Sekiranya seseorang hamba itu sedang berada di dalam keadaan istidraj, tetapi dia sendiri tidak sedar bahawa dia sedang berada di dalam istidraj, maka bagaimanakah dia ingin mengetahui itu adalah istidraj drpd ALLAH SWT kepadanya ??
Makna " istidraj " ??
"istidraj" ialah suatu perkara mencarik adat atau kurniaan yang diberikan oleh ALLAH SWT ke atas hambanya yang fasiq, yang mana pada zahirnya tampak seperti suatu "kurniaan nikmat" daripada ALLAH SWT namun pada hakikatnya ianya adalah suatu "tipuan halus" serta "muslihat licik" daripada ALLAH SWT ke atas hamba NYA itu yang secara tidak sedar si hamba itu semakin menjauh daripada ALLAH SWT.
ALLAH SWT berfirman :
والَّذينَ
كَذَّبوا بِآياتِنا سَنَسْتَدْرِجُهُمْ مِنْ حَيْثُ لا
يَعْلَمون
maksudnya : Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, nanti Kami akan menarik mereka dengan beransur-ansur (ke arah kebinasaan), dengan cara yang tidak mereka ketahui.( Surah Al-A'raaf : ayat 182 ).
telah berkata Al-'Arifbillah Al-Imam Abu Bakar Asy-Syibli Qaddasallahu Sirrahu : " istidraj ialah nikmat zahir ".
maka Al-'Arifbillah Al-Imam Sya'rani Qaddasallahu Sirrahu menjawab persoalan jin tersebut :
" seseorang hamba itu dapat mengetahui bahawa dia sedang berada di dalam istidraj dengan melihat kepada mizan (timbangan) syariat yang suci ".
maksud Al-Imam Sya'rani di sini ialah, apabila seseorang hamba itu sedang berada di dalam istidraj, maka dia boleh mengetahuinya dengan cara melihat sama ada dirinya masih berada di dalam landasan syariat yang benar atau dia sudah tergelincir dan keluar daripada syariat.
sekiranya si hamba tadi melihat dirinya sudah semakin jauh dan terkeluar daripada syariat islam, itulah tandanya bahawa pada hakikatnya dia sedang berada di dalam "makar khafi" (tipuan halus) daripada ALLAH SWT walaupun pada zahirnya dia melihat begitu banyak kurniaan serta pemberian ALLAH SWT berupa nikmat zahir kepada dirinya.
- di sini al-faqir ingin memberikan tiga contoh mudah situasi istidraj :
Tasik Qarun terletak di
Fayyoum 105 km di selatan Qaherah, Mesir |
2) seseorang itu dikurniakan baginya rupa yang cantik serta suara yang merdu, maka digunakan nikmat kurniaan ALLAH SWT kepada dirinya itu dengan mempopularkan dirinya menjadi seorang artis. setiap pertandingan yang disertai pasti dia akan menang, semakin hari semakin banyak kemenangan yang diperolehinya, dirinya semakin masyhur, soal dosa tidak dipedulikan, hukum syara' tidak dipertimbangkan, lalu dia pun mengucapkan : "aku bersyukur YA ALLAH kerana engkau mengurniakan nikmat ini kepadaku mudah-mudahan ianya semakin bertambah bagiku". pada sangkaannya itu adalah pemberian nikmat daripada Allah kepadanya, namun pada hakikatnya ianya adalah racun yang melenakan serta membinasakan dirinya dalam senyap secara beransur-ansur.
3) seseorang hamba dikurniakan oleh ALLAH SWT kepadanya ilmu agama, tetapi dia tidak mengamalkan ilmunya, ilmunya hanyalah untuk berceramah, dia bermegah dengan keilmuannya, semua orang pada pandangannya adalah rendah serta jahil, hanya dirinya sahajalah yang 'alim, dia menggunakan ilmunya bagi memperoleh habuan harta, pangkat dan kemasyhuran, lalu dia berjalan dengan rasa penuh riya' serta 'ujub dan takabbur. kemudian ALLAH SWT menambahkan lagi ilmu kepadanya, pada sangkaannya itulah pemberian nikmat ALLAH SWT kepadanya, namun pada hakikatnya itulah gula-gula daripada ALLAH SWT kepadanya yang akan membunuhnya serta menjatuhkannya ke lembah kehinaan dan kebinasaan.
betapa liciknya ALLAH SWT memperdaya hamba NYA yang mendustakan ayat-ayat NYA serta memperlekeh syariat NYA.
ALLAH SWT berfirman :
وَمَكَرُوا وَمَكَرَ اللَّهُ وَاللَّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ
"Kamu merancang dan Allah juga merancang, dan Allah adalah sebaik-baik perancang". (Surah Ali-'Imran : ayat 54)
lalu Al-Imam Sya'rani bersyair mengenai istidraj di akhir jawapannya :
"istidrajnya seorang yang berakal di dalam akalnya daripada sudut dirinya sendiri tidak mengetahui Allah lah yang memperdayanya,
tipu daya yang halus itu terus menerus berlaku ke atas dirinya, dan tidak dapat diketahui bahawa itu adalah suatu tipuan mahupun dikalangan yang bijak lagi khabir,
dan siapa yang menginginkan keamanan daripada tipuan NYA bagi mengetahui kebenaran zahir dan batin,
maka lihatlah timbangan hukum-hakam di dalam syariat NYA, kelak dia mengetahui siapa sebenarnya yang beruntung dan siapa yang rugi".
Kerana itulah akal tidak boleh menjdi kayu ukur di dalam menilai sesuatu kebenaran, contohnya seperti artis yang suka menyanyi di atas merasakan daripada sudut akalnya bahawa menyanyi dan menghiburkan orang lain dengan caranya itu tidak salah, ini adalah kerana dia menjadikan akalnya sebagai timbangan serta kayu ukur bagi sesuatu kebenaran dan kesalahan dan dia tidak menjadikan hukum syariat ALLAH SWT sebagai timbangan di dalam menilai sesuatu itu benar dan salah. lalu dia terus melakukan perbuatannya itu tanpa disedari bahawa sebenarnya dia sedang diperdaya oleh ALLAH SWT yang berbentuk kurniaan kepadanya.
danau ini mulanya adalah tempat
istana Qarun dan seluruh hartanya yang kemudian ditenggelamkan Allah Taala sehingga dinamakan dengan Tasik Qarun. |
al-faqir teringat kalam Al-Mursyid Asy-Syeikh Yusuf Bakhour Al-Hasani Asy-Syadzuli Ad-Darqawi Hafizahullah ketika berada di dalam pengajian beliau di Qaherah, Mesir, beliau mengatakan :
" hamba adalah hamba selama-lamanya, dan Tuhan adalah Tuhan selama-lamanya ".
Al-Mursyid
Asy-Syeikh Yusuf Bakhour Al-Hasani Asy-Syadzuli Ad-Darqawi Hafizahullah |
insyaALLAH akan menyusul pada post akan datang, persoalan seterusnya para jin yg sufi kepada Al-Imam Sya'rani masih di dalam perbahasan istidraj yang berbunyi :
" adakah seseorang yang sudah sampai di maqam "wilayah" (kewalian) juga akan menerima ujian istidraj daripada ALLAH SWT ?? "
kitab kasyful-hijab war-ron |
begitulah sedikit sebanyak
perkongsian daripada al-faqir yang jahil ini bersama entum kali ini, mudah-mudahan ianya bermanfaat buat kita semua. salah silap mohon nasihatnya.
perkongsian daripada al-faqir yang jahil ini bersama entum kali ini, mudah-mudahan ianya bermanfaat buat kita semua. salah silap mohon nasihatnya.
terima kasih kerana sudi membaca :)
- written by : raja mahadi raja ahmad an-naqsyabandi al-khalidi -
No comments:
Post a Comment
Disclaimer- segala komen pembaca tidak mewakili pendapat penulis blog ini. Komen anda adalah hak peribadi anda dan penulis blog tidak bertanggungjawab jika komen anda mempunyai kata kata hasutan dan diambil tindakan undang undang. Oleh itu komenlah dengan bijak dan waras