Kongsi Ilmu

Sunday, February 17, 2013

mempertahankan Saidina Khadijah dan Ummul Mukminin dari dipluralismekan

Lewat ini ada cubaan mempluralisme ugama dan menyamakan tokoh wanita Islam dengan pasangan isteri orang politik untuk political mileage. Sesungguhnya cubaan ini sangat menghinakan bagi wanita Ummul Mukminin (Ibu Orang Beriman) yang cuba disamakan dengan Ibu Orang Yang Cuba Menggalakkan Umat Islam Murtad   MUAFAKAT JAWAB NURUL IZZAH.


Ucapan Nurul " There is compassion In Islam" menyalaherti ayat Al Quran. Islam tidak melarang kafir mengamalkan ugama mereka tapi melarang umat Islam MURTAD. Nurul memutar belit ayat berkenaan bagi memenangi hati kafir dalam sebuah gereja .



Presiden PKR, Wan Azizah menerima Anugerah Sayyidatina Khadijah 2012 dari Dr Siddiq Fadzil -cubaan mempolitikkan Ummul Mukminin

Saidina Khadijah bukan sahaja isteri Rasulullah SAW tapi adalah antara 4 wanita yang sangat mulia di dalam sejarah Islam dan dunia
 
Saidina Khadijah adalah antara 4 nama yang disebut sebagai wanita Islam terulung dalam peradaban dunia.

4 nama wanita mulia dalam sejarah :-
 
i-Saidina Khadijah isteri Rasulullah SAW  dan Srikandi Islam yang mengorbankan seluruh hartanya dan nyawanya untuk bersama Rasulullah SAW menegakkan Islam. Baginda wafat tahun ketiga dalam pemulauan kaum musyrikin Makkah ke atas umat Islam di  Shiib Abi Talib, Lembah Abi Talib. Sebagai wanita bangsawan yang mempunyai kedudukan terpuji ketika itu Saidina Khadijah mampu untuk hidup mewah tapi baginda keluar dari banglo mewahnya  semata mata untuk bersama suami tercinta Rasulullah SAW.
 
Begitu tabahnya baginda Saidina Khadijah sehingga Malaikat Jibrail memberi Salam kepada baginda sewaktu baginda mendaki batu kerikir bukit Hira'   bagi mengangkut makanan kepada Nabi yang suluk di Gua Hira'
 
           Saidina Khadijah mendaki gunung ini untuk memberikan makanan kepada Rasulullah SAW
 
ii-Saidina Fatimah, anakanda Raulullah SAW dan Saidina Khadijah yang menjadi Penghulu  muslimah di syurga. Walupun puteri Rasulullah SAW , Saidina Fatimah sangat hormat suaminya dan membanting tulang menguruskan rumah tangga tanpa bantuan orang gaji. Tatkala di tegur Saidina Ali kerana mengeluh kepenatan menguruskan rumah tangga, Saidina Fatimah berlari dan mengelilingi Saidina Ali memohon keampunan suaminya yang sangat dihormati. Tidak pernah keluar perkataan dan kata nista terhadap suaminya walaupon Saidina Ali tak mampu memberikan Saidina Fatimah kemewahan duniawi.
 
iii- Siti Asiah, isteri Firaun yang berugama Hanif (mempercayai Tuhan Yang Esa) dan ibu angkat Nabi Musa. Baginda sanggup mempertahankan maruahnya dan ugamanya walaupon ditawarkan kemewahan dunia sebagai isteri Firaun
 
iv-  Mashitah, yang mana bau kuburnya yang harum dicium baginda Rasulullah SAW sewaktu israq mikraj. Mashitah dan seluruh keluarganya dibunuh oleh Firaun kerana mempertahankan ugama Hanif. Rahsia Mashitah sebagai seorang Islam diketahui bila Mashitah menyebut Laa Ilah Ha Ilallah-yang membawa maksud Tiada Tuhan Melainkan Allah dan bukannya Firaun sebagai tuhan sewaktu menyikat rambut puteri Firaun. Mashitah enggan murtad dan atas sebab itu Mashitah dan keluarga dibunuh dengan menghumban mereka dalam minyak panas.
 
Saidina Khadijah bukan sahaja bonda kepada anak anak Rasulullah SAW, Saidina Khadijah mempercayai perjuangan Rasulullah SAW dan mengakui KEIMANAN Rasulullah SAW sewaktu kaum mushrikin Makkah memusuhi Rasullullah SAW kerana mengembangkan ugama Allah iaitu Islam.

Gelaran Ummul Mukminin (Ibu Orang Beriman)
 
UMMUL Mukminin merupakan gelaran yang diberikan kepada para isteri Nabi Muhammad SAW. Jika ditinjau daripada segi bahasa, Ummul Mukminin bererti ‘ibu orang beriman.’ Gelaran itu menunjukkan bahawa para isteri Nabi Muhammad SAW ialah perempuan yang terpilih dan dimuliakan Allah SWT.

Gelaran itu ditetapkan Allah SWT dalam surah al-Ahzab ayat enam yang bermaksud: Nabi itu lebih menolong dan lebih menjaga kebaikan orang-orang yang beriman daripada diri mereka sendiri dan isteri-isterinya adalah menjadi ibu mereka…

Selanjutnya, dalam surah yang sama ayat 53 Allah SWT menetapkan bahawa para isteri Nabi Muhammad SAW tidak boleh dikahwini oleh sesiapa pun setelah Nabi Muhammad SAW wafat:

 …Dan kamu tidak boleh sama sekali menyakiti Rasul Allah, dan tidak boleh berkahwin dengan isteri-isterinya sesudah ia wafat, selama-lamanya. Sesungguhnya segala yang tersebut itu adalah amat besar dosanya di sisi Allah
.
Perawi hadis
Ada beberapa isteri Nabi Muhammad SAW yang menjadi perawi hadis Nabi Muhammad SAW, iaitu Aisyah binti Abu Bakar, Ramlah binti Abu Sufyan, Hafsah binti Umar dan Zainab binti Jahsyi. Aisyah dikenal sebagai salah seorang isteri Nabi Muhammad SAW yang berpengetahuan luas. Ramlah pula taat beribadat.

Isteri Nabi Muhammad SAW yang ditugaskan oleh Abu Bakar al-Siddiq untuk mengumpulkan dan menyimpan naskah mushaf al-Quran di rumahnya ialah Hafsah. Nabi Muhammad SAW mengahwini Zainab dengan tujuan untuk membetulkan kekeliruan tentang kedudukan anak angkat.

Isteri-isteri Nabi SAW
Perkahwinan Nabi Muhammad SAW dengan isteri-isterinya bertujuan untuk membentuk norma kehidupan rumah tangga yang akan menjadi contoh bagi keluarga Islam lainnya.

Tawanan perang
Pada zaman Nabi Muhammad SAW, perang di antara orang kafir dengan orang Islam sering berlaku. Pada 6 Hijrah, kaum Bani Mustaliq yang sangat memusuhi Islam menyerang kaum Muslimin tetapi kalah, lalu ditawan oleh kaum Muslimin. Salah seorang tawanannya ialah, Juwairiyah, anak pemimpin Bani Mustaliq. Suami Juwairiyah, Musafi bin Shafwan terkorban dalam peperangan itu. Setelah Juwairiyah dibebaskan, Nabi Muhammad SAW mengahwininya.

Di samping itu, meletus pula Perang Khaibar. Peperangan di antara kaum Muslimin dengan Yahudi itu akhirnya dimenangi oleh kaum Muslimin. Antara tawanan perang tersebut ialah Sofiyah binti Huyay, puteri tokoh Yahudi yang sangat memusuhi Islam.
Nabi Muhammad SAW mengajukan dua pilihan kepadanya, iaitu memeluk Islam dan mengahwini Baginda atau dibebaskan dan tetap menganut agamanya. Akhirnya, beliau memilih untuk memeluk Islam dan berkahwin dengan Nabi Muhammad SAW

Ahl al-Bait
Secara harfiah, Ahl al-Bait bererti anggota keluarga. Di dalam al-Quran, istilah ini merujuk kepada keluarga Nabi Muhammad SAW. Ummul Mukminin termasuk dalam kumpulan Ahl al-Bait. Mengenal pasti Ahl al-Bait yang sesuai dengan surah itu tidak menimbulkan masalah sehinggalah Hassan bin Ali meninggal dunia. Masalah timbul apabila kumpulan Syiah beranggapan bahawa Islam dipimpin oleh Ahl al-Bait daripada keturunan Ali dan Fatimah.

Rujukan
Nota sendiri di majlis Maulid Nabi dan Haul Saidina Khadijah Al Kubra di Yayasan Al Jenderami
 

1 comment:

  1. Bagi lah anugerah gelaran apa sekali pun...kami orang Permatang Pauh dah tauu siapa Anuwar dan Wan Zizah Omega sebenar nya !

    ReplyDelete

Disclaimer- segala komen pembaca tidak mewakili pendapat penulis blog ini. Komen anda adalah hak peribadi anda dan penulis blog tidak bertanggungjawab jika komen anda mempunyai kata kata hasutan dan diambil tindakan undang undang. Oleh itu komenlah dengan bijak dan waras