10 hari yang pertama dalam bulan Zulhijjah sangat baik jika diperbanyakkan amalan. Namun,
adakah kita betul-betul mengetahui apakah maksud dan peristiwa yang berlaku
dalam bulan Zulhijjah?? Dan apakah kelebihan bulan ini tersendiri berbanding
bulan-bulan yang lain?
Zulhijjah
merupakan salah satu bulan yang termasuk dalam empat bulan haram dalam Islam.
Seperti yang tercatat dalam al Quran nur Karim, dalam surah at-Taubah, ayat
36.
إِنَّ عِدَّةَ ٱلشُّہُورِ عِندَ ٱللَّهِ ٱثۡنَا عَشَرَ شَہۡرً۬ا
فِى ڪِتَـٰبِ ٱللَّهِ يَوۡمَ خَلَقَ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ مِنۡہَآأَرۡبَعَةٌ
حُرُمٌ۬ۚ ذَٲلِكَ ٱلدِّينُ ٱلۡقَيِّمُۚ فَلَا تَظۡلِمُواْ فِيہِنَّ أَنفُسَڪُمۡۚ
وَقَـٰتِلُواْ ٱلۡمُشۡرِڪِينَ كَآفَّةً۬ ڪَمَايُقَـٰتِلُونَكُمۡ ڪَآفَّةً۬ۚ وَٱعۡلَمُوٓاْ أَنَّ ٱللَّهَ مَعَ
ٱلۡمُتَّقِينَ
Lo! the number of the months with Allah is twelve months by Allah's ordinance in the day that He created the heavens and the earth. Four of them are sacred: that is the right religion. So wrong not yourselves in them. And wage war on all of the idolaters as they are waging war on all of you. And know that Allah is with those who keep their duty (unto Him). (36)

bermaksud yang memiliki haji kerana ibadah haji ditunaikan di dalam bulan
berkenaan. Amalan haji ini telah dipelopori oleh Nabi Allah, Nabi Ibrahim AS dan
diteruskan oleh keturunan Nabi Ismail AS sehinggalah pada zaman Nabi SAW. Pada
ibadah haji itu, acara kemuncaknya pada 9 Zulhijjah, iaitu tempat berhimpunnya
semua umat manusia di padang Arafah, semata-mata untuk mendambakan marthotillah.
Pada
permulaan bulan Zulhijjah, terdapat banyak kelebihan yang perlu segera kita
rebut bagi sesiapa yang mengharap keampunan daripada Allah SWT.
Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas Radhia Allah ‘anhuma bahawa Baginda Nabi Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda : “Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini – iaitu sepuluh hari Zulhijjah-”. Para Sahabat Baginda bertanya : “Apakah juga (pengecualian itu) termasuk jihad pada jalan Allah ?” . Ujar Baginda : “Tidak juga (termasuk) berjihad pada jalan Allah kecuali bagi seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun”.
Imam Ahmad Rahimahullah meriwayatkan dari Ibnu ‘Umar Radhia Allah ‘anhuma bahawa Baginda Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda : “Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari sepuluh Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah) , takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah)”.
Ibnu Hibban di dam kitab Sahihnya meriwayatkan dari Jabir Radhia Allah ‘anhu bahawa Baginda Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda : “Seutama-utama hari adalah hari ‘Arafah”. (Portal Mufti Terengganu)

Terdapat
banyak peristiwa yang penting dalam bulan Zulhijjah ini. Kebanyakan antara kita,
apabila ditanya apakah peristiwa yang bersejarah bagi bulan Zulhijjah, yang
terlintas di pemikiran kita hanyalah peristiwa pengorbanan perasaan kasih dan
sayang Nabi Ibrahim kepada anaknya, Nabi Ismail, hanya untuk membuktikan cinta
Baginda pada Allah SWT. Namun, kita mungin terlepas pandang pada lain-lain
peristiwa penting bagi umat Islam juga. Mari kita telusuri peristiwa-peristiwa
penting dalam bulan Zulhijjah ini.
Antara peristiwa-peristiwa bersejarah dalam bulan Zulhijjah :
1. Nabi Muhammad s.a.w. membawa dagangan Khadijah ke negeri Syam. Di sana Baginda diberitahu tentang kenabiannya oleh pendita Nasthurah. Ia berlaku pada tahun kelima sebelum pelantikan Baginda menjadi nabi.
2. Peristiwa Baiah al-Aqabah (perjanjian setia al-Aqabah) pada tahun ketiga belas selepas pelantikan Baginda menjadi nabi. Ia disertai oleh 73 orang lelaki dan dua wanita daripada kaum Aus dan Khazraj.
3. Peperangan as-Sawiq pada tahun kedua Hijrah, Nabi s.a.w. keluar mengekori kumpulan Abu Syaban yang menceroboh dan memerangi penduduk pinggir kota Madinah. Semasa melarikan diri mereka mencampakkan guni-guni gandum yang dibawa bagi mempercepatkan perjalanan supaya tidak dapat diekori oleh Baginda.
4. Pada 7 Zulhijjah tahun kelima Hijrah satu kumpulan tentera Islam dihantar ke perkampungan Bani Sulaim yang diketuai oleh Ibnu Abi al-Arjak.
5. Kelahiran Ibrahim, putera Nabi Muhammad s.a.w. pada tahun kelapan Hijrah, ibunya bernama Mariyah al-Qibtiyah.
6. Pada tahun kesepuluh Hijrah, nabi s.a.w. mengerjakan ibadah haji yang dikenali dengan Hajjatul Wada. Di sana Baginda menyampaikan amanat-amanatnya yang kesemuanya adalah peraturan dan aturcara kehidupan di dalam Islam.
7. Abu Bakar as-Siddiq mengerjakan ibadah haji bersama umat Islam selepas kewafatan Nabi s.a.w. pada tahun 12 Hijrah.
8. Peperangan Dathin yang dipimpin oleh Umamah al-Bahiliy menentang tentera Rom, berakhir dengan kemenangan tentera Islam.
9. Kemenangan tentera Islam yang diketuai oleh Yazid bin Abi Syaban menentang tentera Rom yang dikepalai oleh Sarjius di dalam pertempuran Wadi Arabah di Palestin.

10. Pada tahun 23 Hijrah, Amir al-Mukminin Umar bin al-Khattab meninggal dunia dibunuh oleh Abu Luluah al-Majusi.
11. Pelantikan Uthman bin Affan sebagai khalifah yang dipilih sebulat suara oleh sebuah majlis mesyuarat Syura yang ditubuhkan oleh Umar bin al-Khattab sebelum kematiannya.
12. Pelantikan Ali bin Abi Talib sebagai khalifah menggantikan Uthman bin Affan pada tahun 35 Hijrah.
Salah satu
cara yang telah dianjurkan oleh agama kita untuk memuliakan bulan ini adalah
dengan berpuasa sunat pada tanggal 1 hingga 9 Zulhijjah. Kelebihan berpuasa pada
hari itu berbeza-beza pula, menurut sebuah Hadis yang telah diriwayatkan oleh
Ibnu Abbas r.a., Rasulullah bersabda maksudnya;
|
|
1 ZULHIJJAH | kesalahan Nabi Adam diampuni Allah,
barang siapa berpuasa pada hari itu, diampuni Allah akan dosanya. |
2 ZULHIJJAH | doa Nabi Yunus diperkenankan oleh Allah, barangsiapa berpuasa pada hari itu seolah-olah ia berpuasa setahun dan tidak pernah berbuat maksiat sedikit pun. |
3 ZULHIJJAH |
doa Nabi Zakaria diperkenankan Allah, barang siapa berpuasa pada hari itu, diperkenankan Allah segala doanya |
4 ZULHIJJAH | Nabi Isa a.s. telah dilahirkan, barang siapa berpuasa pada hari itu terhindar ia daripada kefakiran serta kemelaratan dan pada hari kiamat kelak ia akan tergolong bersama dengan orang-orang terhormat |
5 ZULHIJJAH | Nabi Musa a.s. dilahirkan, barang siapa berpuasa pada hari itu terlepas ia daripada sifat munafik serta seksa kubur. |
6 ZULHIJJAH | Allah membukakan pintu kebajikan
kepada Nabi-NabiNya, barang siapa berpuasa pada hari itu ia akan dipandang oleh Allah dengan penuh rahmat dan kasih sayang serta terlepas daripada azab. |
7 ZULHIJJAH | pintu neraka jahannam akan dikunci dan dibuka semula lewat 10 Zulhijjah. Barang siapa berpuasa pada hari itu, dikuncikan Allah baginya 30 pintu kesulitan dan dibukakan 30 pintu kesenangan. |
8 ZULHIJJAH | Nabi Ibrahim bermimpi mendapat perintah dari Allah supaya menyembelih puteranya Ismail. Seharian ia berfikir apakah perintah itu datangnya dari Allah atau dari syaitan. Hari itu telah dinamakan dengan dari "Tarwiya" (hari berfikir-fikir). Barang siapa berpuasa pada hari itu ia akan diberi Allah pahala yang tidak terhitung jumlahnya, hanya Allah yang mengetahui. |
9 ZULHIJJAH | turun ayat terakhir kepada Rasulullah s.a.w. yang tersebut dalam surah al-Ma'idah, ayat 3. Menurut sejarah, 81 hari setelah ayat ini diturunkan iaitu pada hari Jumaat tanggal 9 Zulhijjah tahun 9 H ketika Nabi wukuf di Arafah, baginda pun wafat. Pada hari itu juga Allah memberitahu kepada Nabi Ibrahim bahawa perintah menyembelih anak itu sememangnya adalah perintah dariNya bukan dari syaitan. Justeru hari itu dinamakan hari "Arafah" (hari tahu). Barangsiapa yang berpuasa pada hari itu akan diampunkan Allah dosanya setahun yang lalu dan setahun yang akan datang |
10 ZULHIJJAH | adalah Hari Raya Aidul Adha (korban)
dinamakan juga hari "Nahar" (menyembelih). Barang siapa berkorban pada hari itu
dengan seekor korban, maka setiap titisan darah yang mengalir dari leher haiwan
itu akan diampuni Allah akan dosanya serta dosa ahli keluarganya. Barang siapa
yang bersedekah dengan memberi makanan kepada fakir miskin atau satu sedekah
pada hari itu, maka ia akan dibangkitkan oleh Allah pada hari kemudian dalam
keadaan aman dan sentosa serta timbangan amal baiknya lebih berat
daripada Bukit Uhud yang terdapat di Madinah. |
Ganjaran Bagi Mereka Yang Memuliakan
Zulhijjah
Kata sebahagian
Ulama, "Barang siapa yang memuliakan hari-hari yang berlalu dalam bulan
Zulhijjah, nescaya ia akan dianugerahi oleh Allah dengan 10 macam kemuliaan
iaitu:
- 1. Berkat pada umurnya
- 2. Bertambah hartanya
- 3. Kehidupan rumahtangganya akan terjamin
- 4. Membersihkan diri daripada dosa dan kesalahan yang telah lalu
- 5. Amal ibadat serta kebaikannya akan berganda
- 6. Allah akan memudahkan pada saat kematiannya
- 7. Allah akan menerangi kuburnya selama berada di alam barzakh
- 8. Allah akan memberatkan timbangan amal baiknya semasa di Mahsyar
- 9. Selamat daripada kejatuhan kedudukannya di dunia
- 10. Martabatnya akan dinaikkan pada sisi Allah.
|
| ||||||||||
1 hingga 9 Zulhijjah | Sunat berpuasa | ||||||||||
8 Zulhijjah | Hidupkan malamnya dengan banyak beribadat | ||||||||||
9 Zulhijjah (Hari Wukuf di Arafah) |
Hidupkan malamnya dengan banyak beribadat,
Disunatkan berpuasa bagi orang yang tidak mengerjakan haji,
| ||||||||||
10 Zulhijjah Hari Raya Haji/Korban |
Sembahyang sunat Hari Raya Aidil Adha -
Membaca takbir Melakukan korban | ||||||||||
11, 12 dan 13 Zulhijjah (Hari-hari Tasyrik) | hidupkan malamnya dengan banyak beribadah, takbir selepas sembahyang waktu | ||||||||||
29 atau 30 Zulhijjah | Selepas solat 'Asar membaca doa akhir tahun. Selepas solat Maghrib membaca doa tahun baru. |
.kredit
nurjannatulzahra
No comments:
Post a Comment
Disclaimer- segala komen pembaca tidak mewakili pendapat penulis blog ini. Komen anda adalah hak peribadi anda dan penulis blog tidak bertanggungjawab jika komen anda mempunyai kata kata hasutan dan diambil tindakan undang undang. Oleh itu komenlah dengan bijak dan waras