Kongsi Ilmu

Tuesday, June 24, 2014

Laut China Selatan dulunya dikenali sebagai Laut Champa- update




Hebuh bila ada politikus Cina ultra kiasu berkiblatkan PRC China mengatakan semua yang bermana China milik PRC China. Untuk makluman, sebelum digelar Laut China Selatan, kawasan laut tersebut telebih dulu digelar Laut Champa. Rujuk posting saya terdahulu pada 2014


Ya kenapa digelar Laut Champa? Sebab Champa ialah Empayar Besar dunia Melayu  ketika itu. Syeikh Jamaludin Al Kubra juga bermastautin di Champa selama 19 tahun sebelum mendarat di Kelantan.

Untuk generasi muda, Champa adalah nama bagi Empayar Melayu yang menjurus ke Utara sehingga Danang dan pernah menempati bumi Vietnam dan Kemboja. Menurut seorang pakar sejarah Champa, nama Da Nang asalnya dari nama Air yang Besar Da Nang

Empayar Champa mengandungi beberapa negara kota seperti tertera dalam peta di bawah



Empayar ini diasaskan pada sekitar abad ke-7M  dan bertahan sehingga tahun  1832M. Sepanjang tempoh tersebut, Empayar Champa mengalami pelbagai peristiwa turun naik sehingga memaksa ibukotanya dipindahkan beberapa kali iaitu di Indrapura (875-978M), Vijaya (978-1485M) dan terakhir di Panduranga (1485-1832M) setelah diasak oleh orang-orang Viet (Vietnam) yang berasal dari Utara (Selatan China)

Empayar Champa dikatakan mencapai zaman kemuncak kekuasaannya sekitar tahun 800-1000M. Sepanjang tempoh tersebut, orang-orang Champa menguasai perdagangan rempah dan kain sutera di antara China, Nusantara dan Kerajaan Abbasiah di Baghdad.

Orang-orang Champa merupakan pelaut dan pedagang yang mahir. Menurut Tan Sri Prof. Emeritus Dr. Ismail Hussein, Presiden Gabungan Persatuan  Penulis Nasional Malaysia (GAPENA), Laut China Selatan ini asalnya dikenali sebagai LAUT CHAMPA. Ia menjadi tempat atau gelanggang utama perdagangan dan pelayaran orang-orang Champa.
Keagungan dan kemasyhuran Empayar Champa di samping kehebatan serta kemahiran orang-orang Champa dalam perdagangan dan pelayaran diakui dan terkenal bukan sahaja di Nusantara bahkan juga ke seluruh dunia sehingga laut di sekitarnya lebih dikenali sebagai LAUT CHAMPA.


Sumber 





No comments:

Post a Comment

Disclaimer- segala komen pembaca tidak mewakili pendapat penulis blog ini. Komen anda adalah hak peribadi anda dan penulis blog tidak bertanggungjawab jika komen anda mempunyai kata kata hasutan dan diambil tindakan undang undang. Oleh itu komenlah dengan bijak dan waras