Tanah Wakaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur , Putrajaya dan Labuan sudah di gazetkan keputusannya berdasarkan Mesyuarat Tanah dan Galian peringkat negeri yang dipengrusikan oleh Tan Sri Ketua Setiausaha Negara sebagai tanah yang TIDAK BOLEH DIJUALBELI kepada pehak ketiga.
Kes ini timbul bilamana Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Jabatan Agama Islam MERAYU (dan beriya riya) nak menjual tanah wakaf kononnya untuk mendapat HASIL. Dan hasilnya rayuan MAIWP dan JAWI untuk menjual tanah wakaf DITOLAK.
Keputusan ini bukan sahaja menjaga AMANAH si mati tapi bersesuaian dengan takrifan harta WAKAF seperti yang dikatakan oleh Imam Syafie- "harta yang perlu diuruskan oleh badan/orang yang diamanahkan secara KEKAL"
MAIWP dan JAWI disarankan untuk membangunkan kawasan tanah wakaf secara komersil dan HASILNYA boleh digunakan secara kesinambungan dan pada JANGKA MASA YG LEBIH LAMA untuk membantu asnaf (golongan yang layak dapat zakat) dan membangunkan ekonomi golongan miskin di Wilayah Persekutuan.
Sesungguhnya inilah yang dikatakan VISI kepimpinan dan PENTADBIRAN ISLAM yang ada pada pegawai Kerajaan.
Memandangkan pergolakan semasa di mana golongan miskin diMURTADKAN dengan umpan bantuan kewangan keputusan yang dibuat pada tahun 2008 ini amat bertepatan.
Tanah wakaf di Kedah
Sepatutnya PRECEDENCE ini digunapakai di negeri lain bagi isu penjualan tanah wakaf yang di bawah jagaan Majlis Agama Negeri. Berbalik kepada isu penjualan tanah wakaf di mana terletaknya MADRASAH SALIHIAH Mesyuarat Pejabat Tanah dan Galian di peringkat negeri di pengerusikan oleh Menteri Besar. Oleh itu isu penjualan tanah wakaf yang diAMANAHkan ke atas Majlis Agama Islam Kedah dipengerusikan oleh Menteri Besarnya.
Saya hairan kenapa Ustaz Zizan mengaku dia "tak tahu " dalam isu penjualan tanah wakaf dan urusan merobohkan madrasah tersebut untuk membina shopping complex. Keadaan menjadi parah kerana tanah wakaf di mana terletaknya madrasah tersebut dijual kepada seorang Cina bukan Islam.
Komen seorang blogger pro pembangkang yang mendakwa jika menimbulkan isu penjulan tanah wakaf bermakna "menderhaka" kepada Sultan Kedah amatlah tidak benar- sebab yang mempengerusikan Mesyuarat Pejabat Tanaha Dan Galian Kedah adalah Menteri Besar Kedah!
Maka sudah berlaku 3 kesalahan disini iaitu :
1- Menteri Besar Kedah TIDAK MENASEHATI KDYMM Sultan isu yang sebenar iaitu ianya TANAH WAKAF dan sewajarnya TIDAK BOLEH DIJUAL kepada pihak ketiga apatah lagi orang bukan Islam
2- Menggunakan nama Sultan untuk rubber stamp keputusan yang dilihat mempunyai kepentingan peribadi-ini jelas bila wakil Kerabat DiRaja Kedah melarang keras penjualan TANAH WAKAF tersebut bukti di Kerabat DiRaja Kedah
3-Meruntuhkan kesan sejarah pendakwah Islam di negeri Kedah. Untuk makluman semua TANAH TAPAK MADRASAH SALIHIAH, DIWAKAFKAN OLEH KETURUNAN HAJI SAADI berasal dari YAMAN. Anaknya HAJI JAAFAR (1830-1910) pernah MENJADI MUFTI KEPADA SULTAN KEDAH. Nama SALIHIAH diambil sempena nama salah seorang anak Haji Jaafar. (Nama anak HAJI Jaafar yang seorang lagi SOFIAH diabadikan pada Taman Sofiah, Jalan Kuala Kedah.Anak LELAKI kepada Haji Jaafar iaitu Haji Mohd Saad hasil perkawinan Haji Jaafar dengan Siti HAWA pula pernah menjadi Guru Agama di Istana Sultan Kedah. dan sehinga kini waris berkenaan sudah masuk ke generasi ke 8, dan mereka semuanya sepakat untuk jihad pertahankan tanah wakaf khas ini. Syed Razak Syed Zain dan Dato Lat Shariman adalah atara waris dari susur galur keturunan Saadi ini menerusi jurai perkahwinan.
Dalam budaya Melayu , Sultan tidak akan dilihat melarang keras tetapi akan menggunakan proksinya iaitu Kerabat DiRaja Kedah untuk menyatakan ketidakpuasan Baginda Sultan.
Setelah tembelang KERAJAAN PAS KEDAH pecah kerana TIDAK MELAPOR DENGAN AMANAH terhadap pemerintah iaitu KDYMM Sultan Kedah dan tidak AMANAH terhadap tanah wakaf yang diAMANAHkan ke atas MAIK, apakah rakyat akan berdiam diri?
Sama sama kita lihat perkembangan seterusnya.
mb jadi pengerusi.mb merangkap penasihat sultan. kalau macam ni kedah boleh lingkup sebab mb ni memang bingai dan tersangat -sangat bingai walaupun lulusan al azhar.gantilah dgn mb baru yang cerdik.
ReplyDelete