Kongsi Ilmu

Sunday, March 27, 2011

Dari Bayan Lepas ke Gunung Santubong

Isu DAP cuba untuk mencampori politik Sarawak bukan baru.

Bagi mereka yang maseh naive dalam politik, umum mengetahui impian 3S Singapura iaitu menggabungkan  Singapura, Sarawak dan Sabah.

DAP yang menjadi proksi utama Singapura di Malaysia akan berusaha agar Sarawak dapat ditawan.

Ada bebeberapa pertimbangan kenapa Sarawak diintip dan diidamkan oleh Singapura.

Merealisasikan konsep 3S bagi  Singapura-raya

1-Sarawak kaya dengan hasil buminya iaitu petroleum, gas, kayu balak dan herba. Selain itu Sarawak juga ada potensi dimajukan dengan perlancongan ekosistem yang hebat mengalahkan Pulau Sentosa (dulunya Pulau Belakang Mati)

2- Empangan Bakun, yang kawasan tadahannya sebesar Singapura, sudah beroperasi dan dapat menjana sumber elektrik dari tenaga hidro. Dulu ada cadangan agar kabel bagi menyalurkan tenaga elektrik di dasar laut dibuat bagi menyalurkan elektrik ke Semenanjung.

3-Bentuk muka bumi Sarawak yang pelbagai adalah training ground terbaik bagi pasukan tentera darat, udara  dan laut Singapura yang kekurangan tempat latihan

4-Saiz Sarawak yang besar membolehkan population growth bagi Singapura yang kekurangan tanah

5- Demografi penduduk Sarawak yang sebahagian besarnya berbangsa Dayak (Bumiputera etnik Iban, Bidayuh dan Melanau dan berugama Kristian) adalah mesra-Singapura

6-Menurut kajian, peperangan di masa depan akibat berebut sumber utama dunia waktu itu iaitu AIR. Saiz Sarawak yang besar amat positif untuk rain harvesting dan mencarigali air menggunakan teknik hidrologi.

Faktor Sejarah- Jangan bayan terlepas lagi

Mungkin ramai yang lupa atau tidak tahu bahawa Bayan Lepan mendapat nama dari burung  bayan yang terlepas dari 7 orang putera Brunei

Menurut ceritanya akibat persengketaan dan perebutan takhta, 7 orang putera Brunei dan 2 orang puteri Brunei lari ke Sarawak. Kaum Aristokrat Brunei yang tinggal di Sarawak kini dikenali dengan nama Melayu Abangan dan memakai geralan Abang, Dayang dan Pangeran di pangkal nama. Kebanyakan mereka maseh berada di Kuching di sebuah kampong di tengah tengah ibukota tersebut.

Untuk makluman semua, Kesultanan Brunei adalah berasal dari salah seorang putera Syeikh Jamaluddin Al Kubra yang diputerakan di kawasan yang sekarang ini menjadi   Tasek Tok Uban, Kelantan.

Kerana perjalanan ke Tanah Besar Malaya merbahaya, maka 2 orang puteri itu ditinggalkan oleh putera putera itu di kawasan yang kini dikenali dengan nama Gunung Santubung.

Kesah tragik terjadi ke atas keluarga diraja ini kerana sesampai ke tujuh putera di Pulau Pinang, burung bayan mereka terlepas -Tempat itu digelar Bayan Lepas sekarang.

Berkenaan nasib kedua puteri tersebut, mereka hidup aman pada mulanya di Gunung Santubong. Orang-orang dayak disitu memuji kecantikan puteri puteri itu sehingga hasutan syaitan menjadikan mereka sombong, bongkak dan riyak. Mereka bertengkar kerana maseng maseng mengaku dia yang terlebih cantek.

Perkelahian tersebut membawa padah kerana mereka akhirnya mereka disumpah. Puteri Santubong menjadi Gunung Santubong dan Puteri Sejinjang menjadi Pulau Kera (Sejinjang).

Kamek cerita Sejarah Sarawak sambil pesan - Ouk kamek doakan orang Sarawak idup aman nyaman. Belajar dari kesah tragik silam dan sik boleh bayan  (negeri Sarawak ) terlepas kepada orang lain  kerana beranok-anok sesama kitak. Madah orang tua-tua anok sik bawak berkat idup.

Nya aku carik kesah Puteri Santubong dalam youtube. Dengar cerita jadi teladan. Ouk!















No comments:

Post a Comment

Disclaimer- segala komen pembaca tidak mewakili pendapat penulis blog ini. Komen anda adalah hak peribadi anda dan penulis blog tidak bertanggungjawab jika komen anda mempunyai kata kata hasutan dan diambil tindakan undang undang. Oleh itu komenlah dengan bijak dan waras