Kongsi Ilmu

Wednesday, June 11, 2014

kenyataan media PEMBELA mengenai deraf Undang Undang Harmoni yang mempromosi liberalisme ugama dan menolak kuasa Sultan dan Yang DiPertuan Agong

Sidang akhbar ini diadakan setelah satu kata sepakat dipersetujui dan dicapai antara NGO-NGO Islam di dalam persidangan meja bulat yang telah diadakan sebentar tadi. Tujuan sidang akhbar ini ialah bagi menyatakan pendirian NGO-NGO Islam yang telah bersepakat berkumpul pada hari ini sebagai satu suara berkongsi keprihatinan terhadap perkembangan terkini susulan pengumuman Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Nancy Shukri pada 30 Mei 2014 berkenaan hasrat kerajaan memperkenalkan akta baharu yang akan menggantikan Akta Hasutan 1948 [Akta no. 15].

YB Nancy mengesahkan telah menerima tiga deraf rang undang-undang berkaitan iaitu Rang Undang-undang Harmoni Nasional (National Harmony Bill), Rang Undang-undang Perpaduan Nasional (National Unity Bill) dan Rang undang-undang Suruhanjaya Perpaduan dan Integrasi Nasional (National Unity and Integration Commission Bill) dan kini sedang dalam penelitian Pejabat Peguam Negara.




Pihak kami telah berpeluang meneliti ketiga-tiga deraf rang undang-undang yang dimaksudkan dan membawanya kepada perbincangan lebih mendalam. Melalui hasil perbincangan yang dijalankan, pihak kami mendapati terdapat dua bentuk perkara yang menimbulkan perasaan resah kami terhadap soal Kedaulatan Undang-Undang Negara.


Pertama, cara bagaimana deraf undang-undang ini dibuat dan dicadangkan.

Kedua, isikandungan yang terdapat di dalam deraf undang-undang yang dibuat serta dicadangkan.

Untuk yang pertama, pihak kami mendapati kaedah penggubalan ketiga-tiga rang undang-undang ini bertentangan dengan norma penggubalan undang-undang Negara. Kami mendapati bahawa penggubal yang terlibat adalah Majlis Peguam yang telah mencadangkan kepada satu kelompok kecil Jawatankuasa Kerja di dalam Majlis Konsultansi Perpaduan Negara. Kami difahamkan hanya 3 orang pemain utama terlibat di dalam penggubalan deraf rang undang-undang tersebut dan kesemua ahli-ahli lain di dalam MPKN telah tidak dirujuk secara sepenuhnya sebelum diserahkan kepada YB Nancy.

Kami melihat fungsi serta kewujudan peranan MPKN telah dijadikan sebagai alat tunggangan oleh sekumpulan kecil pihak-pihak yang berkepentingan di dalam cadangan-cadangan ini. Seolah-olah MPKN telah dianggap sebagai satu lesen besar untuk pihak-pihak ini melakukan perubahan yang bakal mengganggu gugat asas-asas pembinaan negara ini sesuka hati mereka. Lebih membingungkan ialah tindakan sekumpulan kecil ini terus menyerahkan rang undang-undang tersebut tanpa melalui proses rujukan dan perbincangan teliti dengan pihak-pihak berkepentingan terlebih dahulu. Seolah-olah, ia satu tindakan bersifat diktatorial dengan hanya mementingkan kehendak satuhala pihak mereka. Sebagai sebuah negara yang mengamalkan prinsip demokrasi, perlakuan songsang kumpulan ini wajar disangsikan.

Selain itu, rang undang-undang tersebut telah diserahkan terus kepada Jemaah Menteri, lantas mengenepikan institusi-institusi yang bakal terjejas oleh penguatkuasaannya kelak. Ini jelas merupakan langkah provokasi yang boleh mencetuskan keresahan serta kebimbangan ramai pihak.

Kebimbangan Kedua pula ialah mengenai isikandungan ketiga-tiga deraf undang-undang seperti yang telah dinyatakan tadi bagi menggantikan Akta Hasutan 1948.

Pihak kami ingin menyatakan kebimbangan dan memberikan amaran dari pihak kami berkenaan kesan jangka pendek dan panjang hasil cadangan pemansuhan Akta Hasutan 1948, cadangan isikandungan deraf rang undang-undang menggantikan Akta Hasutan tersebut serta tujuan dan fungsi “Unfair Discrimination Tribunal” yang dinyatakan di dalam salah satu rang undang-undang tersebut.

Untuk peringatan semua, Negara ini telah dibina dengan tiang-tiang asas yang merupakan tulangbelakang kepada kekuatan struktur negara ini. Goncangkan tiang-tiang ini, maka bergoncanglah negara nanti. Atas sebab itu, arkitek-arkitek pembina negara ini telah menetapkan bahawa tiang-tiang asas negara ini tidak boleh dirombak, dihapuskan, disentuh mahupun digoncangkan dengan sesuka hati.

Akta Hasutan 1948 adalah sebuah akta yang telah berada di negara ini untuk melindungi tiang-tiang asas ini. Akta ini melindungi asas-asas Negara khususnya Perkara 153, Perkara 152, Perkara 181 dan Bahagian Ketiga Perlembagaan Persekutuan yang tidak boleh dipersoalkan sama sekali termasuk oleh ahli-ahli Parlimen. Pada waktu akta tersebut digubal, kesemua kaum di Negara ini telah bersepakat. Perkara-perkara yang dilindungi Akta tersebut tidak boleh dipinda tanpa persetujuan Majlis Raja-raja.

Perkara 153, 152, 181 dan Bahagian Ketiga Perlembagaan Persekutuan adalah merupakan mahar yang dibayar oleh golongan bukan warganegara pada masa itu untuk mendapatkan peluang kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu. Menuntut mahar yang telah lama dipersetujui kembali ianya boleh ditafsirkan sebagai satu tindakan sengaja mahu membubarkan perjanjian yang telah sedia termeterai dan dihormati sejak sekian lama.

Cadangan pemansuhan Akta Hasutan 1948 bakal menyebabkan asas-asas yang menjadi tiang perpaduan dan keharmonian yang selama ini dikecapi negara menjadi satu sasaran terbuka oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Tidak hanya cadangan pemansuhan Akta Hasutan 1948 menimbulkan keresahan di dalam serahan deraf undang-undang tersebut, malah beberapa cadangan di dalamnya menuntut perhatian serius untuk dikaji motif dan kesan cadangan yang dikemukakan.

Berikut kami gariskan beberapa keprihatinan awal tentang kandungan ketiga-tiga deraf rang undang-undang tersebut:

i.            Pihak kami mendapati, Undang-undang yang cuba digambarkan sebagai usaha perpaduan ini dilihat tidak lebih daripada satu percubaan pihak yang tidak bertanggungjawab sengaja untuk mengeruhkan hubungan antara kaum dan agama di negara ini. Pencadang telah secara semborono cuba mengangkat hak kesamarataan menurut Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan secara mutlak tanpa mempedulikan prinsip “positive discrimination” yang merupakan kekecualian dalam Perkara 8 itu sendiri dan turut tidak mempedulikan asas-asas pembinaan negara yang harmoni yang turut sama termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan seperti Perkara 3(1), Perkara 37 (1).

ii.            Kedaulatan Raja-Raja Melayu dalam memelihara hak keistimewaan orang Melayu yang hanya boleh dipinda dengan perkenan Majlis Raja-Raja di bawah Perkara 153 dan 38 Perlembagaan Persekutuan turut disentuh oleh penggubal deraf undang-undang ini. Penggubal seolah-olah cuba menyerlahkan sifat kebencian serta perasaan anti orang-orang Melayu dengan menggelarkan peruntukan-peruntukan Perlembagaan seperti ini dengan istilah-istilah seperti ‘discrimination’ dan ‘racial superiority’. Ini jelas merupakan satu sikap yang sangat tidak sensitif dipamerkan penggubal-penggubal tersebut yang mahu mengenepikan semua peruntukan terbabit.

iii.            Ketiga-tiga deraf rang undang-undang tersebut juga mengenepikan kedaulatan Negeri-negeri dalam perbagai aspek hanya kerana terpaksa tunduk kepada prinsip kesamarataan yang terlalu umum yang dipegang oleh penggubal. Mereka yang telah menggubal deraf tersebut ternyata hanya menjunjung secara melulu konvensyen-konvensyen hak asasi manusia berkerangka liberal-sekular termasuklah International Convention of Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD). Malaysia tidak meratifikasi ICERD dan tidak perlu tunduk pada konvensyen seumpama ini yang belum tentu merupakan model terbaik perpaduan dan keharmonian Negara.

iv.            Tidak cukup dengan rencah yang seolah-olah bersifat Anti Melayu, ketiga-tiga deraf undang-undang yang dicadangkan turut berisi nada yang menunjukkan sikap pelampau golongan Ekstremis Islamufobia apabila cuba melakukan suatu perkara yang mana penjajah British sendiri tidak pernah melakukannya. Kedudukan serta Kedaulatan Agama Negeri turut sama cuba diketepikan oleh penggubal deraf undang-undang tersebut. Kedudukan ini tidak pernah diganggu oleh British dan Kerajaan Persekutuan. Malah Agama Islam telah dimartabatkan sebagai Agama Negara dengan diberikan berbagai kedudukan terhormat dan perlindungan Perlembagaan seperti Perkara 3(1),(2), 11(4), 12(2), 37(1), 74(2) Jadual Kesembilan, 121(1A) dan Perkara 150(6A) .

v.            Pihak kami turut melihat cadangan penubuhan “Unfair Discrimination Tribunal” tidak lebih daripada satu percubaan untuk menghidupkan kembali hasrat menubuhkan Interfaith Commmision yang pernah ditentang dan berkubur satu ketika dahulu. Dengan pelabelan baru, “Unfair Discrimination Tribunal” dilihat akan merampas kuasa institusi kehakiman dalam memutuskan isu-isu berkaitan perlembagaan, serta peranan Raja-raja Melayu sebagai ketua bagi agama Islam di negeri-negeri tanah Melayu. Kedaulatan Islam dilihat bakal dihempaskan ke bawah melaluinya dan bidang perundangan Islam akan sentiasa berada di bawah skrutini sebuah tribunal yang turut sama dianggotai oleh golongan bukan Islam.

Melihat semua kemungkinan serta kerosakan yang bakal timbul ini,  Harus pihak kami tegaskan di sini bahawa Perkara-Perkara yang telah termaktub dan dipersetujui di dalam Perlembagaan Persekutuan bukanlah satu perkara yang boleh dicampak keluar sesuka hati hanya kerana sifat dendam dan membenci sesetengah golongan kecil dalam masyarakat terhadap Kedaulatan Islam dan Melayu di negara ini.

Sikap-sikap tidak rasional yang terdorong dengan sifat ekstremis Islamufobia melampau sehingga gagal mengenalpasti sumber kekuatan tiang-tiang asas negara sepertimana yang terdapat di dalam deraf-deraf yang dikemukakan amatlah pihak kami kesalkan.

Pihak Kami ingin menegaskan bahawa peranan dan tanggungjawab memelihara kedaulatan Negara meliputi tugas-tugas melindungi institusi Raja-Raja Melayu, Hak Keistimewaan Melayu, Agama Negara dan Kenegaraan dan hal ini merupakan asas utama yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. Perkara-perkara ini tidak wajar sama sekali disentuh atas sebarang sebab sekalipun, memandangkan perkara-perkara asas ini terbukti berjaya memelihara keharmonian Negara dan kemajuan kepada semua bangsa selama ini.

Pihak kami juga ingin menangkis sikap yang cuba dibawakan oleh penggubal yang berusaha mempotretkan institusi-institusi kehakiman negara sebagai tidak cukup berwibawa untuk menangani isu-isu sensitif berkaitan agama dan bangsa di dalam negara. Cadangan penubuhan ‘Unfair Discrimination Tribunal’ menunjukkan bahawa penggubal mempunyai dasar kefahaman yang rigid, keras dan kaku dalam menyantuni mana-mana isu melibatkan pertikaian antara agama dan bangsa di dalam negara yang majmuk ini. Negara ini telah aman sejak berkurun lamanya melalui penghormatan serta dasar toleransi antara agama yang telah wujud sejak sekian lama. Kerap kalinya apabila berlaku apa-apa perkara yang merosakkan keamanan tersebut, puncanya adalah kerana sentiasa ada pihak cuba menggganggu gugat apa yang telah disepakati sebelum ini. Tidak semua perkara harus ditangani melalui jalan perundangan semata-mata.

Pihak kami, NGO-NGO Islam, memilih lokasi ini di persekitaran Hotel Cititel ini untuk kembali mengingatkan kepada pihak pemerintah tentang apa yang telah berlaku 8 tahun dahulu.

8 Tahun yang lalu, disinilah bermulanya gelombang permulaan penentangan besar-besaran kepada percubaan kumpulan Artikel 11 untuk merobek serta mengubah dasar-dasar asas yang terdapat di dalam Perlembagaan Persekutuan mengikut acuan yang dimahukan kumpulan kecil mereka. Antara yang turut ditentang pada masa itu ialah percubaan menubuhkan Interfaith Commission yang mempunyai sifat yang hampir sama dengan ‘Unfair Discrimination Tribunal’ seperti yang dicadangkan di dalam deraf-deraf undang-undang tersebut. Penentangan yang kemudiannya menyaksikan puluhan ribu umat Islam berkumpul di Masjid Wilayah Persekutuan pada Oktober 2006 sebagai kemuncak kepada gelombang penentangan. 

Oleh yang demikian kami menggesa supaya pihak Kerajaan Pusat mendengar kegusaran kami berhubung perkembangan ini, termasuk melihat semula secara serius keputusan memansuhkan Akta Hasutan 1948 berdasarkan perkembangan mutakhir yang berlaku. Jika kerajaan meneruskan hasrat untuk memperkenalkan ketiga-tiga akta baharu tersebut, maka kami menggesa penelitian yang lebih mendalam supaya usaha menghakis asas-asas kenegaraan tidak berlaku atas nama menjulang hasrat perpaduan dan keharmonian nasional.

Generasi terdahulu yang menjadi arkitek pembinaan negara ini telah mengenalpasti tentang asas-asas yang menjadi struktur kekuatan kepada pembinaan negara ini. Mereka melindunginya dan berjaya mewariskan sebuah Malaysia yang berjaya untuk dihuni secara bersama oleh kita pada hari ini. Kita mewarisi sebuah Malaysia yang aman, makmur dan berjaya hasil kebijaksanaan mereka-mereka yang terdahulu.

Persoalannya, apakah kita mahu merobek semua kebijaksaan tersebut hanya kerana satu segmen di dalam masyarakat mempunyai penyakit dendam dan membenci asas-asas pembinaan negara ini? Apa pula bentuk negara yang bakal kita wariskan nanti sekiranya semua kebijaksanaan ini dirobek dan menghancurkan segala bentuk keamanan dan kemakmuran yang sedang kita nikmati pada hari ini?

Justeru itu, pihak kami NGO-NGO Islam ingin merakamkan perasaan resah dan kegusaran kami mengenai percubaan-percubaan tidak sensitif seperti ini. Pihak kami ingin mendesak pihak Kerajaan Pusat supaya melakukan penelitian yang lebih jitu dengan merujuk serta memastikan keterlibatan pihak-pihak yang mempunyai kepentingan secara langsung dan tidak langsung di dalam ketiga-tiga deraf undang-undang yang dimaksudkan.

Kita sedang mewarisi Malaysia yang aman hasil kebijaksanaan pemimpin-pemimpin terdahulu, jangan pula kita wariskan Malaysia yang hilang keamanan kepada generasi akan datang hanya kerana kesombongan dan kegopohan pihak-pihak tertentu.

Pihak kami tidak akan berhenti di sini. Apa yang berlaku di sini hanyalah satu permulaan. Pihak kami akan terus bergabung dan memperjuangkan perkara ini secara bersama dengan pihak-pihak berkepentingan yang lain.

Harapan kami, pihak Kerajaan Pusat memberi perhatian serius kepada suara-suara kebimbangan dan resah yang sedang dikemukakan ini.

Berikutan kebimbangan yang mendesak ini, saya,Mohamed Hafiz Mohamed Nordin, selaku Pengerusi PEMBELA yang memayungi lebih dari 70 NGO-NGO Islam di tanahair dan suara  NGO-NGO Islam Wilayah Utara Semenanjung Malaysia yang hadir pada hari ini, ingin  menyatakan BANTAHAN KERAS dari pihak kami terhadap mana-mana percubaan untuk menghapuskan Kedaulatan Islam di tanahair, Kedaulatan Institusi Raja-Raja Melayu dan hak-hak keistimewaan orang-orang Melayu di bumi Malaysia ini.

Pendirian kami adalah jelas dan tegas tentang perkara-perkara ini.

Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh



Pertubuhan Pembela-Pembela Islam (PEMBELA)
Cititel, Georgetown, Pulau Pinang

10 Jun 2014 bersamaan 12 Syaaban 1435

2 comments:

  1. Bah. Pertama:

    Ini semua pelansungan agenda SYAITAN si PENDATANG/PENCEROBOH KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRSODOM dan penaja mereka, si Barat-ZIONIS, nak MENUMBANGkan ISLAM/umatnya termasuk KESULTANAN MELAYU, undg-undg SYARIAH, kuasa MAIN/JAKIM, hak istimewa BUMIPUTERA ISLAM/Melayu, serta Malaysia sbg. NEGARA ISLAM! Dan kemudian terus MENJAJAH kita mcm. di Temasik!

    Baik NGO-NGO Islam/Melayu buat lapuran polis kerana ini jelas MENYALAHI Perlembagaan Malaysia, yg. mempertahankan ISLAM sbg. Agama NEGARA/PERSEKUTUAN dan hak istimewa BUMIPUTERA, terutamanya BUMIPUTERA ISLAm/Melayu yg. majoriti, dan kita patut minta kuasa EKSEKUTIF DYMM Yang di-Pertuan Agong dan seluruh Kesultanan Melayu, diKEMBALIKAN mengikut Perlembagaan Persekutuan terutamanya Perkara-Perkara 3(1), 37(1), 153 dsbnya - terutamanya kat negeri-negeri bawah pemerintahan RASIS-BUAS si KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRSODOM!

    Kalau pemimpin Islam/Melayu dlm. UMNO/PAS dah tak boleh bela lagi nasib BUMIPUTERA Islam/Melayu; pd. Kesultanan Melayulah, kita harus berpaling untuk minta pertolongan – apalagi si LIBERAL-mamat-kari yg. memang MELOYAkan ini, yg. asyik BERANGAN dia ni memang bakal PM akibat dipuja EvangeliSStar, asyik nak MEMPERTAHANkan Musuh Islam! Lihat di http://www.thestar.com.my/News/Nation/2014/06/11/Khairy-police-must-uphold-law/ , Khairy: Police have a duty to uphold the law, by michelle tam June 11, 2014!

    Sedangkan lihat artikel yg. sungguh BERNAS ini yg. membuktikan begitu jelasnya PENGIKTIRAFAN pelansongan kuasa EKSEKUTIF Raja/Sultan Melayu (Executive Monarchy - walau tidak mutlak) dari sebelum PENJAJAHAN British-ZIONIS; semasa Perlembagaan Persekutuan digubal, bukan sekadar “Hiasan/Simbol Adat“ (Ceremonial Monarchy), terutamanya dlm. MEMPERTAHANkan ISLAM/umatnya – sepatutnya PENASIHAT-PENASIHAT mcm Haji Mahamad Naser bin Disa, Peguam Kanan Persekutuan, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Dewan Amal Islami (DAMAI) - di lantik sbg. PENASIHAT TULEN dlm MT UMNO, Utusan Melayu dan JPM (ketiganya yg. disyaki sudah dikuasai si LIBERAL-plg-merbahaya) – lihat di https://akarimomar.wordpress.com/tag/perlembagaan-persekutuan/ , Hijrah Minda: Agenda Transformasi Islam , Haji Mahamad Naser bin Disa[1], 7 April, 2012! Dan artikel yg. sungguh BERNAS ini juga membuktikan tentang MAIN di bawah kuasa Kesultanan Melayu sbg. Ketua/Penjaga Agama Islam, lebih berkuasa dari K'jaan negeri mengikut Perlembagaan Persekutuan pun.

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN ISLAM/umatnya, Kesultanan Melayu, Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

    ReplyDelete
  2. Bah. kedua:

    Biaq satu dunia tahu betapa fakta SEJARAH penting ini yg. telah lama diSEMBUNYIkan, betapa DAJALnya agenda PENJAJAH British-ZIONIS dan betapa makin kurang ajaqnya puak PENDATANG/PENCEROBOH RASIS – yg. tidak pernah tahu berterima kasih walau dapat MENJAJAH TEMASIK dgn.begitu mudah, dan bagaimana pemimipin ISLAM/Melayu kita dipaksa memberikan kerakyatan kepada BERJUTA mereka, dgn. begitu mudah, tanpa persetujuan TULEN dari rakyat biasa dari BUMIPUTERA ISLAM/MELAYU pun!

    Patutnya NGO-NGO Islam/Melayu minta hal kerakyatan ini dibicarakan di MAHKAMAH sebab yg. paling pentingnya biaq satu dunia tahu tentang KEKEJAMAN si PENJAJAH British-ZIONIS yg. MEMAKSA ketidakadilan ini ke atas BUMIPUTERA Islam/Melayu serta bagaimana kaum Cina/India ini ASALnya adalah golongan PENDATANG/PENCEROBOH yg. dibawa si PENJAJAH British-ZIONIS ni! Sekrg. Dunia tak tahu pun – termasuk tentang TEMASIK yg. dulunya sebahagian dari Tanah Melayu ini! Tengok Zimbabwe - walau dikutuk oleh si Barat dan Mugabe dikutuk sbg. Diktator kononnya, oleh si Barat-ZIONIS selama berdekad lamanya, akhirnya kaum PENDATANG/PENCEROBOH omputih terpaksa TUNDUK kpd. hak dan sejarah Zimbabwe; termasuk TANAH PUSAKA Bumiputera diRAMPAS balik - dan akhirnya satu Dunia pun dah tahu KEBENARAN sejarah Zimbabwe yg. sebenar yg. cuba disembunyikan si Barat-ZIONIS!

    Pendedahan ini juga penting kerana si PENDATANG KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRSODOM termasuk si SAMSENGKELING-HINDRAFCELAKA dan penaja Barat-ZIONIS mereka, mahu MEMISAHkan Sabah-Sarawak dr. Malaysia ini - lihat di http://www.melanaublogger.com/2014/06/masa-depan-malaysia-ditangan-mereka-ini.html , Masa depan Malaysia ditangan mereka ini?, Posted by MELANAU BLOGGER; dan di - http://www.melanaublogger.com/2014/06/disebalik-sarawak-for-sarawakians.html, Disebalik "Sarawak for Sarawakians", Posted by MELANAU BLOGGER) - dan mahu PENJAJAH British-ZIONIS masuk campur?!

    Tak KEJADAHnya nak minta mahkamah PENJAJAH Barat-ZIONIS nak BICARAkan negara pusaka BUMIPUTERA kita ini - patutnya PENJAJAH Barat-ZIONIS ini yg. dibiacarakan dan beri kita PAMPASAN BERBILLION; kerana MENJAJAH kita BUMIPUTERA Islam/Melayu, dgn. BUAS sampai paksa ke atas kita utk. beri kerakyatan pd. BERJUTA PENDATANG/PENCEROBOH KAPIRDAJAL dgn. sewenangnya kat atas Alam Melayu kita ini?!

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete

Disclaimer- segala komen pembaca tidak mewakili pendapat penulis blog ini. Komen anda adalah hak peribadi anda dan penulis blog tidak bertanggungjawab jika komen anda mempunyai kata kata hasutan dan diambil tindakan undang undang. Oleh itu komenlah dengan bijak dan waras