Kongsi Ilmu

Thursday, September 18, 2014

# Tahaluf Siyasi- Kenapa PAS bercelaru sekarang?

Ulama dah maklumkan perjuangan yang tak berpaksikan Islam akan bercelaru akhirnya. PAS berjuang untuk Islam kah?

Dengar penerangan Ustaz Syed Faez Al Aydrus tentang Tahaluf Siyasi dan di mana perjuangan party itu menyeleweng menurut Kitab Syeikh Abdul Qadir Mandili.





atau klik di SINI


Published on Aug 28, 2012
Syaikh Wan Ibrahim bin Wan Abdul Qadir bin Wan Mustafa al-Fathani (Pak Chu Him Gajah Mati,Kedah )

Ketika berada di Makkah pada 1955, buku tulisan muridnya (KITAB UNDANG-UNDANG ISLAM LEBIH BAIK DARI UNDANG -UNDANG MANUSIA,KITAB KEDAULATAN DAN ISLAM DAN KITAB MUTIARA YANG INDAH), Sheikh Abdul Qadir al-Mandili telah menjadi heboh di Tanah Melayu kerana mempunyai pandangan yang amat keras terhadap sikap Umno yang tidak mahu melaksanakan hukum Islam dan bekerjasama dengan orang bukan Islam.

Dalam perdebatan tentang hukum-hukum yang dibangkitkan oleh Sheikh Abdul Qadir ini, seorang ulama Umno, Sheikh Abdul Rahman Merbuk telah mendakwa beliau mengeluarkan fatwa berdasarkan pandangan Pak Da Ail. Pak Cu Him yang mempertahankan fatwa muridnya berhujah bahawa beliau telah merujuk sendiri kepada abangnya, Pak Da Ail tentang isu tersebut dan ulama Makkah itu juga sependapat dengan beliau.

Pada 1962, Pak Cu Him telah menerbitkan semula buku �Islam: Agama dan Kedaulatan� dengan memasukkan juga polemik beliau dengan Haji Abdul Rahman Merbuk. Oleh kerana ketika itu tercetus isu kafir mengkafir di Kelantan di mana ulama Kelantan juga sependapat dengan Pak Cu Him, maka buku ini kemudian diharamkan oleh kerajaan Perikatan pada 1963.

Setelah lama berjuang dalam membangunkan pendidikan Islam, Pak Cu Him yang tidak terlibat secara langsung dalam organisasi PAS kecuali sebagai ahli Dewan Ulama PAS SERTA aktif di Kawasan Pendang sahaja, tetapi mempertahankan dasar-dasar parti Islam tersebut telah jatuh sakit pada penghujung 1960-an. Beliau telah melalui tiga kali pembedahan kerana kanser di leher. Beliau kemudian uzur dan tidak dapat lagi aktif menyampaikan ilmu agama. Beberapa bulan kemudian beliau meninggal dunia di pondoknya pada 11 Syawal 1388 bersamaan 11 Januari 1968 dalam usia 75 tahun. Beliau dikebumikan berhampiran kubur Tok Ayah Che Dol, mertuanya. Cucu sepupunya, Ustaz Wan Mohd Saghir juga dikebumikan di perkuburan ini bersebelahan kubur Pak Cu Him.

3 comments:

  1. Berhukum ikut otak masing masing, gitu le jadinya. Aku pun pelik mcmmn le konon perasan alim diaorg ni ngaji.

    ReplyDelete
  2. DLm keadaan bercelaru haru biru ni pun headline HARAMKAH PAS aku ternampak tadi sempat lagi fitnah UMNO.
    Konon UMNO dalang perpecahan dalam PAS.. punya benci aku tgk.. mcm nk jijak2 je paper HARMKAH tu.

    PAS haramjadah ni sama je mcm perangai Yahudi.. kerja nk salahkan org lain. Mintak PAS ni hancu rlebur aman damai bumi Malaysia ni.

    ReplyDelete
  3. Mereka sememangnya telah dididik sebegitu,itulah satu-satunya kepandaian yg dimiliki mereka. Islam hanya pakaian mereka. Islam hanya dibibir mereka.Merekalah lebai jubah dan serban.

    ReplyDelete

Disclaimer- segala komen pembaca tidak mewakili pendapat penulis blog ini. Komen anda adalah hak peribadi anda dan penulis blog tidak bertanggungjawab jika komen anda mempunyai kata kata hasutan dan diambil tindakan undang undang. Oleh itu komenlah dengan bijak dan waras