Tun Teja- dikenali sebagai "Permaisuri Pahang dalam Hikayat Sejarah Melayu-Lukisan adalah gambaran pelukis
Apa ada di Merlimau? Satu cebisan sejarah silam. Kesah Permaisuri Pahang yang gering telah mangkat semasa Sultan Melaka, isteri-isterinya, hulubalang dan orang orang besar Melayu berundur dari Bandar Melaka ke Istana Kayu Ara di Hulu Bertam, semasa serangan Portugis 1511.
Kesah kemangkatan Permaisuri ditulis tragis dan Sultan Melaka yang sanggup berkampong selama 3 hari 3 malam di Merlimau di atas kemangkatan Permaisurinya.
Sebelum ini juga kesah Tun Teja yang dibawa lari ke Melaka dari Pahang oleh Hang Tuah diceritakan melalui klip video ini. Dalam klip video tersebut Tun Teja diberi makan sireh pinang yang membuatkan beliau lupa kasihnya kepada Hang Tuah. Ini diceritakan dalam sesetengah riwayat di mana sepanjang pelayaran Hang Tuah tidak menyentuh Tun Teja dan hanya memegangnya dengan beralaskan kain bila menolong Puteri Pahang itu ke darat setelah tiba di Melaka.
Pengajaran kepada generasi muda- orang Melayu zaman dulu sanggup buat apa sahaja untuk setia kepada Ugama, Raja dan Negaranya. |
No comments:
Post a Comment
Disclaimer- segala komen pembaca tidak mewakili pendapat penulis blog ini. Komen anda adalah hak peribadi anda dan penulis blog tidak bertanggungjawab jika komen anda mempunyai kata kata hasutan dan diambil tindakan undang undang. Oleh itu komenlah dengan bijak dan waras