Kongsi Ilmu

Monday, June 11, 2012

Teguran Ikhlas ilmuan ugama terhadap Nik Aziz yang menghina Rasulullah S.A.W

Teguran Nik Aziz terhadap Mufti Perak Tan Sri Harussani sebenarnya membuka pekung Wahhabinya sendiri. Keceluparan mulut Nik Aziz terhadap Rasulullah SAW bukan baru. Malah bila dalam ucapannya nak membantai Harussani sebenarnya dia mengambil peluang sekali lagi menghina Rasulullah SAW dengan  menyamakan Baginda Rasulullah hijrah ke Madinah kerana nakkan kerusi (pilihanraya) sebenarnya Nik Aziz telah menghina Rasulullah S.A.W. Baginda berhijrah ke Madinah semata mata untuk mengembangkan syiar Islam. Baginda pernah ditawarkan segunung emas sebesar  Bukit Uhud yang memerah di Madinah tapi baginda tetap dengan zuhudnya. Sudah sudahlah Nik Aziz mengambil kesempatan menghina Rasulullah S.AW.
 
KOTA BHARU 8 Jun - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) menyifatkan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria sebagai seorang yang ‘gatal mulut’ mahu bercakap tentang politik sedangkan beliau tidak tahu apa-apa.
Berucap ketika menyampaikan kuliah Jumaat di hadapan Pejabat Badan Perhubungan Pas negeri, di sini hari ini, Nik Abdul Aziz berkata, memperoleh kerusi dalam pilihan raya sememangnya menjadi matlamat Pas kerana tanpanya parti ini tidak dapat membina kerajaan untuk melaksanakan Islam.

Ada seorang mufti gatal mulut bercakap politik padahal dia tak reti. Dia kata Pas ini hanya nak kerusi sahaja, baik saya nak tanya dia, Nabi Muhammad tinggalkan Mekah ke Madinah, buat apa dia tinggalkan rumah tangga, anak, tengah malam buta lari dari Mekah ke Madinah, nak apa kalau tidak kerana nak kerusi?"-Nik Aziz



Umat Islam sewajarnya mengenal yang mana ulama suk dan yang mana ulama sebenar. Youtube TEGURAN ILMUAN ISLAM TERHADAP NIK AZIZ boleh didengari untuk menerangkan kesalahan akidah yang telah dilakukan Nik Aziz.





Sesuatu Teguran itu tidak semestinya bertujuan untuk membenci,apatah lagi mahu menghina seorang tokoh yang bertaraf ulamak,namun ketahuilah wahai saudara seiman, seorang ulamak itu tidak pernah maksum dan pastinya akan ada melakukan kesilapan dan kesalahan, hanya para ROSUL sahaja yang maksum tidak melakukan dosa ketika sudah di lantik menjadi ROSUL atau sebelumnya yang di panggil istilah ilmu tauhid sebagai irhas..

Lalu Tanpa mengurangkan sedikit pun rasa hormat dan kasih terhadap Yang Amat Berhormat Tuan Guru Dato Bentara Setia Hj Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat (Menteri Besar Negeri Kelantan),
Kami dengan rendah dirinya menegur beliau tentang kenyata'an beliau bahawa SAYYIDUNA NABI MUHAMMAD S.A.W itu ada kaitannya dengan kita bila umurnya 40tahun yakni setelah BAGINDA menerima WAHYU,dan kenyata'an beliau bahawa SAYYIDUNA NABI MUHAMMAD S.A.W itu ketika lahirnya BAGINDA tiada apa-apa kelebihan,hanya sama dengan muhammad -muhammad budak kg biasa dan IBUNDA NYA BAGINDA pun tidak tahu BAGINDA akan jadi ROSUL dan NABI, dan kenyata'an beliau bahawa ALLOH ta'ala baru melantik dengan melihat dahulu dalam ramai-ramai manusia ketika itu baru di rancang perlantikan SAYYIDUNA NABI kita MUHAMMAD S.A.W ini menunjukan ilmu,iradat ALLOH ta'ala mengetahui dan menghendaki sesuatu itu baharu bukan azali lagi,dan kenyata'an beliau juga bahawa MAJLIS IHTIFAL MAULID SAYYIDUNA NABI kita MUHAMMAD S.A.W itu hanya kerana nak bertanding dengan orang-orang kristian menyambut krismas jesus...BENAR beliau tidak melarang tetapi kenyata'an beliau ini besar mudhoratnya pada aqidah AHLUS SUNNAH WAL JAMA'AH.

Maka antara mereka yang menghuraikan di dalam video klip ini akan kebahaya'an Kenyataan beliau,pada AQIDAH AHLUS SUNNAH WAL JAMA'AH  yang mungkin sulit di fahami oleh orang awam sekarang. Mereka ialah:

1) Al-Fadhil Ustaz Muhammad Kazim Elias (Pendakwah Bebas)

2) Al-Fadhil Tuan Guru Ustaz Zamihan Mad Zain Al-Ghori Al-Kelantany (JAKIM)

3) Al-Fadhil Tuan Syaikh Muhammad Nuruddin Al-Banjari Al-Makki (TOKOH ULAMAK MURID MUSNID DUNYA SYAIKH YASIN AL-FADANI)

4) Al-Fadhil Tuan Syaikh Muhammad Husni Ginting Al-Langkati Al-Azhary (MUSNID ASIA)
5) Al-Fadhil Tuan Guru Hj AbduLLOH bin Sa'amah An Najmiah (TOK GURU PONDOK GETING KELANTAN)

6) AL-Fadhil Ustaz Zainal 'Abidin Al-Kelantany (PONDOK KELANTAN ,UMNO )

7) Al-Fadhil Ustaz Azhar Idrus (PONDOK,PENDAKWAH YOUTUBE,IKUTAN SEJUTA UMMAT, PAS)

8) AL-Fadhil Ustaz Syed Ahmad Ridhwan Al-Yahya (PENUNTUT ILMU DI AL-AZHAR AS-SYARIF)

9) AL-Fadhil Ustaz Syed Ahmad Faiz Hafizuddin Al-iDrus (PENUNTUT ILMU DI AL-AZHAR AS-SYARIF)

Dan Muhasabah CINTA kita terhadap JUJUNGAN YANG AMAT MULIA SAYYIDUNA WA HABIBUNA MUHAMMAD SAYYIDUL KAUN S.A.W oleh:

10) AL-Fadhil Ustaz Syed Najmuddin Al-Kheeired AL-Azhary (PENDAKWAH BEBAS AL-AZHAR AS-SYARIF)

video klip ini bertujuan supaya ummat islam kembali berfikir, setiap apa yang di keluarkan oleh seseorang tokoh ulamak ke, ahli politik ke ustaz ke LEBIH -LEBIH lagi orang yang MASYHUR dan kita sanjungi dan sayangi tidak boleh kita terus telan bulat-bulat terima,mesti di pandukan dengan Nas AL-QURAN,HADIS,QIAS dan IJMAK ULAMAK.... kerana UGAMA ISLAM kita bukan terbina
hanya di atas semata-mata munasabah 'aqal bah di bina di atas naqol....Sama-samalah kita mengambil pengajaran dengan HATI yang terbuka bukan di dorong dengan HAWA NAFSU TA'ASUB kepada mana-mana pihak..timbangkan dengan mizan ILMU dan AQAL... selamat menonton dan apa yang baik hanya daripada ALLAH....

7 comments:

  1. Selama berpoluh tahun dia ni berpolitik... dan berjaya mendapat sokongan dan tempat..........
    Cuba kita kajiselidik atas kemahiran dan kepakaran apa yg dia ada hingga bolih dapat sokongan sedemikian ?
    Adakah faham dalam econom ... Undang Undang.... kemasyarakatan...pembangunan Negara...Tentu tidak samasekali..
    Hanya satu subj saja iaitu keagamaan.. Apakah tiada orang yg lebih sempurnanya Ilmu dari dia? ..
    Tentu ada ramai..jadi apa dah jadi dengan mereka yg berathority dan memegang jawatan besar di Instituit Agama..? Berpuloh tahun dia nik dah menghakiskan kredibliti
    Ulama yg tinggi pengajian dari dia dengan melebelkan Ulama Suk iaitu Ulama Jahat di akhir zaman..inilah kerja dia berpuloh tahun tanpa disedari Jenerasi Islam diMalaysia.. Jadi fitnah dan kejahatan berterusan dia ni .. telah kita diperlihatkan Allah sekarang sebagai petunjuk kebatilan dia selama ini...maka keterbalikan tudohan selama ini terpalit kepada dia dan kehinaan ini tiada lagi dapat dihalang olih sesiapa... Inilah kekuasaan Allah yg maha Besar lagi Maha Pembentuk.....
    Alhamdulillah... moga kita terselamat dari tipudaya syaitan yg akan berterusan menyesatkan anak adam dengan pelbagai cara dan macam macam jenis Agen nya.

    Hperancis

    ReplyDelete
  2. Ya kita harus merenongkan

    Ini adalah balasan .. terbalikan Tudohan yang dia hadapi sabelum dia dimatikan...agar umat yang dikelirukan akan tersedar apabila melihat kecelaruan fitnah yg berterusan olih nya.

    Beruntunglah mereka yg mendapat hidayah dan petunjuk Allah.....

    "Nak tunggu apa akal trick dia untuk menghalalkan Samunan Duit Derma ANAK YATIM MAMALI yg masih disenyapkan olih dia sebagai pembuatdasar Parti PAS"

    ReplyDelete
  3. Apakah di sebalik kehidupan kafir laknatullah Areail Seron sehingga sekarang belum mati mati?

    ReplyDelete
  4. Bagaimana kalau setiap murid dan pendengar ceramah Ustaz Ustaz yang tercatit di artikel ini menanyakan tentang Hukum Hakam kes memendamkan Wang derma Anak Yatim Memali..olih PAS... sudah sampai masanya setiap muslim memikul tanggung jawab ini...murid, guru, penulis dan sesiapa pon... Ingat kemungkaran yg jelas hukumnya tidak bolih diambil ringan..Hak Anak Yatim tu....

    ReplyDelete
  5. Rujuk pada hangkeedee...

    Banyak lagi ittibar kalau nak dijadikan keinsafan..
    Malangnya manusia tertangguh tangguh nak menerima kebenaran... Surah "Demi masa..." cukup menyatakan hal ini...
    Contoh yg dekat... Dulu ada orang yg rasa dia lebih bersih dan alim mengaibkan PM Islam..konon toton vedio lucah dgn cucu...dirumah...
    Dengan waktun yg singkat kesihatannya menurun begitu kronik hingga tak bolih berfitnah lagi sebab diambil hayatnya...
    Kita doakan moga Allah ampunkan dosanya...
    Lagi ..contoh orang yg dirasai diri bijak dan alim menghina dan mengaibkan PM dan Isteri.. Pidatonya tak lekang dengan seranah... Kuasa Allah dalam program..dia kena stroke and comma ...tak sedar hingga habis hayat...peliknya ada segelintir penyokongnya nak meletakkan taraf wali padanya....
    Kita doakan moga Allah ampunkan dia..
    Ada pula yg menunjukan dia alim dan pejuang Islam..memaki hamun Dato Mufti sesuka hati...dah kena ... khalwat dgn BINI ORANG.
    Kita doakan agar dia diberi hidayah dari Allah dan dilindungi Dakyah Iblis..
    Terkini ..kita tunggu apa kebenaran yg akan manusia diittibarkan...dalam hal Duit Anak Yatim Memali... Merobek Sunnah Rasul..Mendalih dalih Ayat Allah...Menentang dan mengaibkan Ulama yg disahkan Syara'(Dato Mufti) dll.
    Doalah agar kita dijauhi dan tidak terbabit pada kemusnahan dan kemurkaan Allah...

    ReplyDelete
  6. sesungguhnya salah satu tanda wahhabi adalah emnghinakan Nabi Muhamamd SAW dan sudah jelas Nik Aziz berbuat demikian-ayoh umat Islam kita tolak PAS kerana kita sayangkan ugama Islam yg dibawa oleh Baginda Rasulullah SAW

    ReplyDelete
  7. Susah nak tahzir orang popular yang dianggap ulama oleh orang jahil. Nak nangiss

    ReplyDelete

Disclaimer- segala komen pembaca tidak mewakili pendapat penulis blog ini. Komen anda adalah hak peribadi anda dan penulis blog tidak bertanggungjawab jika komen anda mempunyai kata kata hasutan dan diambil tindakan undang undang. Oleh itu komenlah dengan bijak dan waras