Kongsi Ilmu

Saturday, December 7, 2013

# Banjir- sebutir permata dari istana Pahang@Instagram Tengku Puan Pahang

Musibah datang membawa hikmah-Di kala kesusahan ini rakyat dapat melihat siapa yang benar -benar membantu. Di tengah banjir tersebut Ke Bawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang, Tunku Hajjah Azizah Maimunah Ibni Al Marhum Sultan Iskandar (Johor) sanggup mencemar duli membantu membantu mangsa banjir.

Sikap merendah diri baginda dan membantu memasak makanan buat mangsa banjir di dapur sangat sangat disenangi rakyat baginda.


Setelah penat membantu Tengku Puan Pahang, duduk makan. Tiada pembantu istana, tiada dedayang untuk membantu. Lihat komen semua rakyat terhadap Tengku Puan Pahang:-
 
 
 
 
 


Semua gambar gambar baginda diambil secara candid dan bukan ber "posing" sakan seperti setengah ahli politik yang baru baru ini berdrama di Parliament.

Teguran ikhlas saya kepada 2 ahli politik di bawah:-



Fuziah Salleh MP Kuantan- Janganlah berposing tapi bantulah seperti Tengku Puan Pahang. Anak Raja sendiri turun ke dapur, awak datang hanya duduk duduk sahaja.

Kepada Ibdillah Ketua BMB-di mana foto instagram awak menolong mangsa banjir? Jangan cakap berkokok kokok satu kerja pon tak buat!

Betul komen seorang pembaca-nampaknya golongan istana lebih mulia dan kemulian mereka ditonjolkan dengan keperibadian yang baik , sentiasa membantu dan perihatin dengan kesusahan rakyat.

5 comments:

  1. anda boleh letak gambar apa yang anda suka.....anda boleh tulis apa yang suka....orang lain pun boleh letak gambar yang mereka suka....boleh tulis apa yang mereka suka....!!!!Apa yang anda post itu betul sebab relevan dengan gambar....cuba letak gambar lain seperti yang dimaksudkan..ppas tu komen sesuai dengan jenis gambar tu!!!

    ReplyDelete
  2. semua komen adalah komen pembaca

    kenapa jealous ker sebab Fuziah PKR didapati jadi liability kepada PKR kerana langsung tak ada keperibadian murni yang ditunjukkan Tengku Puan Pahang?

    Lain kali nak pilih pemimpin pilihlah pemimpin dari keturuna yang baik baik sebab ADAB dan KEPERIBADIAN BAIK hanya DIWARISKAN kepada satu generasi keluarga yang BAIK kepada generasi seterusnya

    Jika perangai melalak di Parlimen dan setalah balik Kuantan di facebooknya tak habis menunding jari kepada agensi Kerajaan Persekutuan yg menolong mangsa banjir -jelas menunjukkan Fuziah dan pemim[in pembangkang lain bukan dari keturunan yang baik

    ReplyDelete
  3. alhamdlh...
    wakil johor..
    puteri paman kwn..
    hehe.

    ReplyDelete
  4. lebih kurang 25 tahun lalu adik saja meninggal dalam trajedi Tanah runtuh di Jerantut.Kami telah meminta jasa baik Tengku puan Pahang Maimunah agar tiada bedah siasat dilakukan keatas adik saja oleh pihak hospital.Beliau terus menalipon pihak hospital agar bedah siasat tidak dilakukan supaya adik saya dapat dikebumukan dengan serta merta.Kami sangat sangat berterima kasih pada beliau kerana cukup prihatin dengan situasi sedih kami waktu itu.

    ReplyDelete

Disclaimer- segala komen pembaca tidak mewakili pendapat penulis blog ini. Komen anda adalah hak peribadi anda dan penulis blog tidak bertanggungjawab jika komen anda mempunyai kata kata hasutan dan diambil tindakan undang undang. Oleh itu komenlah dengan bijak dan waras