Kongsi Ilmu

Monday, June 25, 2012

Venus dan 7 puteri menunggu anda pagi esok



Pada awal Subuh esok pagi (26 Jun 2012), sebelum siap-siap nak ke pejabat atau sekolah, atau hantar anak ke nursery.... jangan lupa toleh ke Timur, kerana anda akan disajikan dengan jujukan planet-planet dan bintang-bintang yang cukup gah.

Bermula dengan yang paling terang, iaitu planet Zuhrah atau Venus, gerak mata ke arah kanan bawahnya, anda akan dapat melihat bintang gergasi merah, Aldebaraan.
Dah puas tengok Aldebaraan, kembali pula ke Zuhrah, dan gerak mata ke arah kiri atas pula.
Di situ lepaknya planet gergasi Musytari.

Jangan lupa pula gugusan Seven Sisters yang cun melecun tu. Ia berada ke atas kiri dari kedudukan Musytari.

Kesemua keempat-empat objek ini sebaris! ... sebenarnya hampir, kerana Musytari ni keluar dari line sikit...

Cantik posisi geng-geng ni, cubalah ambil foto.

Sedikit nota, kesemua objek ini, guna MATA dah boleh nampak. Tak perlu teleskop atau binokular.
Jom teropong-teropong di pagi Syaaban! :-)

Sumber
Falak Online

No comments:

Post a Comment

Disclaimer- segala komen pembaca tidak mewakili pendapat penulis blog ini. Komen anda adalah hak peribadi anda dan penulis blog tidak bertanggungjawab jika komen anda mempunyai kata kata hasutan dan diambil tindakan undang undang. Oleh itu komenlah dengan bijak dan waras