Kongsi Ilmu

Thursday, August 2, 2012

Krisis Air Lembah Kelang di tahap bahaya- Loji uzur beroperasi melebihi kapasiti

GPRS baru habis melawat loji air di Hulu Langat. Taklimat operasi dibuat oleh Puncak Niaga. Berikut adalah intipati maklumat  yang perlu diketahui umum:-

1 - Loji dibina (Design Capacity) untuk  merawat sejumlah 384 juta  liter air sehari . Bagaimanapon loji tersebut kini beroperasi lebh kapasiti iaitu pada purata rawatan air sebanyak  450 juta liter/sehari.... Ini bermakna  loji telah beroperasi melebihi kapasiti sebanyak  120% melebihi  kapasiti yang ditetapkan semasa pembikinan loji (design capacity). Perlu diingat selalu loji , terutama  pepasangan mekanikal hanya di rekabentuk untuk  beroperasi pada tahap 90% dari kapasiti yang disasarkan sahaja. Ini bermakna setiap 6  loji (iaitu pepasangan, pam dan alatan yang ada)  yang ada sedang beroperasi pada tahap  tekanan maksima (severe operational stress)


2 - Loji terus menerus merawat air selama 24 jam sehari sepanjang masa tanpa henti selama 4 tahun. Loji hanya "berehat" bila penduduk Lembah Klang balik kampung semasa cuti Aidil Fitri dan Cuti Raya Cina. Kebiasaan loji  beroperasi pada tahap kapasiti 80% Faktor Muatan (Load Factor) bukannya 120 %  Faktor Muatan sepanjang  24 jam/sehari  x 365 hari /setahun tanpa henti .
Sementara 20 % Faktor Muatan (Load Factor) pengoperasian loji  pula sepatutnya disimpan  (reserve) untuk Pembaikan Berjadual (scheduled maintenance).

 Bagaimanapon dalam kekangan politik yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor,  Puncak Niaga tak mampu untuk merehatkan loji hatta bagi Pembaikan Berjadual. Ini akan membawa risiko loji uzur tersebut berkemungkinan besar rosak dan tak dapat dibaiki lagi kerana telah beroperasi melebihi jangka hayat yang ditetapkan.

3 - Loji; perkakasan mekanikal dan pam yang ada telah disiapkan pada tahun 1970 an.....Ini bermakna loji tersebut sudah sampai tahap uzur dan perlu  digantikan dengan loji baru yang berdaya kapasiti tinggi untuk faktor ekonomi; Faktor ekonomi yang dinyatakan ialah kos baikpulih  atau menambahbaik loji akan lebih kerap dan memakan lebih banyak dana  kerana loji dalam keadaan uzur iaitu melebihi jangka hayat 30 tahun.

Dalam hal ini  dan adalah lebih murah membina  loji yang baru yang mana   kapasiti merawat air adalah lebih efisyen, pantas, berdayakuasa tinggi serta kos operasi dan  kos  Pembaikan Berjadual adalah lagi murah berbanding  kos membaikpulih loji yang telah uzur.  Bagai kata Inggeris " the economic operational life of the plant has expired" (selalunya operating shelf life loji sebegini hanya 30 tahun sahaja)

Dengan kekangan operasi sepanjang masa melebihi kapasiti dan tekanan politik yang dikenakan oleh Kerajaan Selangor loji hanya akan mengalami risiko terus musnah tanpa boleh dibaikpulih

4 - Lebihan bekalan air tak terawat di empangan tidak dapat menampung keperluan pengguna Lembah Klang. Ini yang berlaku di Balakong. Selain itu stesyen Pam Air SYABAS  tidak dapat beroperasi ke tahap kecekapan maksima (maximum capacity)

5 - Puncak Niaga telah menghantar proposal untuk menambaikbaik loji 4 tahun dulu kepada Kerajaan Negeri Selangor. Tetapi sehingga kini Kerajaan Negeri tidka memberikan sebarang resposn kepada cadangan menambahbaik loji yang ada.


6 - Exco dan YB Pakatan Rakyat Selangor  telah diberi taklimat yg sama.....namun mereka lebih suka mempolitikkan keadaan dan menunding kesalahan ke pihak lawan. Tindakan ini sangat tidak beretika dan tak profesional bagi wakil rakyat yang diberi AMANAH oleh rakyat.

Dgn maklumat di atas, pada pandangan saya isu bekalan air sudah sampai ke tahap cukup kritikal kerana Ulu Langat meliputi Hulu Langat, Bangi, Cheras, sebahagian KL dan PJ yg melibatkan 1 juta pengguna..

P/S rakyat perlu bertindak segera dan menghalang pemimpin tak amanah ini dari dilantik semula dalam Pilihanraya akan datang.

Kredit
Datuk Fuad Omar


No comments:

Post a Comment

Disclaimer- segala komen pembaca tidak mewakili pendapat penulis blog ini. Komen anda adalah hak peribadi anda dan penulis blog tidak bertanggungjawab jika komen anda mempunyai kata kata hasutan dan diambil tindakan undang undang. Oleh itu komenlah dengan bijak dan waras