Kongsi Ilmu

Tuesday, July 9, 2013

Krisis di Mesir-pandangan ulama Al Azhar dan alumni Al Azhar

Umat Islam seluruh dunia sewajarnya mendengar pendapat ulama Al Azhar yang alim dalam ilmu mereka. Ulama Al Azhar dari dulu tidak sukakan pertumpahan darah dan bersikap neutral. Pandangan mereka sejak  setahun  dulu semasa Revolusi Mesir ; orang Mesir tak wajar demonstrasi di jalanan kerana banyak buruk dari baiknya.
 
Blog ini juga tak putus putus mengemukakan Hadis Sahih Bukhari berkenaan Akhir Zaman di Rasulullah SAW telah memberi amaran jika seorang Muslim memerangi segolongan Muslim yang lain maka orang itu bukan dari golongan umatnya
 
Dari Abu Musa ra dari Nabi Muhammad SAW Baginda bersabda- "siapa yang menghadapkan senjata kepada kita (orang muslim) orang itu bukan termasuk golongan kita"- Hadis Sahih Bukhari 1865 m/s 128
 
 
Dari Abu Hurairah ra katanya- Rasulullah SAW bersabda " nanti akan berlaku fitnah (kekacauan). Orang yang duduk dalam menghadapai fitnah itu lebih baik dari berdiri. Orang yang berdiri  lebih baik dari berjalan. Orang yang berjalan lebih baik dari yang berlari. Siapa yang kemuka hadapan semasa kekacauan, nescaya akan dimurkakan Allah. Maka siapa yang memperolehi tempat berlindung, hendaklah dia berlindung" Hadis Sahih Bukari no 1871 m/s 130
 
Kini terdapat ustaz muda yang pro Ikhwan Muslimin (sedangkan Ikhwan Muslimin ternyata banyak pendiri Wahhabi menjadi ketuanya) yang seolah mempertahankan President Morsi dan menidakkan Pandangan Alim dan kasyaf  Syeikh Al Azhar iaitu Syeikh Toyyib.
 
Sedangkan Syeikh Toyyib Mufti Al Azhar kini telah dikhabarkan oleh seorang wali Allah akan menjadi penaung dan membimbing umat Islam di zaman fasik dan fitnah
 
Satu hari,Ayah Syeikh Ahmad Thoyyib ra membawa, anaknya(syeikh Ahmad Thoyyib) menziarahi seorang Waliyullah iaitu Syeikh Abdur Rabbah Sulayman Al-Qalyuby ra, Maka berkatalah Sang Wali: "Anak mu ini akan menjadi "Syeikhul Azhar" dan memikul tanggungjawabnya pada zaman kerosakan dan kefasadan orang yang menentangnya".

Maka sekarang terjadilah seperti apa yang beliau(Syeikh Abdur Rabbah Sulayman Al-Qalyuby ra) khabarkan....
  "
 
Kini saya bawakan pesanan dari seorang Al Azhari -peringatan kepada para ilmuan yang menggelar diri mereka Al Azhari utk merujuk kenyataan rasmi Al Azhar dan jangan terpengaruh dengan pertubuhan politik di Malaysia atau di Mesir

 
"Anda sebagai Anba' Al-Azhar sepatutnya merujuk kepada Suara Rasmi Al-Azhar As-Syarif bukan suara NGO-NGO yg Pro Ikhwan dan Salafi .. Sebaiknya anda tukar Universiti Ikhwan Muslimin jika anda tidak merujuk kepada Suara Rasmi Al-Azhar As-Syarif . Jika anda ingin tahu berita yang sebenar pendirian Ulamak Al-Azhar As-Syarif , Sila Rujuk Di Page ini :>>>>>>>>
الصفحة الرسمية للأزهر الشريف
https://www.facebook.com/pages/الصفحة-الرسمية-للأزهر-الشريف/495750577103574

Jangan Rujuk dengan Individu-individu atau Persatuan-Persatuan yang menyampaikan berita yang berat sebelah dan tidak tepat .. Contohnya macam Berita yang di sampaikan ketika Presiden Dr Mursi (HafizohuLLOH) di guling kan, berita yang di sampai kan bahkan di sebarkan ialah pemangku Presiden Sementara ialah Seorang berugama Kristian bukan ISLAM ..... Sy mula-mula baca berita yg di tulis di Wall seorang "Ustaz " Mesir yg sangat kuat "Pro" Ikhwan itu, Tergelak Kelucuan dan Kelucahan berita itu, nampak sangat si penyebarnya ejen Ikhwan dan tidak pernah membaca "Dustur" Perlembagaan Mesir . Dalam perlembagaan Mesir , Usahkan nak jadi Presiden, Nak jadi Askar/Tentera Mesti ISLAM. Hahahahahaha di situlah nampak sangat org kita cepat percaya dan malas nak mengkaji . Main nafsu dia je nak sebar ..... yang di Hina ialah Ulamak dan yang duduk dalam kejahilan dan semangat berapi-api nya org awam.

Yang sedang menjilat dan menggigit bibir kegeraman konon-kononnya nak bantu Dr Mursi nya ialah Amerika .. Atas alasan " Demokrasi di perkosakan"..


Tapi macam yang Al-Fadhil Ustaz Najmuddin Al-Azhary Tuan Salim tulis kat wall dia lah , pena nya begini :

" Ada² saja orang yg nak cerca Syeikhul-Azhar ni. Jangan ingat hanya Prof. Dr. Ahmad at-Toyyib & Prof. Dr. Sayyid Tantawi saja yg kena bahkan yg sebelum mereka pun pernah difitnah dinista dengan bermacam² fitnah umpama al-Imam Muhammad al-Fahham. Fadilatul-Imam pernah difitnah memeluk agama Kristian..نعوذ بالله من ذلك..nah lihatlah lani. Presiden sementara Mesir pula dikatakan seorang Kristian نعوذ بالله من ذلك. Ada orang Malaysia yg marahkan al-Imam al-Akbar Prof. Dr. Ahmad at-Toyyib sebab katanya sokong jatuhkan Dr. Mursi kemudian lantik seorang Kristian sebagai Presiden sementara. Saya terkejut juga macam mana berita macam ni boleh timbul. Bila masa Adli Mahmud Mansur ni masuk Kristian? نعوذ بالله من ذلك.. Jangan mudah² kita menggadai agama seseorang. Tak ingatkah larangan Baginda ﷺ untuk tidak mengkafirkan sesama muslim kerana kafir itu akan kembali kepada salah satunya. Siapa yg mengata kafir kepada Presiden sementara ini sebagai Kristian, hanya Allah yg layak menghukum kamu kerana Allah Maha Mengetahui.
Kepada yg beria² marahkan syeikhul-Azhar bagai nak rak, kenapa? Adakah Kerajaan Mesir zaman Husni Mubarak kerajaan yg kafir kemudian jadi kerajaan yg Islam bila Dr. Mursi jadi presiden
kemudian Islam jatuh pula sebab Dr. Mursi dijatuhkan @ bagaimana? Fikir²kan kepada yg nak berfikir & fikir dulu sebelum nak cakap @ tulis. Allah Maha Melihat. Hati²!

والله أعلم
اللهم احم مصر الله المستعان و عليه التكلان
"


Udah-udah lah tu, Banyak lagi yg kita tidak tahu , ada gak duk berdalilkan mereka2 yg Khorij Al-Azhar yg menyokong Dr Mursi sebagai dalil itu pegangan dan Prinsip Al-Azhar.. Itu salah ya Sahabat2 ku.... itu NGO suku sakat , bukan suara rasmi Ulamak Al-Azhar . Macam pandangan Shaikh Yusuf Al-Qordhowi tu . Shaikh Al-Azhar الاستاذ الدكتور /احمد محمود كريمة

A.K.A الاستاذ الدكتوراحمد محمود كريمة
http://almogaz.com/news/politics/2013/07/07/999348الشيخ احمد كريمة: القرضاوى رئيس اتحاد مشايخ الإخوان.. ولا يمثل علماء الإسلام

Ingat lah wahai kawan-kawan dari ikhwah dan akhowat, kita datang ke Mesir bukan nak main parti politik negeri orang, bahkan untuk belajar di Universiti Al-Azhar As-Syarif dan Masjid Al-Azhar As-Syarif , apatah lagi untuk mendapat ilmu dan tarbiyyah pemikiran Ikhwan/Salafi/Wahabi/Mutasyadidun/Tijaruddin. kita punya Al-Imam Al-Akbar kita sendiri dan ada Ulamak Al-Azhar sendiri.

Sy pernah mendengar Nasihat Guru sy iaitu الأستاذ الدكتور جمال فاروق الدقاق :

(Lebih kurang melayunyo)

"Kamu mari negeri kami ni, xsoh duk caro dan terlibat lah hal Politik Negara kami, kamu mari nak belajar, belajar sungguh-sungguh dan kamu cakna dengan Isu-isu yang berlaku di sekeliling kamu supaya ilmu yg kamu belajar tadi semakin tajam dan di praktikkan dan jika tumpul pemikiran kamu, Al-Imam Al-Akbar الشيخ الدكتور احمد محمد احمد الطيب الحسانى dan Ulamak- Ulamak Al-Azhary Haqiqi lah tempat penghabisan pandangan kamu. " dan Shaikhna Shaikh Jamal Faruq Ad-Daqoq Al-Hasani R.A juga ada menyentuh perbezaan sikap tekun belajar di kalangan Pelajar Malaysia dan Pelajar Indonesia. Sebab itu kata Shaikhna Tidak hairan pelajar indonesia berpuluh2 org setiap tahun dapat buat PHD di Al-Azhar As-Syarif, sebab mereka mari nak belajar bukan nak main parti politik


Dan kepada mereka yang masih tidak serik2 mencela Al-Imam Al-Akbar kami R.A , Sila baca Status الشافعي الصغير Beliau ialah Shaikhna Shaikh Sayyid Syaltut R.A , tenaga pengajar di Masjid Al-Azhar dan murid kesayangan juga bagi Sayyidina Al-Imam Prof. Ali Gomaa أ.د. علي جمعة R.A :

 
https://www.facebook.com/sayed.shaltot/posts/534781296584147i Shaikh Sayyid Syaltut dalam mempertahankan Al-Imam Al-Akbar
كنت معتزلا للكلام في السياسية عبر موقع التواصل الاجتماعي ، الفيس بوك ، وما زلت على طريقتي ، ولكن أحزنني أن وجدت أحد أصحاب العمائم الأزهرية يسب ويلعن في شيخ الأزهر في موقفه الأخير ، وكأن المسألة قطعية لا يجوز في الاجتهاد والتعددية ، والعجب أن هذا يدعي تمسكه بالمنهج الأزهري الوسطي الأشعري الصوفي ، هل يا صاحب المنهج الأزهري يجوز لك لعن مسلم على رأي يجوز فيه الاختلاف؟ ، فضلا عن أحد أكابر العلماء ، فضلا عن رمز المؤسسة الأزهرية ، وشيخ كل أزهري ، أين وسطيك ، أين أزهريتك ، أين تصوفك الذي يدعوك إلى طهارة اللسان وحسن الظن ، ومحاولة الاعتذار والتوجيه لرمز المؤسسة ، ثم هذه المسألة برمتها لسيت قطعية بل ظنية ، ورمز المؤسسة أبان عن رأيه فيها ، نعم لك أن تختلف معه لكن ليس لك أن تسبه فضلا عن أن تلعنه أو تشكك في ديانته ، وأخيرا وليس آخرا هونوا على أنفسكم وادع الله تعالى أن يحفظ بلادنا ويقيها الشر كله ، وأن يحقن دماء أبنائها ، وأن يظهر الخونة لكل ذي عينين.
ملحوظـــــــــــــــــــــــــــــــة :
أي تعليق يخرج عن حد الأدب سوف أخظره صاحبه ولا أبالي .
"


Akhir sekali buat kali ini ( Esok pagi nak turun KL dari sabak bernam), Kadang-kadang aku merasa hairan terhadap pelajar2 Malaysia yg pro "Ikhwan" sehingga berani mencerca Masyayikh dan Al-Imam Al-Akbar mereka sendiri . Sedih kurasakan . Sampai orang sealim Tuan Shaikh Mohamed Ghonim Al-Azhary (محمد غنيم الأزهري) di hina dan di tuduh macam-macam, Sekular lah, Tolok ISLAM lah, UMNO Mesir lah , menjatuhkan kerajaan ISLAM lah. Nampak macam anda pula warganegara Mesir yang memahami Fitnah apakah yg berlaku di sana .

Sia-sia kami menterjemah video2 berikut :

1)Sayyidina Al-Imam Shaikhona Syaikh Ali Goma'ah & Sayyidina Al-Imam Al-Akbar Syaikhul Al-Azhar Ahmad Toyyib الإمام العلّامة نور الدين علي جمعة مفتي الديار المصرية حفظه الله و رضي الله عنه
& شيخ الازهر الشيخ احمد الطيب خط احمر حفظه الله و رضي الله عنه الشيخ الدكتور احمد محمد احمد الطيب الحسانى -

Pendirian Al-Azhar tentang Politik KePartian ;




 https://www.facebook.com/photo.php?v=592747434088932&set=vb.100000610413345&type=3

2)Syaikhona Syaikh Ali Goma'ah الإمام العلّامة نور الدين علي جمعة مفتي الديار المصرية - Penjelasan Isu Politik KePartian,Sekular dan Hudud ;https://www.facebook.com/photo.php?v=584475944916081&set=vb.100000610413345&type=3

3) Syaikhona Syaikh Ali Goma'ah - Penjelasan mengapa di Zaman ini tidak dapat Laksanakan Hudud
(dan sedikit sedutan wawancara bersama Syaikh Yusuf Al-Qordhowi) >>>>
https://www.facebook.com/photo.php?v=583279375035738&set=vb.100000610413345&type=3

4)Shaikhona Shaikh Ali Goma'ah - Ulamak sebenar VS Pendakwa diri Ulamak (Salafi/Wahabi/Khawarij) >>>>https://www.facebook.com/photo.php?v=591096430920699&set=vb.100000610413345&type=3


Sadis dan Sedih sungguh, Bak kata org tua2 : "Bodo xleh nk ajar , Cedik xleh nok tumpang "

Maksudnya : " Kalu Aku xterjemohkan , Puok mung bodo, Pahtu lLeloh2 ore terjemoh , Mung berlagok Alim lebih pado Ulamok lah pulok..."

WoLLOHi Antum Miskin Ya Tijaruddin !!!!!!!!!!


ولا اخوان ولا سلفيه العمامه الازهريه هى طريقنا للوسطيه العمامه الازهريه هى طريقنا للمدنيه

عندي المناهج التى تمسكت بها, منهج الأزهر و منهجي الدارين أي دار المصطفى و دار الإفتاء المصرية. أرفض أن أتدخل فى السياسة كأسيادي و أشياخي الأجلاء, نعم قد سُجّلت فى إحدى الأحزاب و ما سَجّلت بنفسي و لذا أرفض ذلك و طلبت الاستقلال منه. لا و لن أنتمي إلى أي الحزب السياسي. ما هو شأني أن أشتغل فيما ليس شغلي.
اللهم احفظنا من الفتن يا حافظ..آمين."


Sumber
Al-Faqir As-Sayyid Faez Al 'Aydrus السيد احمد فائزالعيدروس
Ustaz Syed Faiz Al-Idrus

(Sabak Bernam , Selangor Darul Ehsan, Malaysia


















































































 



 
 

No comments:

Post a Comment

Disclaimer- segala komen pembaca tidak mewakili pendapat penulis blog ini. Komen anda adalah hak peribadi anda dan penulis blog tidak bertanggungjawab jika komen anda mempunyai kata kata hasutan dan diambil tindakan undang undang. Oleh itu komenlah dengan bijak dan waras