Setelah 4 tahun Pakatan memerintah beberapa negeri kerosakan ekonomi-sosial- ugama amat ketara. Rekod dan performance Barisan Nasional terbukti terulung dan tak dapat ditandingi dari segi pemerintahan yang telus dan cekap (good governance) dan menjaga kebajikan (social responsibility) kepada rakyat
Rakyat mengakui ketidak berkesanan Pakatan. Malah umat Islam melihat bahawa UMNO adalah lebih ikhlas berjuang mendaulatkan syiar Islam. Bagaimanapon Barisan Nasional dilihat gagal membawa rakyat menyebelahinya.
Jentera Kerajaan dilihat telah bekerja keras. Tapi ada satu faktor yang membuatkan rakyat teragak dari terus memberikan sokongan kepada Barisan Nasional.
Selain isu calon kitar semula (rujuk catatan di bawah) yang membawa kepada merosotnya undi Barisan Nasional pada PRU12 satu lagi faktor liabiliti ialah isu "Puan Perdana Menteri" (Mrs. Prime Minister)
" Oleh kerana itu DS Najib, UMNO, BN dan seluruh kepimpinan mereka haruslah terbuka dengan segala teguran rakyat mahupun pahit seperti jadam.
Faktor-faktor dalaman yang boleh melemahkan parti atau faktor yang boleh membuat rakyat hilang keyakinan harus segera dibuang.
Realitinya hari ini ialah faktor DS Rosmah dikira menjadi factor yang penting dan telah pun menyumbang kepada kelemahan kewibaawaan PM sendiri. Berbagai macam bisikan sudah didengar walaupun berbisik. Di kalangan pegawai-pegawai Kerajaan berbisik, pelajar U berdemo, makcik – mak long di kampong bercakap-cakap dan seluruh anggota masyarakat sudah berbunyi, hanya mahu dilayan atau tidak itu sahaja. Atau mahu disapu ke bawah karpet merah terserah.
Kalau nak jaga hati PM dan berangan-angan panjang untuk cari makan kita jangan layan dan kita semua diam sahaja. Akibatnya kita sama-sama tunggu keputusan PRU13 nanti apa akan jadi kalau tangan yang memangkah beralih haluan kalau tak beralih selera alhamdullillah kita selamat."-Merbok Times
Baca kupasan seterusnya di Merbok Times
........................................................................................
10 SEBAB UTAMA UNTUK DIJAUHI CALUN KITAR SEMULA
a) Penyebab kejatuhan Kerajaan BN di Kedah pada 2008
b) Amalan politik wang
c) Egoisik, elitis dan arroganistik
d) Bermuka-muka dengan pemimpin atasan
e) Melebihkan kekayaan peribadi
f) Memperalatkan rakyat
g) Depan rakyat cakap lain belakang rakyat bikin lain
h) Gagal membawa penyatuan UMNO dan rakyat
i) Gagal membawa pembaharuan
j) Mementingkan kroni
No comments:
Post a Comment
Disclaimer- segala komen pembaca tidak mewakili pendapat penulis blog ini. Komen anda adalah hak peribadi anda dan penulis blog tidak bertanggungjawab jika komen anda mempunyai kata kata hasutan dan diambil tindakan undang undang. Oleh itu komenlah dengan bijak dan waras