Kongsi Ilmu

Saturday, August 31, 2013

# Merdeka- jagalah kemerdekaan negara ini sebaik baiknya


University Al Azhar di Malaysia.....ada apa  kaitan dengan Hadis akhir zaman?
 

Assalamualaikum dan salam kemerdekaaan. Kini rakyat Malaysia menyambut 56 tahun merdeka. Beberapa peristiwa sebelum rakyat Malaysia menyambut Merdeka cuba saya rangkumkan supaya generasi muda faham erti kemerdekaan dan hala tuju bangsa  Melayu sebenarnya.
 
Sebelum itu saya ingin ingatkan Bangsa Melayu yang menerajui pemerintahan negara ini sangat istimewa
 
Petikan Ucapan Mufti pertama Tanah Melayu Syed Sheikh Abdullah Al Qumairi R.A:

" Kepada mana-mana orang dari keturunan ini yang meninggalkan Agama Islam atau menerima Agama yg lain atau berpaling tadah kpd kefahaman nenek moyang yg dahulu (Dubar/Derdar) atau tidak lagi menerima pakai cara hidup Islam, di kala itu dengan sendirinya gugurlah kalimah melayu pd diri mereka itu."

( kitab Hadiqatul Azhar War Rayahin jilid 1, Al Alim Allamah Az Zaki Asy Sheikh Wan Ahmad Bin Sheikh Wan Muhammad Zain Al Fathani R.A, ulama tersohor bangsa Melayu di Makkah dan Nusantara)

Adapon bangsa Melayu itu juga istimewa

Makna bagi Melayu ialah:-:
الرؤسأ سمو بذلك لأنهم ملأ بما يحتاج أليه

“ Pemimpin-pemimpin, dinamakan dengan demikian itu kerana pemimpin ini mereka mampu memenuhi hajat orang lain.” Lisanul Arab.

والملأ: ألخلق الملئ بما يحتاج أليه
“ Memiliki akhlak yang memenuhi keperluan orang lain. ” Imam Abu Manzur.

والملأ: الجماعة أشراف القوم

... “ Satu al jamaah, Bangsa yang mulia ”- Qamus al ma’ani.

والملأ : الأشراف من الناس

“ Manusia yang paling mulia di kalangan Manusia”- tafsir Qurtubi.

Bangsa ini dikenali sebagai “Islam Melayu, Melayu Islam” yang tidak boleh dipisahkan sama sekali iaitu mereka yang beragama Islam dan bermastautin di Nusantara ini atau orang-orang Islam dari rata-rata yang berhijrah dan bermastautin di sini rata-rata dipanggil Melayu.

Sedemikian sejarah ini telah direalisasikan dan termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia 160(2), syarat untuk menjadi melayu wajiblah seseorang itu:-

1 Beragama Islam.
2 Bertutur di dalam bahasa melayu.
3 Berbudaya dengan budaya melayu.

Sejarah Melayu seperti yang dipegang dan sampaikan oleh Ulama Muktabar sepeti Almarhum Al Alim Allamah Asy Sheikh Muhammad Yusof Al-Kenali (Tok Kenali), Almarhum Al Alim Allamah Az Zaki Asy Sheikh Wan Ahmad Bin Sheikh Wan Muhammad Zain Al-Fathani R.A (Mufti berbangsa Melayu di Makkah Al Mukarramah) dan lain-lain Ulama Warisatul Anbiya yang Muktabar lagi :-
 
Syed Syeikh Abdullah Al-Qumairy telah meletakkan nama 'bangsa yang baru' ini sebagai "Al-Mala-u' sempena Firman Allah SWT :

Surah Saad : Ayat 69

مَا كَانَ لِي مِنْ عِلْمٍ بِالْمَلَإِ الْأَعْلَى إِذْ يَخْتَصِمُونَ

Tiadalah bagiku sebarang pengetahuan tentang penduduk alam yang tinggi (Al-Mala-ul'A'la) semasa mereka bersoal jawab.

Hadis Nabi S.A.W :

ثنا عبد الرزاق أنا معمر عن أيوب عن أبي قلابة عن بن عباس ان النبي صلى الله عليه و سلم قال أتاني ربي عز و جل الليلة في أحسن صورة أحسبه يعني في النوم فقال يا محمد هل تدري فيم يختصم الملأ الأعلى قال قلت لا قال النبي صلى الله عليه و سلم فوضع يده... بين كتفي حتى وجدت بردها بين ثديي أو قال نحري فعلمت ما في السماوات وما في الأرض ثم قال يا محمد هل تدري فيم يختصم الملأ الأعلى قال قلت نعم يختصمون في الكفارات والدرجات قال وما الكفارات والدرجات قال المكث في المساجد والمشي على الاقدام إلى الجمعات وإبلاغ الوضوء في المكاره ومن فعل ذلك عاش بخير ومات بخير وكان من خطيئته كيوم ولدته أمه وقل يا محمد إذا صليت اللهم اني أسألك الخيرات وترك المنكرات وحب المساكين وإذا أردت بعبادك فتنة ان تقبضني إليك غير مفتون قال والدرجات بذل الطعام وإفشاء السلام والصلاة بالليل والناس نيام

Telah menceritakan kepada kami Abdurrazaq yang berkata telah menceritakan kepada kami Ma’mar dari Ayub dari Abi Qilabah dari Ibnu Abbas bahwa Nabi SAW bersabda “RabbKu Azza wa Jalla datang kepadaku malam tadi dalam sebaik-baik bentuk” –Aku mengira maksudnya adalah dalam tidur- Lalu Dia berfirman “Wahai Muhammad, apakah kamu tahu mengenai apa Al Mala’ul A’la yang menjadi perbalahan? Baginda bersabda “tidak”. Nabi SAW bersabda “Lalu Dia meletakkan tangan-Nya di antara dua bahuku hingga aku dapati dinginnya antara dua dadaku. Atau Baginda bersabda “antara tenggorokanku”. Maka tahulah aku apa yang ada di langit dan di bumi. Kemudian Dia berfirman “Wahai Muhammad, apakah kamu tahu mengenai apa Al Mala’ul A’la (yang menjadi punca) pertengkaran?”. Baginda bersabda ‘Aku berkata “ya , mereka bertengkar mengenai Al Kafarat dan Ad Darajat?”. Apa itu Al Kafarat dan Ad Darajat?. Diam di masjid, berjalan kaki untuk berjema’ah, menyempurnakan wudhu dalam suasana/keadaan tidak menyenangkan, barangsiapa melakukan hal itu maka ia hidup dengan baik dan mati dengan baik. Dia bersih dari dosa seperti baru dilahirkan Ibunya. Dan katakanlah wahai Muhammad bila kamu selesai solat “Ya Allah sesungguhnya aku memohon KepadaMu kebaikan-kebaikan, meninggalkan hal yang mungkar dan cinta kepada orang-orang miskin. Dan bila Engkau menginginkan fitnah bagi para hambamu maka cabutlah nyawaku kepadaMu dengan tanpa fitnah”. Dan Ad Darajah adalah dengan memberikan makanan, menyebarkan salam dan solat malam saat manusia tidur”. [Hadis riwayat Ahmad dalam Musnad Ahmad 1/368 no 3484 dan Sunan Tirmidzi 5/366 no 3233]

'Al-Mala-u' juga disebut di banyak tempat dalam Al-Qur'anul Karim dan juga Hadis. Mengikut Kamus Bahasa Arab- Al-Mala-u bererti :
a) Budi pekerti yang tinggi (husnulkhuluqa (akhlak yang mulia) yakni makna kepada agama sebagaimana satu Sabda Rasulullah S.A.W.)
b) Pemimpin
c) Cahaya (Iman dan Taat) yang memenuhi ruang dan masa
Gelaran ini diberikan bagi mengesahkan bahawa warga ini adalah :

a) Ahli (warga yang menerima Talkin kalimah Taqwa dan Tarbiah)
b) Jawi (penulisan bangsa Arab asal iaitu Jawi Qadim (Asia Barat) – manakala Bangsa Melayu asal pula menggunakan Jawi Jadid (Asia Tenggara) yang menambahkan titik pada beberapa huruf)
c) Melayu (yang berkembang-biak memenuhi ruang)
d) Asal (yang asli atau yang yang tulin menerima agama Islam dari Seruan Nabi Muhammad Rasulullah S.A.W.)
e) Bangsa (rasmi) kebangsaan (Warga Angin Bawah Bayu Merdeka)
f) Pegang Teguh Agama Islam – berpaut kukuh kepada agama Samawi.

(AHLI JAWI MELAYU ASAL BANGSA KEBANGSAAN PEGANG TEGUH AGAMA ISLAM – Sekira-kiranya pewaris asabah kepada satu bangsa beragama) (menyamai dengan zaman kegemilangan Islam lampau) atau ringkasnya Pemimpin Yang Berbudi Pekerti Mulia dan Nurnya Meliputi Alam (Khalifah) Kemudian Sultan Muzaffar 1 memperkenalkan kepada mata dunia bahawa ISLAM ITU MELAYU dan MELAYU ITU ISLAM.)
 
Sementara Kitab Ibnu Katir mengatakan Bangsa Melayu berasal dari isteri Nabi Ibrahim yang ketiga bernama Keturah  Rujuk Ibnu Katir dari Kitab Al Jazari Fi At Tarikh  SINI.
 
 
Menurut Syeikh Ahmad Al Fathoni Bangsa Melayu bersifat lemah lembut, lunak dan berperibadi baik  sehingga diekploitasi oleh bangsa lain dari Kitab Hadiqatul Azhar  Rujuk SINI
 
Melayu di nusantara ini memegang mazhab Syafie . Ancaman Melayu masakini ialah Wahhabi   iaitu golongan yang menjisimkan Allah dan menghina Nabi Muhammad SAW namun melangnya mendapat tempat dalam pentas politik di Malaysia . Golongan ini juga seolah olah cuba memisahkan identity Islam dari Melayu dan Melayu dari Islam dengan menuduh tuduhan mencintai bangsa sebagai "assobiyah" . Nampaknya agenda golongan Wahhabi ini jelas mengikuti blueprint pengasas Wahhabi Mr Hemster yang sentiasa memusnahkan Islam dari dalam. Rujuk  Confessions Of A British Spy
 
Kata kata pemimpin politik Wahhabi yang terkenal di Malaysia- Nik Aziz dalam satu majlis di Kota Bharu:-
 
"Saya tidak berbangga (jadi) bangsa Melayu. Bangsa ini datang secara automatik,” Demikian kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam satu majlis dialog bersama wartawan di sebuah hotel di Kota Bharu pada tahun 2010.  " Rujuk SINI.

Berkenaan kemusnahan oleh Wahhabi di Malaysia dan infiltration Wahhabi dalam pesada politik di Malaysia  rujuk kajian di kuasa-tiang-kepada-cita-cita
 
Sesungguhnya banyak rahsia besar bangsa melayu akan saya dedahkan satu persatu. Namun yang semakin menjadi nyata ialah kewujudan  University Al Azhar di Malaysia setelah krisis Mesir.
 
Petikan dari penubuhan University Al Azhar dibawah :
 
"Apa yang saya cuba sampaikan di sini ialah keputusan Sheikhul al-Ahzar, Syeikh Dr. Ahmed al-Tayyib membenarkan Universiti al-Azhar mendirikan kampus cawangan pertamanya di luar kota raya Kaherah dan di luar Mesir. Mengikut Perlembagaan universiti itu, ia hanya dibenarkan didirikan di sekitar Kaherah atau di Mesir sahaja. Jika ada pun di luar negara ialah program berkembar dan bukan kampus cawangan.

Namun, kini kampus cawangan pertamanya di dunia akan terletak di sebuah negara di Timur, iaitu Malaysia.

Oleh itu tidak sia-sia Menteri Pelajaran II, Datuk Seri Idris Jusoh diutuskan oleh Kabinet ke Mesir untuk mengeluarkan pelajar Malaysia dari negara yang bergolak itu.

Pelajar pun boleh dikeluarkan dan perjanjian pun termeterai untuk mendirikan kampus di negara ini.

Turut hadir bersama-sama rombongan Idris ialah Datuk Yahya A. Jalil, seorang usahawan yang juga Ahli Lembaga Pengarah Gerbang al-Azhar Sdn. Bhd., syarikat yang memperoleh lesen daripada universiti itu untuk mengendalikan institusi itu.

Syukur alhamdulillah, Malaysia mencatat sejarah gembira kerana universiti tertua di dunia itu akan mewujudkan kampus cawangan yang pertama (kampus tetap) di negara ini.

Ia akan dikenali sebagai Universiti al-Azhar Kampus Tuanku Muhriz, Malaysia terletak di Ulu Bendul, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Sementara menunggu pembinaannya siap, para pelajar akan ditempatkan di kampus sementara di Pajam, Mantin, Negeri Sembilan.

Yahya ke Mesir bersama-sama rombongan itu kerana mewakili DYMM Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan selaku Penaung Diraja Universiti al-Azhar Kampus Tuanku Muhriz, Malaysia.

Yahya, selaku ahli Lembaga Pengarah, membawa perutusan dan berbincang mengenai penubuhan dan pelaksanaan Universiti al-Azhar di Malaysia"


 

Diceritakan dalam Hikayat Raja Raja Pasai , Nabi Muhammad SAW berwasiat kepada para sahabat supaya berdakwah di negeri Samudera setelah baginda wafat. Bawa sebuah kapal dan alat kelengkapan dan ambil seorang fakir di negeri Mengiri untuk mengislamkan seluruh negeri Samudera.
 

Alkisah peri mengatakan cerita raja yang pertama masuk agama Islam ini Pasai; maka adalah diceriterakan oleh orang yang empunya cerita ini, negeri yang di bawah angin ini, Pasailah yang pertama membawa iman akan Allah dan akan Rasulullah. Maka ada raja dua bersaudara seorang namanya Raja Ahmad dan seorang namanya Raja Muhammad. Adapun yang tua Raja Ahmad. Maka baginda kedua bersaudara itu hendak berbuat negeri di Samarlanga- Hikayat Raja Raja Pasai
 
 
Rupanya besar rahsia Melayu di akhir zaman ini. Apakah benar kebangkitan Islam dari Timur bermula di Nusantara ini?  Hadis Akhir Zaman berkata bahawa Islam akan kembali dagang di tempat kelahirannya dan orang daganglah yang akan memperkenalkan kembali Islam di Tanah Arab:-
 
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah saw, "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang orang yang asing".

(H.R. Muslim)
 

No comments:

Post a Comment

Disclaimer- segala komen pembaca tidak mewakili pendapat penulis blog ini. Komen anda adalah hak peribadi anda dan penulis blog tidak bertanggungjawab jika komen anda mempunyai kata kata hasutan dan diambil tindakan undang undang. Oleh itu komenlah dengan bijak dan waras