Kongsi Ilmu

Friday, May 10, 2013

PRU 13 Rasis -namun Hikmah Allah terserlah jua

Dari Statistik trend pengundian kaum Cina  di dalam PRU 13 berpihak kepada DAP

                                Calon MCA yang menang dalam kawasan majority Melayu

Trend Pengundian Cina berdasarkan kaum dan DAP pada PRU13.

Keputusan PRU13 mendapati bahawa Calon MCA yg menang adalah dalam kawasan majority Melayu. 

Manakala calon MCA kalah di kawasan yang majority Cina kerana kaum Cina tetap  mengundi DAP.

Dalam keseluruhan calon DAP seluruh negara hanya ada  2 calon Melayu Islam  iaitu  1 anak angkat Khir Johari dan 1  blogger yang berpaling tadah dari UMNO ke DAP. Jadi siapa yang rasis? Melayu atau Cina?

Berikut adalah calon MCA yang menang di kawasan majority Melayu
 

 

MP Islam dalam Barisan maseh majoriti pada 84 peratus!

Now, Waiiitt a minute......Ada yang mempertikaikan kononnya sebab Barisan Nasional berikan 12 kerusi mudah menang kepada MCA maka  MP Barisan Nasional lebih banyak kaum bukan Islam dari Islam.
 
Mari kita buat matematik simple ini
Sebanyak  112 kerusi di menangi oleh orang Islam dari  Barisan Nasional . Dari jumlah itu 88 kerusi yang dimenangi Melayu Islam di Semenanjung , 10 di Sarawak dan 14 di Sabah dengan subtotal 112 orang. 
 Representasi MP Islam dalam Barisan Nasional ialah 112/133 x 100% atau  84 % berbanding 16 peratus MP Bukan Islam!
 
 
MP Islam dalam Barisan ialah 112 orang atau 84 peratus berbanding MP Bukan Islam pada 16 orang atau 16 peratus

MP Bukan Islam dalam Pakatan ialah 59 peratus berbanding MP Islam pada 41 peratus
 
Dari 89 kerusi Parliment  yang dimenangi Pakatan  dalam PRU 13, MP Islam PAS adalah 21 orang, MP Islam PKR 14 orang dan MP Islam DAP ialah 2 orang
 
MP Islam dalam Pakatan pada  37 orang atau 41 peratus berbanding MP Bukan Islam pada 52 orang atau 59 peratus.
 



Barisan tak boleh disalahkan kerana polarisasi kaum kerana pengundi Cina menolak Barisan secara total demi janji DAP nak bentuk "Rejim Baru" pada 6 Mei 2013.
 
Namun hikmah utama ialah rancangan jahat DAP tak mendapat izin dan redha dari Allah. Hikmah kedua ialah Allah maseh memelihara Malaysia dari diperentah kufar yang menjadi majoriti dalam Pakatan dengan memenangkan Barisan Nasional.
 
Semoga umat Islam sedar dan semua perlu BERSATU dan keluar mengundi dalam PRU14. Statistik menunjukkan bahawa Cina adalah MINORITI di semua negeri-namun kerana mereka bersatu maka mereka dapat dictate umat Islam di Malaysia
 
Jumlah populasi Cina adalah MINORITI dalam semua negeri namun mereka peka Pilihanraya dan kaum yg paling banyak mendaftar- jika semua umat Islam mendaftar sebagai pengundi dan bersatu InsyaAllah kita boleh ambil semula Pulau Pinang dan Selangor
 
 
Semoga Allah terus memberkati bumi Jawi ini dan umat Islam sedar mainan kufar untuk menjatuhkan Kerajaan Islam yang ada. Tiada DALIL dan NAS yg membenarkan Kerajaan dan Pemerintah Islam dijatuhkan secara paksaan......maka berhati hatilah dari dipermainkan dengan pelbagai isu demi menimbulkan kebencian pada Pemerintah Islam  untuk mewujudkan perang saudara di Malaysia.
 
 

 
 
 

7 comments:

  1. Saya selalu menyatakan kepada rakan-rakan serta menulis dalam blog saya bahawa DAP ni mempunyai agenda besar. Jika kita perhatikan secara logik, bagaimana PAS mampu bergabung dengan DAP? Mangapa pula PAS @ Mat Sabu bermati-matian menentang UMNO yg ingin bermuzakarah dengan PAS.

    Tidak boleh dinafikan bahawa DAP merupa arkitek perpecahan Melayu di Malaysia. Ini sebagai persediaan untuk memecahkan undi Melayu supaya yang Majoriti menjadi Minoriti. Manakala mereka yang Minoriti pula akan mendapat majoriti apabila bersatu.

    Projek Datum merupakan satu contoh terbaik apabila PKNS (diterajui oleh PKR) ingin membina condo mewah yang tidak masuk akal dimana sudah semestinya tidak mampu dimiliki oleh orang Melayu. Tetapi, condo-condo ini dibina dikawasan konsentrasi orang Melayu... Mengapa? Logik akal akan menyatakan bahawa hanya orang cina dan cina dari Singapura saja yang mampu membeli condo-condo ini. Bayangkan condo 1 bilik berharga hampir 1 juta ringgit. Sekaya mana sekali pun orang Melayu tidak akan membeli Condo sedemikian.

    Fikir-fikirkan lah.

    ReplyDelete
  2. makan + kerja + tido = duit

    ReplyDelete
  3. Umno kena ambil kerusi majoriti Melayu krn ia satu pengkianat pada Melayu jika mca bertanding kwasan majoroti Melayu. Knpa pkr, dap boleh letak orang Melayu pd kwsan majoriti Melayu dan knp Umno tdk boleh lakukan seperti mereka lakukan? Apa mca buat dikwasan majoriti cina dan mca langsung tdk ada buat tentangan pada dap.

    Umno juga mesti bertapak di Sarawak krn pkr, dap sudah bertapak beberapa kwsm parlimen Sarawak pd pru 13 dengan menang kawasan parlimen Kuching, Sibu, Stampin, Sarikei,Lanang dan Miri.

    Takkanlah rakyat Sarawak tidak boleh terima kehadiran Umno sedangkan pkr, dap telah berlaku

    ReplyDelete
  4. kerusi majoriti Islam di Sabah mesti kembalikan pd Umno

    ReplyDelete
  5. Jatuhkan ekonomi mereka. Mari kita mengkayakan melayu.

    ReplyDelete
  6. itupun ada juga nak meludah kalau jumpa dia untuk perpaduan.

    ReplyDelete
  7. Assalam semua... kira MP Islam 112 BN 37 PR total 149... lebih 2/3 tu... sapa yang usul dalam parlimen bagi Ubah Pelembagaan utk Daulatkan undang2... kita tengok MP mana yg sokong dan menentang.... MP Melayu Celup Dap.. zairil.. sokong tak... Melayu Pluralisme akan sokong tak.. Melayu Liberal akan sokong tak...

    nah peluang terbaik Pas untuk usulkan...

    mengapa tak BN... tak apa MP BN sokong je... biar Pas yg usul.. MP Melayu BN kena buat secara hikmah...

    Pas ada beraani tak....

    zz

    ReplyDelete

Disclaimer- segala komen pembaca tidak mewakili pendapat penulis blog ini. Komen anda adalah hak peribadi anda dan penulis blog tidak bertanggungjawab jika komen anda mempunyai kata kata hasutan dan diambil tindakan undang undang. Oleh itu komenlah dengan bijak dan waras