KUALA LUMPUR 26 Jun - Gerakan yang mempunyai kaitan dengan Kristian yang berpangkalan di luar negara dikenal pasti sebagai penyumbang dana kewangan terbesar kepada Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).
Gerakan tersebut yang berselindung di sebalik pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sejak beberapa minggu lalu dikesan aktif menyalurkan bantuan kepada Bersih melalui NGO tempatan.
Antaranya adalah Yayasan Konrad Adenauer dari Jerman yang mempunyai hubungan erat dengan Parti Kesatuan Kristian Demokratik di sana, serta Yayasan Canadian Allied dari Kanada.
Kedua-dua NGO tersebut kini dikesan berada di carta 'tiga teratas' selaku penyumbang berbanding beberapa lagi pertubuhan asing lain, yang mewakili sembilan negara berlainan.
Dipercayai, jumlah terkumpul dana kewangan asing yang dimiliki Bersih kini sudah mencecah jutaan ringgit dan ia bakal digunakan untuk membiayai operasi demonstrasi.
Malah, Utusan Malaysia difahamkan, minggu lalu sahaja sebanyak RM250,000 dari negara asing disalurkan secara haram kepada sebuah NGO tempatan yang bernaung di bawah Bersih.
"Semua sekali, sembilan negara asing yang menjadi 'tangan ghaib' bagi mencetuskan keadaan huru-hara dalam negara pada 9 Julai ini dan mereka bergerak melalui NGO.
"Penyumbang paling besar yang dikesan adalah daripada NGO yang mempunyai kaitan dengan Kristian," kata sumber kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Dalam pada itu, sumber tersebut turut menjelaskan Bersih juga menerima bantuan kewangan daripada NGO yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Britain dan beberapa buah negara Asia yang lain.
Bagi Amerika Syarikat, Institut Demokrat Kebangsaan (NDI) dan Institut Republikan Antarabangsa (IRI) dikenal pasti menaja Bersih dan parti-parti pembangkang di negara ini.
"Semua ini membuktikan bahawa Bersih hanya menjadikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai kambing hitam untuk menghalalkan demonstrasi haram. Di belakang mereka ada ejen asing.
"Jadi saya harap rakyat sedar perkara ini. Pembangkang kini sanggup melakukan apa sahaja termasuk bersekongkol dengan negara asing bagi mencetuskan huru-hara," jelasnya.
Sementara itu, semakan Utusan Malaysia di laman web NDI, www.ndi.org mendapati NGO tersebut mengesahkan bahawa mereka menaja aktiviti Bersih.
"Program NDI di Malaysia ditaja oleh National Endowment for Democracy (NED)," kata badan tersebut seperti dipetik dari laman web.
Sumber http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0627&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm
Dgn begitu ramai orang yg akan turun berdemo Bersih2 nanti, tak hairanlah rusuhan akan tercetus oleh sebilangan kecil orang yg memang suka menangguk di air keruh.
ReplyDeleteKeadaan begini adalah sangat merbahaya utk Pakatan Rakyat.
Mungkin Najib akan istiharkan Darurat di negeri Selangor dan menangkap semua pemimpin2 parti pembangkang yg sangat bising utk mengada Bersih2 - spt Hadi, Lim Kit Siang, Wan Azizah, Mat Sabu, Tian Chuah, Ambiga dll.
Bila keadaan dah reda dan keadaan PAS, PKR dan DAP dlm keadaan huru-hara spt kucing hilang anak, Najib akan adakan PRU13 dan akan menang dgn 2/3 majoriti.
Bodohnya Pembangkang yg sangat teruja dgn Bersih2!
kalau teliti dan kaji balik modus operandi NED/CIA di negara dunia ketiga-inilah dia cara Amerika dan sekutunya menjajah semula negara tersebut
ReplyDeletetak kira di mana paksi politik anda, ingatlah tanggungjawab menjaga keamanan negara ini terletak di bahu kita semua