Kongsi Ilmu

Thursday, August 30, 2012

solat hajat untuk keselamatan, keamanan dan kesejahteraan negara malam ini

3 masjid di Wilayah Persekutuan menganjurkan solat hajat malam ini iaitu masjid Negara, Masjid Tuanku Mizan (Putrajaya) dan Masjid Putra (Putrajaya). Umat Islam disyorkan bersolat hajat dan berdoa agar kesejahteraan keamanan dan keselamatan umat Islam di Malaysia dan Nusantara terus dijaga dibawah perlindungan Allah hendaknya.
 
 
Jangan lupa untuk menghadiahkan Al Fatehah kepada ruh pejuang yang telah mempertahankan negara ini sejak zaman Melaka, Perang Naning, Perang di Perak, Pahang, Kedah, Terengganu, Kelantan, Sarawak  dan Sabah. Al Fatehah ke atas Sultan Ahmad, Datuk Bahaman, Mat Kilau, Datuk Maharajalela, Tok Janggut, Mat Salleh, Rosli Dhobi, Datuk Onn Jaafar, Al Marhum Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Dr Ismail dan banyak lagi.  Tanpa pengorbanan mereka yang sesetengah  penyokong party politik PAS cop sebagai "sekular" kita tidak dapat mengamalkan amal ibadah dengan aman dan sempurna  seperti hari ini -kata kata ini dipetik dari tausiyah dengan Syeikh Nurudin Al Banjari Al Makki (rujuk youtube di bawah).





No comments:

Post a Comment

Disclaimer- segala komen pembaca tidak mewakili pendapat penulis blog ini. Komen anda adalah hak peribadi anda dan penulis blog tidak bertanggungjawab jika komen anda mempunyai kata kata hasutan dan diambil tindakan undang undang. Oleh itu komenlah dengan bijak dan waras