Kongsi Ilmu

Sunday, June 16, 2013

President UMNO dan PM Malaysia sepatutnya dipantau oleh Council of Elders

Tiada Negara dalam dunia Barat yang tidak ada Council Of Elders. Maksudnya mereka tidak boleh berkuasa seorang diri. Malah di Amerika Syarikat juga mereka mempunyai Government within the Government . Tiada seorang pon president Amerika Syarikat berkuasa  penuh.
 
Di Malaysia Raja kita  adalah Raja Berpelembagaan. Maksudnya Raja pon ditadbir dan dipantau pergerakannya oleh Majlis Raja Raja Melayu
 
Peleknya perkembangan sejak zaman Tun Lah, bila naiknya fahaman Neo Liberalisme, maka penasehat  Perdana Menteri memunahsehat Perdana Menteri agar  dia "trigger happy" merosakkan perkara fundamental dalam Malaysia yang sudah tertera dalam Perlembagaan Persekutuan  iaitu Ugama Islam, Ketuanan Melayu (iaitu hak istimwewa penduduk pribumi iaitu bangsa Melayu dan Pribumi Sabah dan Sarawak) dan  Raja Raja Melayu

Oleh itu tidak ada sebab kenapa PM kita tak boleh dipantau oleh Council Of Elders. Seperti Singapura , Perdana Menteri sekarang dipantau oleh Mantan Perdana Menteri Lee Kuan Yew dan Mantan Perdana Menteri Goh Chok Tong serta beberapa orang party Elders lain. Dengan itu kesinambungan polisi Singapura terjamin.
 
Janganlah kita kerana terkena tekanan ultra kiasu DAP dan kaum Cina menidakkan perkara ini. Saya  menyarankan agar Perdana Menteri Najib dipantau oleh Council Of Elders iaitu Tun Dr Mahathir dan Tun Daim. Dengan itu kesinambungan polisi kerajaan dalam menegakkan ugama Islam, mempertahankan ketuanan Melayu dan Pribumi serta mempertahankan Raja Raja Melayu terjamin.
 
Harap tidak ada lagi political blunders seperti meletakkan SPR ke bawah Parlimen sedangkan SPR dan semua Suruhanjaya diletak di bawah Yang Di Pertuan Agong kerana mereka badan berkecuali dan Monarky adalah kuasa tertinggi di Malaysia.
 
Malaysia perlukan pemimpin berpegalaman dan mempunyai grass root base yang kuat untuk menegur dan membimbing DS Najib. Bukannya young chikus seperti Omar Ong dan punahsehat yang mempunyai kepentingan peribadi dan kurang pengalaman hidup dan pengalaman politik. Paling penting DS Najib perlu kembali kepada grass root support dan kembali kepada fundamental Negara seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Salinan Perlembagaan untuk punahsehat wannabe ada di Perlembagaan_Persekutuan.pdf

2 comments:

  1. Memang satu kaedah yang sepatutnya diguna dari dulu lagi. Ingat! pemimpin mesti akur dengan UMNO dan bukannya UMNO dicorak oleh pemimpin. Council of Elders will put leaders back to focus always!Bring back good old brains to support and to efficate Malay government machinery! May Allah bless us all!~

    ReplyDelete
  2. Amat setuju dengan cadangan. Council of elders mesti telus dan ikhlas. Jumlah ahli mesti cukup untuk memastikan council berfungsi tanpa sebarang personal interest.

    ReplyDelete

Disclaimer- segala komen pembaca tidak mewakili pendapat penulis blog ini. Komen anda adalah hak peribadi anda dan penulis blog tidak bertanggungjawab jika komen anda mempunyai kata kata hasutan dan diambil tindakan undang undang. Oleh itu komenlah dengan bijak dan waras