Susulan keputusan tsunami dalam PRU12, orang Melayu telah sedar betapa pentingnya untuk menjadi suara penentu dalam sesebuah kawasan Dewan Undangan Negeri atau Parlimen.
Tambahan lagi hak orang Melayu sebagai probumi di Malaysia, hak Islam sebagai Ugama Persekutuan ( yang dinamai Malaysia) dan hak Raja Raja Melayu teruk diganyang musuh dalam dan luar negara sepanjang 4 tahun ini.
Terlalu biadab -bila ahli politik mempertikaikan Artikel 3(1) Perlembagaan Persekutuan!
Ahli politik Melayu dari kumpulan Pakatan pula tak malu lagi untuk meniru upacara ibadah ugama lain -mereka tak takutkan kuffur-yang mereka cari ialah keredhaan rakan kongsi DAP dalam Pakatan
Meniru upacara ugama lain hukumnya kuffur |
Malah agenda jahat musuh luar negara untuk mengambil alih pemerintahan Islam Beraja di Malaysia semakin terserlah bila akhbar di "state control " di selatan tanah air turut menjalankan kempen untuk DAP di Malaysia.
Mungkin ini tanda tanda awal satu lagi tsunami akan berlaku. Baca laporan soal jawab di Dewan Rakyat yang dipetik Utusan
..................................
KUALA LUMPUR 25 April - Seramai 2,270,002 pengundi baru telah didaftarkan dari 2008 hingga 2011 dengan orang Melayu mencatatkan jumlah tertinggi, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong
Menurut beliau, daripada jumlah itu, 155,420 orang berdaftar pada 2008 manakala 279,270 pemilih (2009); 826,462 pemilih (2010) dan 1,008,850 pemilih pada tahun lalu.
Beliau berkata, bagi keempat-empat tahun berkenaan orang Melayu mencatatkan pendaftaran tertinggi, diikuti kaum Cina, India dan lain-lain kaum.
Untuk tahun 2008, seramai 82,309 pengundi Melayu atau 53 peratus mendaftar diikuti Cina (29.4 peratus) dan India (8.1 peratus).
Bagi 2009, jelasnya, seramai 187,828 pemilih atau 67.3 peratus ialah Melayu diikuti Cina (19.8 peratus) dan bumiputera Sarawak (4.8 peratus) manakala pada 2010, seramai 466,137 pemilih (56.4 peratus) adalah orang Melayu diikuti Cina (27 peratus) dan India (6.6 peratus).
‘‘Pada tahun lalu pula, seramai 611,498 pemilih atau 60.6 peratus terdiri daripada orang Melayu diikuti Cina (22 peratus) dan India (6.7 peratus)," katanya di Dewan Negara hari ini.
Beliau menjawab soalan asal Senator Datuk Ng Fook Heng yang ingin tahu jumlah pengundi baru yang telah didaftarkan sejak 2008 mengikut kaum.
Vui Keong berkata, hak untuk mendaftar sebagai pengundi adalah hak warganegara seperti yang dijamin di bawah Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan.
Dalam hal itu, kata beliau, pengundi tersebut mesti seorang warganegara Malaysia yang telah mencapai umur 21 tahun.
‘‘Sehubungan itu, adalah wajar jika kita melihat daripada perspektif yang lebih besar bagi keseluruhan rakyat dan bukan hanya menjurus kepada kaum semata-mata," katanya.
Sementara itu, menjawab soalan tambahan Fook Heng mengenai dakwaan sesetengah pihak terhadap tindakan memindahkan pengundi dari satu kawasan ke kawasan lain, beliau berkata, ia tidak dihalang dan terpulang kepada sesiapa untuk menukar pusat mengundi masing-masing
No comments:
Post a Comment
Disclaimer- segala komen pembaca tidak mewakili pendapat penulis blog ini. Komen anda adalah hak peribadi anda dan penulis blog tidak bertanggungjawab jika komen anda mempunyai kata kata hasutan dan diambil tindakan undang undang. Oleh itu komenlah dengan bijak dan waras