Kongsi Ilmu

Tuesday, April 10, 2012

Kalau tak nak bayar pinjaman PTPTN berusaha dapat First Class Degree!

Saya hairan pasal PTPTN. Kenapa nak hapuskan hutang PTPTN?

Sepatutnya isu tersebut tak timbul. Jika kita lihat terma pinjaman semua peminjam yang mendapat First Class Degree akan mendapat durian runtuh-iaitu pinjaman PTPTN mereka ditukar kepada Biasiswa!

Ini adalah insentif kepada pelajar agar berusaha untuk mendapat keputusan yang terbaik.

Setakat ini pengecualian bayaran balik PTPTN  telah diberikan kepada  2445 pelajar bumiputera dan 9319 pelajar bukan bumiputera. Jumlah pengecualian melibatkan  RM339 juta!


Jadi kepada pembaca nilaikanlah mungkin pencadang yang mencadangkan tak perlu bayar pinjaman PTPTN tu asalnya pelajar yang dapat Third Class degree kot - sebab asyik berdemo dan berguling di atas jalan :)

2 comments:

  1. begitulah sebailangan orang kita-sedeh kalau melihat statistik PTPTN yg do convert kepada Biasiswa-orang kita maseh terlalu jauh ketinggalan berbanding kam lain

    menang sorak kampung tergadai

    ReplyDelete
  2. Orang sekarang ramai yang tidak mahu berfikir panjang. Kebanyakan tak suka membaca dan mencari kebenaran (bukti) tetapi hanya mengulang apa yang orang lain cakap. Siap tokok tambah lagi.

    ReplyDelete

Disclaimer- segala komen pembaca tidak mewakili pendapat penulis blog ini. Komen anda adalah hak peribadi anda dan penulis blog tidak bertanggungjawab jika komen anda mempunyai kata kata hasutan dan diambil tindakan undang undang. Oleh itu komenlah dengan bijak dan waras