Kongsi Ilmu

Wednesday, June 13, 2012

Apa yang generasi Y perlu tahu mengenai "ground zero " politik Malaysia

Generasi Y mewakili 40%  pengundi  baru. Mereka lahir dalam tahun 1980 sehingga 2000. Peristiwa penting politik negara atau dikenali sebagai Ground Zero -pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim  pula bermula pada tahun 1998. Pada waktu itu median  usia generasi Y baru berusia 8 tahun.

Baby Boomers 43-61 tahun, Generasi X 29-42 tahun, Generasi Y 28 tahun ke bawah.

Apakah impak pertambahan  12,912,590 pengundi baru, iaitu sebanyak 5,175,096 atau  40% berada pada lingkungan usia  21 hingga  39 tahun terhadap politik Malaysia dan trend mengundi pada PRU13 nanti?. 

Kajian Merdeka Centre menunjukkan korelasi antara peratus pengundi baru dari Generasi Y terhadap sokongan ke atas party party politik yang bertanding. Di pihak Generasi X dan Baby Boomers sokongan mereka sudah mantap terhadap party maseng maseng tapi Generasi Y maseh berada di atas pagar- Rujuk carta dibawah.

Golongan atas pagar berjumlah 30% dari jumlah keseluruhan pengundi


Suhu politik negara meletus dan memuntahkan lahar sejak ground zero pada tahun 1998 -Pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim disebabkan oleh salahlaku beliau SINI yang disusuli demonstrasi reformasi dan perbicaraan. Mungkin ramai yang tidak tahu  bagaimana  sumber kewangan beliau yang besar seperti didedahkan oleh golongan expatriate di SINI , pendedahan mantan Penolong Gabenor Bank Negara Datuk Murad dalam Pengakuan Bersumpahnya di    SINI  dan peranan sebuah bank komersil yang terlibat dalam perniagaan matawang aseng dan akaun sulit Anwar di British Virgin Island di  SINI  telah memudahkan gerakan reformasi digerakkan di seluruh negara secara massa.

"PUTRAJAYA: A BANK chief executive officer had declared to the Anti-Corruption Agency (ACA) in 1999 that Datuk Seri Anwar Ibrahim had instructed him to channel millions of ringgit into the accounts of individuals and companies.

ACA had obtained a confession from the CEO, who was the first suspect questioned by the graft-fighting body investigating alleged corruption and abuse of power by Anwar, who was deputy prime minister and finance minister  until Sept 2, 1998. Sources said the CEO would have been a star witness, having managed the movement of the funds locally, only for investigators to discover that those instructions were largely verbal and without a paper trail.

Nonetheless, ACA had uncovered breaches of the Companies Act and the Securities Commission Act by companies it was investigating and had recommended that the Securities Commission pursue action-News Straits Times Malaysia 12 June 2012"

Gerakan reformasi yang dijalankan sebenarnya adalah proses merubah persepsi rakyat terhadap salahlaku beliau. Butiran perbicaraan beliau seperti yang diputuskan Hakim Ariffin Jaka

"KUALA LUMPUR 8 Ogos - Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dihukum penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini setelah didapati bersalah atas tuduhan meliwat Azizan Abu Bakar.

Hakim Datuk Ariffin Jaka memerintahkan hukuman itu berkuat kuasa selepas Anwar selesai menjalani penjara enam tahun kerana kesalahan rasuah.

Adik angkat Anwar, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja yang menghadapi dua tuduhan dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan empat kali sebatan.

Hakim bagaimanapun tidak mengenakan Anwar hukuman sebat yang hanya terhad kepada pesalah berumur 49 tahun ke bawah.

Sukma didapati bersalah atas tuduhan meliwat Azizan dan bersubahat dengan Anwar meliwat bekas pemandu peribadi isteri Anwar, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail itu."- Mahkamah Tinggi [2001] 3 Malayan Law Journal, 193 m/s 250 dan Mahkamah Persekutuan [2004] 3 MLJ 405 m/s 424

Untuk mengetahui apa yang berlaku mari kita lihat rekod mahkamah yang boleh diakses kerana menjadi hakmilik awam.

Orang awam juga boleh merujuk Kenyataan Defenden Pertama  Datuk Nallakarupan;  mantan rakan tenis dan orang tengah dalam Afidavit pembelaannya ke atas saman berjumlah RM 100 juta oleh Plaintif iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kenyataan ini wajar dibaca oleh setiap Generasi Y supaya mereka tidak tersalah membuat judgement dan memilih pemimpin.Persepsi yang berkisar di kalangan cyber trooper dan blogger yang mana artikel mereka dibaca umum mengatakan bahawa Kerajaan Malaysia zalim dan Anwar diiniayai. Sedangkan   Dokumen Mahkamah jelas membuktikan bahawa Datuk Seri Anwar bebas dari pertuduhan Liwat 1 Atas Sebab Teknikal.

Nalla sebagai rakan tenis dan orang tengah

Hubungan DSAI dengan Norlaila

Dokumen yang menerangkan berkenaan biseksualiti DSAI dan hubungannya dengan Shamsida Taharin

Hubungan dengan Sukma dan Dr Munawar Anis
Saya tidak bertujuan mengaibkan sesiapa-dokumen ini boleh diakses oleh orang awam dari rekod mahkamah. Tujuan saya agar Generasi Y faham permainan persepsi, lapisan demi lapisan pembohongan serta pertuduhan "zalim" sejak tahun 1998. Siapakah yang zalim sekarang? Apakah pemerintah yang hanya melaksanakan undang undang atau orang yang lari dari kesalahannya dengan menukar persepsi masyarakat dan cuba menukar sejarah?
Mungkin Bahagian C para 7.2 di halaman 5 dokumen mahkamah boleh dijadikan finale kepada peperangan persepsi ini:
Baca Bahagian C Para 7.2 dari Dokumen Mahkamah "Not qualified or suited to be the Prime Minister Of Malaysia"
Undi di tangan anda. Gunakan dengan betul dan jangan gadaikan masa depan Islam dan negara ini kerana mainan persepsi
Ditulis oleh anakbukitgantang dengan Rujukan

AIDC-bank akaun British Virgin Island
anotherbrickinwall-generation Y
Mahkamah Tinggi [2001] 3 Malayan Law Journal, 193 m/s 250 dan
Mahkamah Persekutuan [2004] 3 MLJ 405 m/s 424
The Star Online
syedsoutsidethebox- ground zero
anakbukitgantang-the I Files
NST- Anwar vs Bank Negara

No comments:

Post a Comment

Disclaimer- segala komen pembaca tidak mewakili pendapat penulis blog ini. Komen anda adalah hak peribadi anda dan penulis blog tidak bertanggungjawab jika komen anda mempunyai kata kata hasutan dan diambil tindakan undang undang. Oleh itu komenlah dengan bijak dan waras