Rancangan yang dibuat secara rakaman dari studio Media Prima, telah berjaya
mewujudkan satu ‘benchmark’ tertinggi bagi rancangan berbentuk Siri Rancangan
Temubual bukan saja bagi TV3 tetapi bagi sesebuah produksi siri Rancangan
Temubual di Malaysia, apabila berjaya meraih jumlah penonton tertinggi sebanyak
4.3 juta (25.9 TVR) atau 72.6% (sumber: A.C. Nielsen Audience
Measurement).
atau rujuk di SINI
Secara purata, rancangan berbentuk temubual atau bual
bicara hanya mencatatkan rekod 300,000 penonton sahaja. Namun atas faktor
kekuatan tetamu undangan pada 6 Februari lalu, iaitu Yang Berhormat Ustaz
Nasharuddin Mat Isa yang baru sahaja digugurkan daripada Majlis Syura Ulama PAS
oleh pimpinan tertinggi PAS pada 14 Januari 2013, jumlah penonton yang menonton
rancangan tersebut meningkat mendadak sehingga 4.3 juta
penonton.
Kemunculannya amat dinantikan oleh penganalisis dan pengikut politik tanahair
yang sarat dengan isu semasa dan sensitif, seperti isu perpaduan kaum Melayu
Islam di Malaysia, isu penggunaan Kalimah Allah, isu keakraban beliau bersama
Perdana Menteri Malaysia dan isu kemasukan beliau ke dalam UMNO.
Pendedahan Yang Berhormat Ustaz Nasharuddin pada malam itu
juga dipancarkan menerusi laman web rasmi TV3 dan di laman web
tonton.com.my.
Jumlah audience yang menonton secara online pula mencecah 95,312, juga menjadikannya satu rekod baru tontonan Siri Rancangan Temubual melalui online di Malaysia. Ditambah dengan adanya kemudahan internet mudah alih dan smartphone, tontonan secara ‘live streaming’ mencapai angka tertingginya pada permulaan rancangan tersebut, iaitu tepat pada jam 10.03 malam dengan 18,598 hits berbanding hanya 6,109 pada penghujung rancangan. Malaysia mencatatkan tontonan online tertinggi sebanyak sebanyak 98,435 tontonan, diikuti negara-negara lain seperti United Kingdom (4,542), Arab Saudi (3,431), Amerika Syarikat (3,068), Australia (2,956), Singapura (2,158), Indonesia (1,132) dan Brunei (1,009).

No comments:
Post a Comment
Disclaimer- segala komen pembaca tidak mewakili pendapat penulis blog ini. Komen anda adalah hak peribadi anda dan penulis blog tidak bertanggungjawab jika komen anda mempunyai kata kata hasutan dan diambil tindakan undang undang. Oleh itu komenlah dengan bijak dan waras