Kerajaan Pusat yang dipimpin oleh UMNO banyak memberikan bantuan kepada institusi pondok. Semasa zaman Tun Abdullah Badawi sekolah pondok dibawah selian Kerajaan Negeri Negeri dinaiktaraf. Malah gaji guru sekolah pondok disama tarafkan dengan tahap gaji guru sekolah bantuan penuh Kerajaan Pusat.
Bukan rahsia bahawa pemimpin UMNO yang memegang tampok pemerintahan negara juga dari leluhur ulama terkenal. Datuk sebelah bonda DS Najib adalah ulama trerkenal dari Pattani. Datuk Tun Abdullah Badawi iaitu Syeikh Abdullah Fahim adalah wali Allah, ulama terkenal dan pakar falak disamping Mufti Pulau Pinang dan memacu kemerdekaan negara dengan nasehatnya berkenaan tarikh kemerdekaan negara yang mengikuti Baldatun Toyyibatun ILMU FALAK dan BALDATUN TOYYIBATUN. Bapa kepada Tan Sri Muhtidin Yassin pula ialah kiyai atau Tuan Guru Haji Mohamad Yassin yang terkenal di Johor dan menubuhkan 2 sekolah iaitu sekolah Arab Saadiah di Batu 1 1/2 Jalan Bakri, Muar serta Sekolah Menengah Md. Yassin di Batu 1 1/4 Jalan Bakri, Muar Tuan Guru Haji Muhamad Yassin. Oleh itu tidak hairanlah pemimpin-pemimpin ini berusaha sedaya upaya untuk memastikan Isntitusi Pendidikan Pondok dinaiktaraf ke tahap yang sesuai seperti mana Pulau Besar Melaka pernah menjadi tumpuan pengajian ilmu ugama di Nusantara yang melahirkan Sunan Bonang dan Sunan Kalijaga antara mureednya.
Sementelah itu sempena lawatan Tan Sri Muhyidin Yassin ke Kelantan 5 Pondok telah disenaraikan untuk naik taraf. Tujuannya ialah untuk memberikan keselesaan kepada pelajar pondok supaya pembelajaran ilmu ugama kepada bakal dai'e yang memegang amanah berdakwah untuk mempertahan Islam ASWJ dapat diteruskan. Malangnya bantuan 100,000 tersebut telah dipolitikkan oleh PAS yang takut bayang bayang.....persoalan saya apakah PAS takut bayang bayang kerana selama ini tak pernah memberikan bantuan atau PAS memang penyebar tegar dakyah Wahhabi melalui fatwa dan ucapan Nik Aziz dan Hadi Awang- 2 pemimpin besar mereka? Ikuti luahan pelajar Pondok Berangan di bawah. (Komen saya dalam kurungan).
Dalam demam menghadapi PRU yang bakal menjelang, ada saja pihak yang bakal mendapat 'durian runtuh'. Sesuatu yang tidak pernah berlaku (setakat pengamatan saya di Kelantan), institusi pondok diberi perhatian Kerajaan Pusat. Barangkali ini lah hasil yang telah digapai oleh Tg Abdullah Saamah (Pondok Geting) yang berusaha mempertahan dan membangunkan institusi pengajian pondok di Kelantan.
(Pondok Geting juga tidak mendapat sokongan dana PAS Kelantan dan dipulau kerana kelantangan Tuan Guru Abdullah Sammah menegur Nik Aziz yang berfikrah Wahhabi)
Penyenaraian Pondok Berangan sebagai salah satu penerima peruntukan 100k asalnya telah pun mendapat restu daripada Tg Muhammad Ali, untuk diisytiharkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Muhyidin Yasin semasa kunjungan beliau ke Pondok Geting baru-baru ini. Walaubagaimana pun, berita gembira tersebut seolah-olah menjadi tamparan kepada parti dokongan TGMA dan Pondok Berangan, PAS!
Sejak ditubuhkan pada tahun 1942, Pondok Berangan adalah sinonim dengan perjuangan PAS di Kelantan. Kerjasama erat TG Kob dengan rakan sepengajian di Mekah, TG Sulaiman Omar dan TG Musa (ayah HUsam Musa) telah membawa PAS begitu kukuh dan berkubu, terutama di jajahan Tumpat.
Walaubagaimana pun, jasa Pondok Berangan sering dipandang rendah oleh orang-orang PAS, terutama tatkala TG Muhamad Ali sering mengkritik pemerintahan dan kepincangan akidah Nik Aziz dalam kuliah-kuliah pengajian beliau. Sejak menjadi pengganti TG Kob pada tahun 1993, TGMA terus bangkit mengkritik Nik Aziz yang menyumbangkan wang sebanyak 60 ribu untuk pembangunan Wat Suwankiri Kg Dalam (bersebelahan Kg Berangan), sementara Pondok Berangan hanya diberikan 3 ratus ringgit!
Dalam keadaan banyak mengkritik, TG Muhammad Ali dan murid-murid beliau masih lagi menjadi penyokong tegar PAS. Tidak siapa boleh nafikan, semasa PRU yang lepas Pondok Berangan begitu hijau dengan poster dan bendera Bulan Purnama. TMB Kelantan, Ahmad Yaacob, ADUN Kelaboran (Zaki Ibrahim) dan Ahli Parlimen Tumpat (Kamaruddin Jaafar) adalah tokoh-tokoh PAS yang sering mengunjungi TGMA untuk meminta restu dan doa menghadapi pilihanraya.
Meski pun demikian, Pondok Berangan tetap tersisih daripada mata PAS untuk dibangunkan dengan alasan tidak cukup peruntukan. Kemudahan infrasruktur Pondok Berangan cukup daif sehingga sekarang. Mereka hanya diterangi kemudahan elektrik pada tahun 1995 (setelah anak TG Kob dilantik menjadi ADUN Pasir Pekan) dengan pendawaian yang cukup ringkas (semacam bekalan letrik ke reban ayam), tetapi masih menggunakan air telaga berlumut (yang pasti tak tergamak Nik Aziz nak mandi) untuk mandi, minum dan membasuh pakaian. Sementara kutipan sampah tidak pernah dilakukan oleh Majlis Daerah Tumpat (walau pernah memohon), menjadikan sampah sering bertimbun dan berselerakan di beberapa sudut kawasan pondok. Kawasan pondok juga menjadi semakin sempit setelah ramai pemilik asal tanah 'menarik balik' status wakaf tanah, untuk didirikan rumah kediaman persendirian.
Isu wang 100k bukan pencetus kepada kebimbangan PAS untuk kehilangan dokongan Pondok Berangan serta pengaruh terhadap mata masyarakat yang memerhatikan layanan PAS terhadap pondok berkenaan. Terdahulu PAS sudah kepanasan dengan isu pembinaan longkang oleh Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) untuk menampung saliran dan mengelakkan berlaku limpahan air kumbahan dari Pondok Berangan, yang menyebabkan jalan yang menghubungkan Kg Dalam dan Berangan sering becak dan rosak. Permintaan Pondok Berangan kepada PAS untuk membina saliran air tersebut telah lama dipohon, tetapi hanya setelah bertahun lama menerima makian penduduk kampung dan hasil usaha jerih Penghulu Berangan (Yahya Sulaiman), peruntukan 5k berjaya dikumpulkan dan pembinaan saliran bawah tanah mengguna paip pvc telah dilakukan secara gotong-royong.
Barangkali memerhatikan kesempatan yang ada untuk mencari pengaruh politik, UMNO melalui JPP yang melihat 'pembangunan' infrastruktur tersebut yang kurang berkesan telah melaksanakan projek meningkatkan kualiti saliran dengan membina longkang sepanjang (saya agak) 400 meter yang turut merentasi bendang pertanian masyarakat Siam, yang bukan sahaja menamatkan masalah Pondok Berangan, tetapi menjadi hadiah kepada masyarakat Siam yang sering mengalami kerugian hasil tanaman ditenggelami air hujan.
(Kerajaan Pusat yang dipimpin oleh UMNO telah lama menaiktaraf semua Institusi Pondok di bawah Kerajaan Negeri sejak zaman pemerintajan Tun Abdullah Badawi-jadi ini bukan kesempatan politik)
Bukan bersyukur dengan jalan yang Allah permudahkan, PAS menjadi 'penasaran' dengan TMB (Ahmad Yaakub) dan Ahli Parlimen Tumpat (Kamaruddin Jaafar) memarahi Penghulu Berangan (Yahya Sulaiman) kerana gagal menyekat projek JPP tersebut! Hairan, kenapa marah? Mereka seolah-olah hilang kepercayaan terhadap ke'tegar'an sokongan Pondok Berangan terhadap PAS. Mereka juga seolah-olah telah membayangkan reputasi yang bakal menurun di pandangan masyarakat setempat kerana kegagalan mereka untuk 'menjaga' Pondok Berangan.
Belum pun isu longkang hilang panas, Pondok Berangan dihadiahkan pula peruntukan 100k oleh Muhyidin Yasin. Bertindak cuba menutup kegagalan menunaikan tanggungjawab kebajikan terhadap rakyat, PAS mengerahkan orang-orangnya membuat rundingan (atau tekanan) dengan TG Muhammad Ali untuk membatalkan penerimaan peruntukan tersebut. Hasil sikap dan toleransi tuan guru, ini lah jawapan, kenapa beliau menolak 100k pemberian Kerajaan Pusat!
(PAS malu besar kerana Timbalan Menteri Besar Kelantan adalah anak kepada orang kuat Pondok Berangan sebenarnya-jadi menerima bantuan dari Kerajaan Pusat dilihat "membelot" dalam party PAS)
**Bukti figuratif berlaku tekanan, sila lihat gambar. TG Muhammad Ali bergambar hanya diapit murid-murid beliau. Manakala 3 wakil PAS (paling kiri, dua dan tiga dari kanan) duduk berjauhan dan tiada menunjukkan suatu ikatan yang erat. Persoalan, kenapa pula perlu ada wakil PAS dalam upacara bergambar mengisytiharkan 'penolakan' 100k?
**Apa relevannya penolakan peruntukan rm100 000 yang diberikan kepada Pondok Berangan? Apa masalah pula kalau peruntukan itu diterima? ..penyokong-penyokong PAS tidak pun dilarang menerima BR1M, tetapi kenapa Pondok Berangan dinafikan hak untuk mengecapi 'wang mereka' daripada Kerajaan Pusat! ..ada suara yang menyatakan, inilah manifestasi kebencian NIk Aziz terhadap pondok, budak-budak pondok dan Guru-guru pondok yang tidak pernah takut menyatakan kebenaran!
**sumber: PELAJAR-PELAJAR PONDOK BERANGAN.
No comments:
Post a Comment
Disclaimer- segala komen pembaca tidak mewakili pendapat penulis blog ini. Komen anda adalah hak peribadi anda dan penulis blog tidak bertanggungjawab jika komen anda mempunyai kata kata hasutan dan diambil tindakan undang undang. Oleh itu komenlah dengan bijak dan waras