Kongsi Ilmu

Thursday, April 25, 2013

PAS pecah undi di DUN Changkat Jering

Berita dari Changkat Jering.  Calon PAS Nizar Jamaluddin tak disukai oleh orang Changkat Jering. Sehubungan itu ustaz Zul telah bertanding sebagai calon BEBAS sebagai alternatif kepada orang orang PAS. Changkat Jering terkenal dengan sekolah pondok dan tindak tanduk Nizar Jamaluddin sangat terkeluar dari norma orang Islam. Ikuti luahan ustaz Zul yang menegaskan beliau tidak sekali kali berniat mengalahkan calon UMNO iaitu Dato Rosli. Jika ini terjadi maka undi di Changkat Jering memihak kepada calon UMNO, insyaAllah.
 
 
"TERBAIK...!!! Saya bertanding untuk mengalahkan Nizar Jamaluddin yang bongkak

Ustaz Zul
Saya bertanding untuk mengalahkan Nizar Jamaluddin yang bongkak, bukan untuk mengalahkan Dato Rosli Hussin. Zulkifli Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Ustaz Zul dikalangan parti PAS kawasan changkat jering yang bertanding sebagai calon bebas sebagai tanda protes ahli ahli pas tempatan. Kedengaran terdapat dua puak didalam PAS negeri dan pusat sekarang ini yang mana pendokong Islam sebenar dengan segerombolan yang penuh hawa nafsu dan gila kuasa seperti Nizar Jamaluddin.
 


 Ustaz Zul Calon Bebas juga menyatakan bahawa lebih kurang jam 4 pagi pada hari penamaan calon, seorang penyokong untuk beliau dicalonkan telah di "kidnap" dan dibawa lari supaya dia tidak dapat menjadi calon bebas oleh pihak yang tertentu.
 
Atas dasar sayangkan kampung halaman sendiri, dari diwakil orang yang tidak bertanggung jawab beliau atas keputusan musyawarrah sesama ahli telah membuat keputusan untuk bertanding sebagai calon Bebas.Yang nyata tindakan tersebut adalah untuk tidak memberi kemenangan walaupun tipis buat  Nizar Jamaluddin.

 
 

No comments:

Post a Comment

Disclaimer- segala komen pembaca tidak mewakili pendapat penulis blog ini. Komen anda adalah hak peribadi anda dan penulis blog tidak bertanggungjawab jika komen anda mempunyai kata kata hasutan dan diambil tindakan undang undang. Oleh itu komenlah dengan bijak dan waras