Kongsi Ilmu

Monday, September 10, 2012

Karpal gagal babitkan Tun Dr. Mahathir dalam tuduhan menghina Raja

Karpal yang menghina Sultan Perak gagal membabitkan Tun Dr Mahathir kononnya mempunyai tindakan yang sama semasa membentangkan  Akta (Pindaan) Perlembagaan pada 1993 bagi menyingkirkan kuasa imuniti raja-raja Melayu. Dengan penarikan imuniti tersebut anggota kerabat Raja Raja Melayu diberikan Mahkamah Khas untuk membicarakan kes salahlaku anggota kerabat diRaja yang salah disisi undang undang negara ini. Selama ini Raja Raja Melayu dan kerabat diberikan imuniti dan bebas dari dibicarakan walaupon melakukan kesalahan disisi undang undang negara ini. Inilah yang banyak disalah ertikan oleh golongan rakyat yang disuapkan dakyah pembangkang selama ini. Tindakan ini bukan menghina Raja Raja Melayu seperti yang dilakukan oleh Karpal Singh. Dengan itu dakyah pembangkang yang mengatakan Tun Dr Mahathir menghina Raja Raja Melayu semasa menjadi Perdanan Menteri adalah fitnah.

Selain itu Karpal dikehendaki oleh mahkamah membela diri atas pertuduhan menghina Sultan dan tarikh perbicaraan di peringkat pembelaan ialah pada 2, 8 dan 9 November ini.

Laporan Utusan Malaysia :-

Karpal gagal batal pertuduhan hasutan, permohonan sapina Dr. Mahathir ditolak


KUALA LUMPUR 30 Ogos - Pengerusi DAP, Karpal Singh hari ini gagal dalam permohonannya untuk membatalkan pertuduhan menyebut kata-kata berbaur hasutan terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah pada satu sidang akhbar, tiga tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azman Abdullah yang memutuskan demikian turut menolak permohonan Karpal untuk mensapina bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad; Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail; dan bekas Peguam Negara, Tan Sri Abu Talib Othman untuk memberikan keterangan dalam kes hasutan itu.

Menurut Hakim Azman, selain Peguam Kanan Persekutuan, Datuk Kamaluddin Md. Said, ketiga-tiga individu yang dimohon untuk disapina itu adalah saksi tidak relevan, tidak boleh memberikan keterangan relevan dan tidak terbabit dalam fakta keterangan bagi pertuduhan yang dihadapi tertuduh.

Beliau dalam penghakimannya turut berkata, pendakwaan ke atas Karpal tidak melanggar Perkara 8(1) Perlembagaan Persekutuan berhubung perlindungan kesamarataan undang-undang.
Menurut beliau, Perkara 145(3) Perlembagaan dengan jelasnya memberi kuasa budi bicara kepada Peguam Negara untuk memulakan dan memberhentikan prosiding bagi sesuatu kes jenayah.

Sehubungan itu, beliau menyatakan, mahkamah tidak perlu lagi meneliti dan membandingkan keterangan yang ada antara kenyataan akhbar oleh tertuduh (Karpal) dengan pembentangan Dr. Mahathir di Dewan Rakyat ketika debat Akta (Pindaan) Perlembagaan pada 1993 bagi menyingkirkan kuasa imuniti raja-raja Melayu.

Dengan keputusan tersebut, mahkamah kemudian menetapkan tarikh perbicaraan di peringkat pembelaan pada 2, 8 dan 9 November ini.

Karpal, 72, dituduh mengeluarkan perkataan berbaur hasutan terhadap Sultan Perak di firma guamannya di Jalan Pudu Lama di sini antara pukul 12 tengah hari dan 12.30 tengah hari, 6 Februari 2009.

Pada 20 Januari lalu, Mahkamah Rayuan memerintahkan Karpal membela diri terhadap pertuduhan itu selepas membenarkan rayuan pendakwaan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan beliau pada akhir kes pendakwaan tanpa memanggilnya membela diri.

No comments:

Post a Comment

Disclaimer- segala komen pembaca tidak mewakili pendapat penulis blog ini. Komen anda adalah hak peribadi anda dan penulis blog tidak bertanggungjawab jika komen anda mempunyai kata kata hasutan dan diambil tindakan undang undang. Oleh itu komenlah dengan bijak dan waras