Kongsi Ilmu

Sunday, September 7, 2014

Isu Makam Nabi yang nak dirobohkan Wahhabi

Wahhabi di merata dunia tak senang bila Makam Nabi Muhammad SAW di Masjid Nabawi terus diziarahi umat Islam seluruh dunia.

Malah Wahhabi di Malaysia sanggup masuk dalam kancah fitnah untuk menyokong para ulama suk Wahhabi di Saudi untuk memindahkan  makam tersebut ke perkuburan Baqi berdekatan.

Berikutan dengan itu Ustaz Zamihan Al Ghairi telah mengeluarkan kenyataan berikut bagi menjawab fitnah para Wahhabi sini


"Menjawab Fitnah Aizam Mas'od (pemuka Wahhabi di Malaysia)


Rancangan wahhabi untuk mengeluarkan jasad mulia junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam memang telah ada ditulis dalam kitab Riyadh al Jannah fi Radd ala a'daa al Sunnah tulisan Syeikh Muqbil al Wadie, 1413 Hijrah. Cetakan ke 4, Dar al Haramayn : al Qaherah hlm 78.

Pada tahun 60an dahulu wahhabi juga telah merancang untuk mengeluarkan maqam Nabi tapi dibantah umat Islam seluruh dunia.

Dalam kitab Ahkam al Janaiz. Al Albani mengatakan mayat Nabi sallallahu 'alaihi wasallam bernajis, mengotorkan masjid dan perlu dipindahkan dari masjid haram an Nabawi. Beliau juga mendakwa bersolat menghadap kuburan adalah mencacatkan tauhid, malah membawa kepada syirik. Sebab itu maqam Baginda sallallahu 'alaihi wasallam ingin dikeluarkan.

Na'uzubillahi min zalik.

As Syeikh Ahmad Karimah al Azhari juga turut menolak wahhabi salafi :


Sesungguhnya tidak salah berdzikir dan bertawassul  di kuburan orang salleh di sinisini sini

Imam Ahmad dalam musnadnya yang masyhur telah meriwayatkan satu hadits daripada Sayyidina Jaabir bin 'Abdullah r.'anhuma bahawa ketika Sayyidina Sa`ad bin Mu`adz r.a. meninggal dunia, beliau dan Junjungan Nabi s.a.w. telah pergi menziarahinya. Ketika jenazah selesai disembahyangkan, dikubur dan diratakan kuburnya, Junjungan Nabi s.a.w. bertasbih dan diikuti oleh para sahabat baginda dalam masa yang agak lama, kemudian baginda bertakbir lalu para sahabat turut bertakbir. Setelah selesai daripada berzikir, Junjungan Nabi s.a.w. ditanyai oleh para sahabat: "Kenapa engkau bertasbih kemudian bertakbir?" Junjungan Nabi s.a.w. menjawabnya: "Telah menyempit atas hamba yang sholih ini akan kuburnya sehingga dilapangkan Allah baginya."

4 comments:

  1. Ngaji sikit, pastu ego dgn ilmunya, mk mmg wahabi lah jadinya. Jika ikhlas, insyaAllah selamat dr kesesatan.

    ReplyDelete
  2. Kepala butuh untuk wahabi...

    ReplyDelete
  3. Aku respek sgt sgt kat ust zul, walau pun ngaji kat saudi tp tak jadi wahabi, tu baru betul "arroshikhuna fil ilmi".

    ReplyDelete
  4. Maseh banyk ulama Islam ASWJ di Saudi-Mereka keturunan Hasani dan Husaini serta keturunan ulama Nusantara yg tegar memperjuangkan akidah yg sebenar.

    ReplyDelete

Disclaimer- segala komen pembaca tidak mewakili pendapat penulis blog ini. Komen anda adalah hak peribadi anda dan penulis blog tidak bertanggungjawab jika komen anda mempunyai kata kata hasutan dan diambil tindakan undang undang. Oleh itu komenlah dengan bijak dan waras