Kongsi Ilmu

Friday, March 25, 2011

Siapa Melayu berdasarkan ulama Islam Ahlul Sunnah Wal Jamaah

PengIslaman Melayu di Nusantara berlaku dalam dua peringkat. Peringkat satu arahan dari Baginda Nabi Muhammad S.A.W kepada para sahabat untuk mengIslamkan Raja Raja di Nusantara semasa Baginda maseh hidup pada 3 Hijrah (rujuk artikel Melayu Bukan Pendatang dan Sejarah Melayu). Peringkat kedua semasa Zaman Syeikh Abdul Qadir Al Jelani dan disusuli dengan kedatangan Maulana Syeikh Jamaluddin Al Kubra dan juga Syeikh Muhammad Al Baghdadi
Ada rahsia kenapa Bumi Jawi ini begitu diambil berat oleh Rasulullah, para sahabat, ahlul bayt dan pendakwah Islam.
Beberapa postings lalu saya telah mengupas di mana Atlantis dengan bukti saintifik dari team pengkaji dari  University Oxford, Leeds, Indonesia dan  Brazil. Sementara team pengkaji dari USM telah menemukan tapak komuniti pertama di sekeliling tasek purba yang merupakan tempat peradaban dunia yang pertama. Nenek moyang kita orang Melayu telah didapati bercucuk tanam padi, menternak binatang dan mengadakan bengkel untuk membuat senjata kapak genggam di Lenggong, Perak. Juga kajian beberapa team penyelidik dari university luar negara selama 15 tahun  mendapati orang Melayu telah mempunyai peradaban tinggi; menguasai perlombongan mineral emas dan berlian, ilmu pelayaran, senibina dengan penemuan piramid di bawah timbunan flora di Jawa, perdagangan  dengan timur tengah (Mesir) - kajian dan penemuan penempatan purba di dunia Melayu (Semenanjung Tanah Melayu, Singapura dan Indonesia)  menjurus team penyelidik membuat kesimpulan   bahawasanya pola penyebaran ras manusia adalah melalui Teori Out Of Sundaland (Nusantara) dan bukan Out Of Africa seperti yang dimaklumi sebelumnya.
Sekarang kita amati pula video syarahan ulama pondok Islam ASWJ dari Madrasah Assalam.org  mengenai Bangsa Melayu dan rahsia yang tersembunyi dalam bangsa Melayu. Ketahuilah tugas mempertahankan identiti bangsa Melayu ini juga sekarang digalas oleh para ulama dan ilmuan Islam. Kenapa? Ikutilah penerangan ini.

Sinopsis Video

Takrifan bangsa Melayu dalam video ini sama seperti yang dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan Melayu iaitu Melayu ialah yang berugama Islam, bertutur dalam Bahasa Melayu, mengamalkan adat istiadat orang Melayu dan berpayung di bawah Sultan Melayu Islam!.

Perkataan Melayu itu terdapat dalam Quran sebanyak 24 kali. Melalui Ijmak ulamak muktabar, mereka sepakat berpendapat bahawa ia adalah bangsa Melayu *Rujuk Video

Juga diingatkan bahawa mereka yang mengamalkan ugama Islam ialah mereka yang mengambil dan mengamakan ajaran dari Al Quran, Hadis, Ijmak Ulamak Muktabar dan Qiyas.

Mereka yang hanya mengambil dari Quran dan Hadis sahaja hanya mengikut hukum akal dan dipengaruhi Wahhabi yang mana adalah agen Yahudi



atau scroll di video bar yang telah saya diletakkan DI ATAS

atau ke link http://www.ustream.tv/recorded/10596117

1 comment:

  1. Salam buat tuan rumah,
    ada kesulitan untuk membuka pautan video.
    Harap maklum.

    ReplyDelete

Disclaimer- segala komen pembaca tidak mewakili pendapat penulis blog ini. Komen anda adalah hak peribadi anda dan penulis blog tidak bertanggungjawab jika komen anda mempunyai kata kata hasutan dan diambil tindakan undang undang. Oleh itu komenlah dengan bijak dan waras