Kongsi Ilmu

Friday, February 7, 2014

Bila PEMANDU tersalah pandu

Saya mendapat maklum bahawa Ketua Pengarah , Ketua Setiausaha Kementerian sekarang tak bebas membuat keputusan. Semuanya diarah oleh PEMANDU yg setahun jagung.
 
Sedangkan dalam saat getir pentadbiran Negara seperti  Krisis Kewangan 1998 yang memaju ekonomi Malaysia ke arah kesejahteraan dan membuat solution out of the box adalah pegawai kerajaan yang amanah dan tak berhenti solat tahajud di waktu malam.
 
Sesungguhnya kita manusia pengetahuannya terbatas, oleh itu guidance dari Ya Dzal Jalalil Wal Ikram amat perlu.
 
 
Keluhan beberapa pegawai kerajaan ini sama seperti yang digambarkan oleh blogger Paneh Miang:
 
 
Apakah Kerajaan Malaysia sedang dilanggar Garuda Pluralisme dan Liberalisme dari dalam saraf-saraf utama institusi?



Ke mana hilangnya kuasa-kuasa khas Ketua Setiausaha Negara? Ketua Hakim Syariah? Ketua Hakim Negara? Ketua Hakim Besar Borneo? Ketua Polis Negara? Panglima Angkatan Tentera? Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara? Ketua Setiausaha Kementerian-kementerian? Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu?



Pak Sedaro nasihatkan Ah Jib Gor pergi berguru dengan Guru-guru Agama yang mursyid secara bertalaqi yang masih hidup di Negeri Sembilan, Kedah, Perak, Pahang, Johor, Terengganu, Bogor, Madinah dan Hadramaut.


Keluhan beberapa pegawai kerajana ini sama seperti yang digambarkan oleh blogger Paneh Miang:

Wahai Ah Jib Gor...gayo kau buat pengumuman ini...macam orang yang tidak memadai Solat Sunat Istiharahnya...

Mintalah petunjuk, pedoman dan hidayah Allah sebelum lakukan sebarang pengumuman, kerana saudara Najib ialah orang nombor wahid negara, hukuman kubur saudara jauh lebih dahsyat dan berat daripada rakyat yang mengemis mencari sesuap nasi.

 
Jadilah NAJIB .... bukan BIJAN.
 
 
Seterusnya di sini- bijak-mediala-bijan

2 comments:

  1. Setuju dengan pendapat penulis. Namun begitu perlu diingat betapa ramainya juga pegawai-pegawai tinggi Kerajaan yang bersikap musang berbulu ayam dan paling ramai di Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri. Mungkin tak semua tetapi cukup untuk mensabotaj program-program Kerajaan. Seharusnya haluan politik mereka ini perlu dipantau dengan rapi agar tidak menjadi barah di kemudian hari. Ini termasuklah mereka yang berada dalam pimpinan tertinggi CUEPACS juga. Akhirnya PEMANDU ditubuhkan yang rupanya lagi teruk perangai dan tindakannya daripada Pegawai-Pegawai tinggi Kerajaan tadi. Semuanya tak boleh diharap dan tiada tanggungjawab terhadap kerja.

    Inilah masalah yang perlu ditanggung DS Najib yang sebenarnya diwarisi hasil dasar dari pemimpin terdahulu. Siapa yang beliau boleh percayai sebenarnya???

    ReplyDelete
  2. .. ada sesuatu yang sangat tidak kena dalam kepimpinan negara, diasak dari luar dan dalam, jika orang ramai yang tidak sekolah pun boleh nampak, tidak mungkin kumpulan think-tank tidak nampak..

    atau

    .. mungkinkah telah ada tangan-tangan ghaib terutamanya yang mempromosi 'order baru dunia' telah pun mengawal hala-tuju negara?...

    .. dizaman 'nano' teknologi bukan susah.. cip-cip kawalan sebesar mata jarum telah lama tercipta, cip-cip yang lebih besar pula telah di jual dipasaran terbuka untuk dijadikan pengawal arahan alat permainan sebesar tapak tangan seperti 'drone' copter yang berharga kurang dari RM500 di pasaran sekarang, sedangkan 10 tahun dahulu ianya hanya diguna oleh pihak tertentu sahaja seperti di Afghanistan dan Pakistan..

    .. bayangkan cip seperti ini telah ditanam kedalam tubuh sesetengah pembuat polisi dan keputusan dan orang tersebut telah dimaklum akibatnya jika membuat keputusan berbeza... walau pun ini bunyi seperti khayalan.. tetapi bukan sesuatu yang mustahil...

    .. dengan iman setebal kulit bawang dan nafsu setinggi gunung, adakah orang seperti ini mahu bersetia kepada negara?...

    .. lagi pun semua teknologi termasuk fb dan blog seperti ini telah berada dalam kekuasaan mereka.. apa juga bahasa yang diguna sudah boleh di kenal pasti.. itu belum cerita teknologi berkaiatn dengan kawalan otak manusia..


    .. fikir fikir lah...

    ReplyDelete

Disclaimer- segala komen pembaca tidak mewakili pendapat penulis blog ini. Komen anda adalah hak peribadi anda dan penulis blog tidak bertanggungjawab jika komen anda mempunyai kata kata hasutan dan diambil tindakan undang undang. Oleh itu komenlah dengan bijak dan waras