Tidak hairan siapa dalang sebenar dalam kontroversi tanah wakaf yang berstatus khas (tidak dibenarkan dijual beli tanpa persetujuan waris) di rampas di Kedah! Tidak hairan juga tujuan apa sebenarnya wang RM 1.4 juta pembayaran penjualan tanah tersebut diperuntukkan kepada siapa . Maka hari ini setelah kontroversi demi kontroversi sehingga menyebabkan beberapa Kerabat DiRaja Kedah membantah dan membuat Laporan Polis, para waris mantan Mufti Pertama Kedah dapat injunksi sementara mahkamah untuk menghalang:
1-mengosongkan dan merobohkan tapak tanah madrasah tersebut
2-pelupusan (penggunaan) wang bayaran jual beli tanah sebanyak RM 1.4 juta yang kini dipegang oleh Majlis Agama Islam Kedah
Berita selanjutnya di Utusan Malaysia-Mahkamah
Injunksi sementara halang Madrasah Salihiah diroboh
ALOR SETAR 14 Mei - Waris-waris pemilik asal tapak Madrasah Salihiah, Kanchut hari ini memperoleh perintah injunksi interim (sementara) untuk menghalang kerajaan negeri daripada merobohkan surau tersebut.Mahkamah Tinggi di sini mengeluarkan perintah tersebut sementara menunggu penyelesaian permohonan injunksi kekal yang difailkan oleh pihak terbabit pada 6 Mei lalu.
Menurut Timbalan Pengerusi Biro Undang-Undang Perkasa Malaysia, Amer Hassan, keputusan itu dibuat oleh Pesuruhjaya Kehakiman, See Mee Chun di kamar beliau kira-kira pukul 2.30 petang ini.
''Mahkamah turut membenarkan permohonan pihak madrasah untuk menghalang kerajaan negeri daripada mengeluarkan sebarang notis bagi mengosongkan tanah tersebut sehingga pendengaran saman terbabit kelak.
''Selain itu kita memohon perintah mahkamah untuk menghalang defendan pertama Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) daripada melupuskan wang RM1.4 juta sebagai pembayaran yang telah diterima daripada defendan kedua, Pentadbir Tanah Daerah Kota Setar,'' katanya pada sidang akhbar di sini.
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete