat yg diiktiraf di Indonesia oleh Nadlatul Ulama

    Begitu juga di Malaysia kita sudah ada Jabatan Mufti di Negeri Sembilan yang arif tentang tarekat . Johor juga sedang ebrgerak ke arah mengiktiraf tarekat muktabar.

    Seperti yang diabngkitkan dalam artikel ASWAJA, penulis Utuisan sepatutnya bertanya kepada orang yang barautoriti bukannya ulama suk Wahhabi

    Isu utama di sini ialah kefahaman Wahhabi yg cuba dibawa dalam arus media perdana seperti Utusan dan ia haruslah disekat sebelum menjadi parah

    Umum lupa bahawa agen keganasan ISIS dan Al Qaeda bergerak atas fikrah Wahhabi.

    ReplyDelete

Disclaimer- segala komen pembaca tidak mewakili pendapat penulis blog ini. Komen anda adalah hak peribadi anda dan penulis blog tidak bertanggungjawab jika komen anda mempunyai kata kata hasutan dan diambil tindakan undang undang. Oleh itu komenlah dengan bijak dan waras