Kongsi Ilmu

Wednesday, May 25, 2011

Desakan ultra kiasu Cina mencabar keistimewaan hak Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan

Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa orang Melayu, wajar diberikan hak istimewa sebagai pribumi.

Ini kerana sejurus selepas Merdeka , sejumlah 1 juta warga asing kelahiran China dan India diberikan taraf hak warganegara TANPA PROSES NEUTRALISASI seperti yang berlaku di Amerika Syarikat!.

Tunku Abdul Rahman dalam ucapannya berkata bahawa warganegara Malaysia keturunan Cina dna India wajar bertolak ansur kerana kaum pribumi iaitu Melayu telah banyak berkompromi dan memberikan hak warganegara kepada mereka.

Selain itu kebanyakan kaum pribumi maseh tinggal di kawasan pendalaman dan mempunyai kemudahan sekolah yang dhaif berbanding mereka yang tinggal di bandar. Pendapatan isi rumah keluarga pribumi juga kurang berbanding dengan pendapat isi rumah kaum Cina dan India. Oleh itu kemudahan tuisyen dan sebagainya tidak mampu dinikmati oleh kaum pribumi berbanding kaum lain.

Tindakan mengiktiraf kekangan keadaan yang membantut performance dalam pelajaran bukan sahaja dilakukan oleh Kerajaan Malaysia tapi juga oleh  Kanada. Di sana pelajar dari kawasan pendalaman prairie diberi kelonggaran memasuki university dengan kelulusan Grade 12 berbanding pelajar dari province yang lebih maju seperti Ontario yang perlu lulus Grade 13 sebelum masuk university.

Begitu juga kelonggaran merit  bagi pemberian biasiswa wajar diberikan kepada pelajar pribumi (yang kemudiannya di kenali sebagai Bumiputera) kerana mereka menghadapi lebih kekangan hidup untuk berjaya dalam peperiksaan umum SPM. Malah banyak  kes terjadi di mana pelajar Bumiputera yang berjaya mendapat  7A dan 8 A tidak berjaya mendapat biasiswa kerana tindakan beberapa pelajar memanipulasi sistem pemilihan dengan mengambil matapelajaran pilihan yang berlebihan di peringkat SPM.

Kerajaan dan JPA perlu bertegas dalam pemberian biasiswa dan berpegang kepada polisi sedia ada. Polisi Dasar Pembangunan Malaysia adalah kesinambungan Dasar Ekonomi Baru dan ia adalah alat social engineering bagi menyeimbangkan semula pembahagian kekayaan antara kaum di Malaysia. Tanpa pembahagian kekayaan yang adil dan saksama maka social time bomb iaitu peristiwa 13 Mei 1969 akan meletus lagi.

Jangan jadikan HAK KEISTIMEWAAN PRIBUMI (PELAJAR BUMIPUTERA) yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai gadaian kerana desakan golongan ultra kiasu.

Namun hari ini  ini MCA mencuba sarung  DAP dan menidakkan Perlembagaan Persekutuan. Kenyatan tidak bertanggungjawab dan tidak menilai peruntukan artikel 153(2) Perlembagaan Persekutuan tidak sepatutnya datang dari mulut seorang menteri kabinet kerajaan yang memerintah.

Baca petikan berita ini

Dakwaan Ka Siong tidak berasas-Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL
pengarang@utusan.com.my


KUALA LUMPUR 24 Mei – Dakwaan bahawa berlaku salah guna kuasa di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berhubung peruntukan tempat dan biasiswa ke universiti adalah tidak berasas.

Ini kerana, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, pemberian biasiswa dibuat berdasarkan kriteria yang ditetapkan oleh kerajaan dan dikendalikan oleh mereka yang profesional.

“Dalam soal pemilihan ini, JPA hanya bertindak sebagai penyelia dan sesi temu duga dijalankan oleh mereka dari latar belakang akademik yang tinggi serta pelbagai kaum.

“Malah, pemberian biasiswa ini juga terlebih dahulu akan dibentangkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk penilaian dan kelulusan sebelum dilaksanakan,” katanya pada sidang akhbar di bangunan Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada kritikan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong dan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek bahawa wujud salah guna kuasa di JPA berhubung perkara itu.


Ka Siong mendakwa 363 pelajar yang memperoleh kesemua A+ gagal mendapat biasiswa meskipun Perdana Menteri tahun lalu bersetuju agar kesemua pelajar yang mendapat 8A+ dan ke atas mendapat biasiswa JPA.

Mohamed Nazri menambah, sebagai seorang timbalan menteri, Ka Siong sepatutnya mendapatkan penjelasan mengenai perkara itu secara terus dengan beliau dan bukannya membuat kenyataan menerusi media.

Malah, katanya, Ka Siong juga sepatutnya membangkitkan perkara itu di Parlimen kerana mereka mempunyai wakil dalam Kabinet.


“Tindakan beliau mengkritik dari luar menimbulkan persoalan adakah beliau membangkitkan isu ini kerana keprihatinan terhadap nasib pelajar-pelajar atau kerana kepentingan politik?” soal beliau.





No comments:

Post a Comment

Disclaimer- segala komen pembaca tidak mewakili pendapat penulis blog ini. Komen anda adalah hak peribadi anda dan penulis blog tidak bertanggungjawab jika komen anda mempunyai kata kata hasutan dan diambil tindakan undang undang. Oleh itu komenlah dengan bijak dan waras