Kongsi Ilmu

Wednesday, January 23, 2013

Diversion- kerana balak dan Kalimah Allah, Sharifah Zohra jadi mangsa!


Kepada semua pembaca, saya meminta supaya berfikiran rasional.

 
DAP tak dapat menepis isu pemberian 10,000 hektar tanah di Kelantan sebagai rasuah bagi membolehkan Nizar Jamaluddin menjadi MB Perak selama 11 bulan. Tambahan lagi isu itu melibatkan naseb 70 peneroka tanah berbangsa Melayu berugama Islam yg akan hilang tempat tinggal dan hilang kebun kelapa sawit walaupin telah diusahakan hampir 20 tahun. Rujuk Tanah Tuhan dan Balak untuk Ngah dan Ngeh
 
                Pemindahmilikan tanah dari Yayasan Islam Kelantan kepada Ngah dan Ngeh.
 
Di Bawah Akta Hutan 1984 Hutan Simpan hanya boleh diterokai jika mempunyai kepentingan awam. Yayasan Islam Kelantan (YIK) mempunyai locus standi bila mengambil Hutan Simpan tersebut. Tapi bila tanah dipindahmilik dari YIK kepada orang kafir harbi Nagh dan Ngeh, maseh adakah  kepentingan awam  untuk rakyat Kelantan dan Malaysia? Rujuk kesalahan di bawah Akta Perhutanan Negara (Akta 313) 1984 Akta 313

Isu ini cukup panas dan tak dapat ditepis DAP yang mendakwa mereka transparen dan tak mengamalkan rasuah.  Maka DAP Divert isu tersebut dengan Kalimah Allah. Yang terkena tempias ialah PAS
 
PAS yg merasa panas kerana isu Kalimah Allah belum dapat menangkis dengan baik. Tambahan lagi isu Amanat Hadi Awang yg jelas salah mengkafirkan umat Islam maseh berbahang.Sehingga ke rencana ini ditulis, sudah 3 minggu Hadi Awang membisu tanpa tindakan konkrit damage measures ke atas isu Amanat Hadi Awang yang memecahbelahkan Melayu selama 33 tahun itu.  Di Tambah lagi pendedahan buku Kafirkan Aku dan Airmata Memali oleh Cikgu Non atau CN Al Afghani menyebabkan PAS kepanasan kerana semua ini berlaku berpunca dari AKIDAH PAS yg mujassimah al wahabiyah (sesat) . Orang Islam takkan mengkafirkan saudara seIslam yang lain kerana hak masuk syurga dan neraka semata mata dengan rahmat Allah. Lupakah PAS bahawa Hadis Sahih Bukhari " bila orang Islam menuduh saudara seIslam kafir sedangkan saudara maseh Islam, maka tuduhan tersebut akan berbalik kepada orang yang menuduh"
bila orang Islam menuduh saudara seIslam kafir sedangkan saudara maseh Islam, maka tuduhan tersebut akan berbalik kepada orang yang menuduh
 
  
 Dalam kepanasan maka datanglah idea menepis. PAS memang pakar dalam bab ini. Kebetulan video Sharifah Zohra vs Bawani jadi hit sensation di youtube. Maka semua permasalahan party PAS dan DAP di divert kepada Sharifah Zohra.

Sharifah Zohra telah bertindak dengan baik bagi menjelaskan isu anarchy dan Perhimpunan BERSIH yang melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012 SINI dan youtube penuh perbicaraan di bawah. Minit 4 ke atas menunjukkan bahawa Sharifah Zohra mendapat sokongan dari siswa UUM. Malang sekali ia diputar belit utk menunjukkan "kekalahan" Sharifah Zohra walau pon jelas Bawani telah mengacau majlis di pengakhir masa.
 

 
Rujuk minit 4.14 di mana Sharifah mendapat tepukan dan sokongan dari UUM -sokongan sisiwa padu di belakang Sharifah Zohra
 
Kepada rakyat Malaysia, saya mohon gunalah pemikiran kritis.
 
Isu utama yang mencabar umat Islam kini ialah;
 
1- Penggunaan Kalimah Allah oleh kafir yg dibenarkan PAS sepatutnya tak berlaku. Ini akan sebab lebih banyak umat Islam mudah diMURTADkan
 
2- Isu bible dalam bahasa Melayu. Kesemoatan ini tidak akan timbul jika isu Kalimah Allah tidak dipopularkan oleh sect PAS yang berfikiran Liberalisme dan Pluralisem seperti Khalid Samad, pegawai Institut Kajian Dasar (IKD) dan think tank Anwar Ibrahim
 

 
                             Kalimah Allah digunakan untuk menghalalkan  kuasa politik
 
 
3-Isu pemilikan tanah oleh peneroka Islam di Kelantan. Umat Islam perlu menguasai ekonomi, Ingatlah Hadis Rasulullah s.a.w yang bersabda;
Kepapaan itu hampir-hampir membawa kepada kekufuran.
Hadis ini menjelaskan bahawa sering kali orang menjadi kufur kerana tekanan-tekanan ekonomi dan kesulitan untuk memperoleh rezeki. Orang yang asalnya baik akan berubah menjadi tidak amanah.

Oleh itu Islam mewajibkan setiap umatnya agar bekerja keras dan berusaha mencari rezeki demi membela diri mereka daripada kemiskinan dan kekufuran. Islam menilai orang yang bekerja kerana Allah  dan berusaha untuk memajukan diri supaya megelakkan dari kufur  itu sebagai jihad. Islam juga menyuruh semua pemimpinnya AMANAH supaya kek ekonomi dapat diberikan dengan saksama kepada semua rakyatnya

Allah menjadikan bumi dan isi kandungannya semata-mata untuk manusia, tetapi manusia tidak akan dapat menikmati sepenuhnya melainkan berusaha untuk menjadi hamba Allah yang AMANAH dan BERUSAHA.

Bekerja mencari rezeki dan meningkatkan ekonomi rakyat sepatutnya bukan sahaja jihad untuk rakyat tapi untuk pemimpin.

Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. (Surah al-Ra'd ayat 11).

Oleh itu jadikan apa yang terjadi sebagai PEMBUKA MATAHATI untuk melihat dan menilai sebaik baik pemimpin . Isu diversion yang DAP dan PAS mainkan hanya menutup kelemahan pentadbiran mereka.

Kita sebagai rakyat perlu tahu menilai yang mana permata yang mana boneka.





No comments:

Post a Comment

Disclaimer- segala komen pembaca tidak mewakili pendapat penulis blog ini. Komen anda adalah hak peribadi anda dan penulis blog tidak bertanggungjawab jika komen anda mempunyai kata kata hasutan dan diambil tindakan undang undang. Oleh itu komenlah dengan bijak dan waras