Kongsi Ilmu

Tuesday, May 31, 2011

Dajjal dan serangan terancang ke atas dunia Islam termasuk Malaysia.

Syeikh Imran Hussein memberikan kupasan Hadis Nabi Muhammad S.A.W mengenai keberadaan Dajjal di Britain selama 1,000 tahun, keberadaan Dajjal di Amerika Syarikat selama 100 tahun dan sekarang keberadaan Dajjal di Israel-teliti youtube ini




Kala ini juga negara negara Islam telah "dijajah semula. Lebanon, Tunisia dan Mesir dijajah semula kerana negara tersebut adalah negara yang maju dari segi ekonomi dan pembankan Islam. Cara Lebanon dijajah ialah dengan menimbulkan huru hara dan perang saudara antara puak Islam dan puak Kristian. Sementara cara Tunisia dan Mesir dijajah melalui kebangkitan "suara rakyat" yang akhirnya menumpaskan Kerajaan yang menyokong dan melindungi ulama Islam ASWJ. Bukan satu kebetulan setelah revolusi rakyat ini ulama wahhabi amat berkuasa dan makam para ulama, anbiya dan Saidina Hussein r.a cuba dimusnahkan di Mesir dan Tunisia. Di Tunisia ulama Islam ASWJ dipotong lidahnya oleh Wahhabi.

Iraq dijajah kerana negara itu maju dari segi ketenteraan dan juga kerana Yahudi mengangak bahawa negara itu adalah negara yang mempunyai civilisation dan bangunan tertua didunia...sedangkan sekiranya mereka tahu bahawa Bumi Makkahlah sebenarnya mempunyai bangunan tertua di dunia, tentulah mereka akan menyerang Makkah. (Kaabah dibina oleh Nabi Adam a.s setelah baginda bertemu Siti Hawa di Arafah)

Perhatikan apa mesej dan serangan Dajjal ke atas sistem kewangan dunia dan peranan wang electronic yang mengambil alih kepentingan wang kertas. Wang electronik ini akan dikembangkan dan menjadi senjata biology yang akan memaksa umat Islam menuruti kehendak mereka.

Serangan Dajjal dan kuncu dajjal yang telah menjual ruh mereka kepada Dajjal demi kekuasaan politik, harta kemewahan, wanita dan kedudukan ini amat terancang.

Malaysia juga tidak terkecuali dari serangan ini dan amat janggal jika kita tidak nampak "konsert terancang  serangan pre dan pasca PRU12, 2008" bagi mempercepatkan dateline "menyelamat" rakyat Malaysia melalui gerakan pluralisasi ugama, liberalisasi ugama dan sebagainya.

Agen penggerak Dajjal ini dibuat melalui Inter Faith Council (IFC) dan gerakan BERSEH. Bukan satu kebetulan pemimpin DAP adalah missionary dalam ugama Kristian. Tapi malangnya sekali lagi mereka tertipu kerana antichrist yang ditakuti ialah Al Mahadi dan "gerakan menyelamat" yang mereka dokongi adalah kerja-kerja Dajjal- rujuk balik syarahan Syeikh Imran Hossein dalam video di atas.

Nasrani Nasrani/Kristian yg sebenar takkan berpadu dengan Yahudi kecuali bagi mereka yang terpesong.

Lihat pula siapakah pemimpin yang mengaku Islam yang bersekongkol dengan agenda  dajjal di atas dalam video ini




No comments:

Post a Comment

Disclaimer- segala komen pembaca tidak mewakili pendapat penulis blog ini. Komen anda adalah hak peribadi anda dan penulis blog tidak bertanggungjawab jika komen anda mempunyai kata kata hasutan dan diambil tindakan undang undang. Oleh itu komenlah dengan bijak dan waras