Kongsi Ilmu

Sunday, March 18, 2012

Menunggu masa bila pegawai Petronas dapat naik kelas business seperti pegawai kerajaan


Bonus dah diberikan kepada kakitangan Petronas- bila pula nak sama tarafkan pegawai Petronas supaya dapat naik Business Class? Trip luar negara pegawai Petronas dari Sudan dan Turkmenistan memakan masa yang jauh dan mereka wajar diberikan kerehatan yang secukupnya dengan memastikan mereka naik business class.

 Dalam usaha nak jimat kos, General Manager Petronas pon kena naik kapalterbang tambang murah Air Asia berbanding MAS .....dan kalau bertuah dapat naik MAS pon kena  duduk berhimpit di kelas ekonomi....sedangkan pegawai Kerajaan yang disubsidi biayanya oleh Petronas senang senang naik Business Class.....di harap YAB Perdana Menteri dapat pastikan pengorbanan pegawai Petronas ini dihargai dan diberikan kelayakan yang selayaknya.

4 comments:

  1. yelah...sokong tu...tapi sepanjang aku kerja sebagai pegawai kerajaan hampir 30 tahun, tak pernah sekalipun aku merasa bonus 5 bulan gaji mcm di Petronas...so PM pun kena pertimbangkan 5 bulan gaji pegawai kerajaan..hee

    ReplyDelete
  2. berbaloilah denagan pengorbanan mereka meninggalkan anak isteri di Malaysia dan bekerja dalam keadaan bahaya di Eriteria, Iraq, Pakistan dan Turkmenistan

    baru baru ini kejadian keracunan gas melibatkan kematian anak pegawai Petronas dilaporkan di Turkmenistan dan ini kejadian kedua berlaku

    begitu juga aruah kawan saya Allahyarham Mohamad Momamad Aris meninggal kerana kecederaan dalaman/ internal bleeding sewaktu kapal terbang fokker yang dinaiki menjunam jatuh pada tahun 2008

    untuk mendapatkan rawatan aruah perlu diterbangkan dengan penerbangan kecemasan ke Mesir bagaimana dengan jarak yang jauh akhirnya aruah kawan saya meninggal dunia- beliau meninggal seorang balu dan 2 orang anak

    Banyak lagi kejadian di mana pegawai Petronas terpaksa di airlift atas kecederaan semasa bertugas atau evakuasi atas faktor peperangan saudara seperti di Iraq dan Suda, letupan bom di Karachi Pakistan dan sekatan jalanraya serta dimonitor KGB di Turkmenistan

    Atas kepayahan yg mereka ALAMI dan kesuasahan ke atas kaum keluarga maka sewajarnya pengorbanan mereka diIKTIRAF dengan memberikan sedikit penghargaan dan layanan sama rata

    Kepada aruah Mohamad Mohd Aris-Al Fateha

    ReplyDelete
  3. semoga Allah melindungi kita dri golongan yg MIRIP Hizbut Tahrir ini....bumi Jawi ni ada penjaganya

    ReplyDelete
  4. itulah harap2 pegawai kerajaan yang lain mcm cg kena masuk pedalaman.. naik bot..masuk hutan keluar hutan dipertimbangkan juga untk diberi bonus 5 bulan mcm pegawai pertonas juga

    ReplyDelete

Disclaimer- segala komen pembaca tidak mewakili pendapat penulis blog ini. Komen anda adalah hak peribadi anda dan penulis blog tidak bertanggungjawab jika komen anda mempunyai kata kata hasutan dan diambil tindakan undang undang. Oleh itu komenlah dengan bijak dan waras