Sidang media PEMBELA dibuat semalam setelah laporan polis diadakan di IPD Jalan Tun HS Lee bagi counter laporan polis sebelumnya oleh kumpulan pendesak Kristian.
Dengar penerangan wakil PEMBELA dalam video di bawah
Adalah menyedihkan bila ugama Islam cuba di sideline sedangkan Malaysia meletakkan ugama Islam sebagai ugama rasmi negara ini.
Amatlah jahat provokasi pihak Kristian yang membuat laporan kepada polis sebelumnya bahawa orang Islam tak faham ugama Islam
Inilah akibatnya bila Wahhabi dan pemimpinnya dalam PAS yang telah membuka floodgate dengan membenarkan isu penggunaan kalimah Allah digunakan atas sebab politik!
Sehubungan dengan itu para ulama Islam telah bangkit menentang penggunaan kalimah Allah dan isu bible dalam bahasa Melayu.
Sheikh Muhammad Fuad Kamaluddin al-Maliki di dalam sistem pesanan ringkas [SMS] beliau kepada para ikhwan, memberi sokongan penuh buat PEMBELA beserta barisan pejuang-pejuang Ahlu Sunnah Wal Jamaah dalam memperjuangkan isu ini. Isu ini telah dijadikan senjata di kalangan opurtunis agama dan ahli politik untuk menuntut kepentingan masing-masing.
Video agenda Interfaith Council (IFC) ini wajar dilihat dan pastikan kita tidak terperdaya dengan mainan politik pemimpin pembangkang yang berimejkan Islam dan berserban berjubah tetapi sebenarnya musuh Islam!
Memetik kata kata Fakeh Saka di perenggan (28) dalam artikelnya Kuasa Tiang Kepada Cita Cita (2):
Maka adalah menjadi suatu kewajipan untuk kita menolak saf kepimpinan PAS yang berfahaman kaum muda, Islam liberal atau wahabbi; serta mengangkat mereka yang berpegang teguh dengan manhaj tulen Ahlus Sunnah Wal Jamaah sebagai pemimpin. Inilah teras aqidah penyokong akar umbi PAS sejak lahirnya parti itu pada 23 Ogos 1951. Jika PAS tidak kembali kepada perjuangan Ahlu Sunnah Wal Jamaah, maka parti manakah yang akan melepaskan taklif fardhu kifayah umat Islam di Malaysia ini untuk menegakkan Islam secara kaffah ? Demikian juga dengan mana-mana parti siasah Melayu; andainya manhaj songsang itu menjadi sendi fahaman mereka, maka wajarlah kita menentang mereka habis-habisan. Lihat sahajalah beberapa contoh kecil penularan pengaruh wahabbi tulen di dalam PKR[34] dan UMNO.[35]
Rujukan
Syeikh Muhammad Fuad Kamaluddin al-Maliki
http://leekubo.blogspot.com/2010/10/kuasa-tiang-kepada-cita-cita-2.html
Video PEMBELA
Video IFC
kemusnahan oleh PAS terlampau banyak
ReplyDeletebolehkan lagi party itu bergelar party Islam?