Kenapa Wahhabi yang dipilih jadi Senator?
Inilah sebahagian dari jaringan Wahhabi Malaysia di Jaringan-Wahabbi-Sdn-Bhd dalam usaha mereka mengangkat Wahhabi menjadi kepimpinan tertinggi mereka di Malaysia seperti artikel di kuasa-tiang-kepada-cita-cita-2
Berkenaan fikrah Menteri Besar Kelantan itu kita boleh lihat di mahir-al-hujjah yang saya petik sebahagiannya di sini
" Bagaimanapun penulis membuat hipotesis bahawa aliran pengajian tafsir yang mengikut Kaum Muda atau manhaj salaf boleh dikatakan berkembang aktif semenjak kepulangan Ustaz Nik Abdul Aziz bin Nik Mat pada tahun 1960-an dari Mesir yang mengembangkan insituti pengajian tafsir di masjid-masjid. Pengajaran beliau pada peringkat awal banyak mencetuskan kontroversi khususnya apabila menyentuh masalah fiqh dan aqidah. Oleh yang demikian, beliau dilihat melembutkan pendekatannya walaupun sebenarnya terus mengekalkan fahaman Kaum Muda/Wahhabi "
Tuan Guru Abdullah Sammah dari Pondok Geting menyatakan
" Penentangan saya terhadap kelompok ini bermula sejak tahun 1987 apabila seorang pemimpinnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan sifat 20 Allah SWT direka oleh Greek dan Yunani. Bagaimanapun saya mendiamkan diri kerana berpegang kepada dasar parti itu yang kononnya memperjuangkan Islam. Kami golongan pondok sebenarnya dibuai oleh PAS sejak negara mencapai kemerdekaan, mereka menyebarkan dakyah kononnya UMNO sengaja tidak melaksanakan hukum Islam walaupun telah diberikan kebebasan 100 peratus oleh British, Namun selepas berkali-kali melihat dan mendengar kenyataan yang dibuat oleh Nik Abdul Aziz biar yang bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah wal-Jamaah biar pun telah ditegur, ia mula membuka mata saya. Kami ahli Persatuan Pondok seMalaysia beberapa kali telah menasihati beliau tetapi tidak diendahkan. Baginya apa yang penting pembaharuan dalam agama perlu diteruskan walaupun umat Islam berpecah.”
Apa AGENDA utama Nik Aziz melantik Johari Mat mewakili Kelantan dalam Dewan Negara?
Dr. Johari Mat senator baru wakili Kelantan
20/06/2011 3:14pm- dari Utusan Malaysia
KOTA BHARU 20 Jun - Ketua Eksekutif Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Datuk Dr. Johari Mat hari ini dipilih sebagai anggota Dewan Negara yang baru bagi mewakili Kelantan berkuatkuasa 7 Julai ini.
Dr. Johari dipilih menggantikan Ahmad Rusli Ibrahim yang telah tamat penggalnya sebagai senator.
Pemilihan Dr. Johari itu dicadangkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan di sini yang kemudiannya disokong oleh timbalannya, Datuk Ahmad Yakob.
Seorang lagi senator yang mewakili Kelantan ketika ini adalah seorang peguam wanita, Mumtaz Md. Nawi yang juga Naib Ketua Dewan Muslimah Pas Pusat. - Bernama
No comments:
Post a Comment
Disclaimer- segala komen pembaca tidak mewakili pendapat penulis blog ini. Komen anda adalah hak peribadi anda dan penulis blog tidak bertanggungjawab jika komen anda mempunyai kata kata hasutan dan diambil tindakan undang undang. Oleh itu komenlah dengan bijak dan waras