Lewat ini begitu mudah orang mengangkat seseorang pemimpin politik itu sebagai wali. Maka syarahan kitab lama mengenai kewalian seseorang perlu diketahui supaya kita tidak mudah jatuh dalam perangkap duniawi. Apatah lagi jika pemimpin politik yang "diangkat" oleh penyokongnya menjadi "wali" itu mula mengeluarkan "fatwa" yang merosakkan akidah umat Islam.
Ciri Ciri Wali
Sumber
Kitab Hasyiah al-`Allamah al-Syeikh al-Islam al-Syeikh Ibrahim al-Baijuri `ala Kifayah al-`Awwam fi `Ilmi Kalam Li Syeikh Muhammad al-Fudhali di pondok, baboku/guruku membaca tajuk mengenai syarat-syarat WALI ALLAH, halaman 41...
"(قَوْلُهُ عَلَى وَلِيٍّ مِنَ الاَوْلِيَاءِ) قَالَ الْيُوْسِى نَقْلاً عَنْ بَعْضِ الأَئِمَّةِ لا يَكُوْنُ الشَّخْصُ وَلِيًّا إِلاَّ بِشُرُوْطٍ أَرْبَعَةٍ الأَوَّلُ أَنْ يَكُوْنَ عَارِفًا بِأُصُوْلِ الدِّيْنِ حَتَّى يَفْرِقَ بَيْنَ الْخَالِ...قِ وَالْمَخْلُوْقِ وَ بَيْنَ النَّبِى وَالْمُتَنَبِّى أَىْ مُدَّعِى النُّبُوَّةِ الثَّانِى أَنْ يَكُوْنَ عَالِمًا بِأَحْكَامِ الشَّرِيْعَةِ نَقْلاً وَفَهْمًا بَحَيْثُ لَوْ أَذْهَبَ اللهُ عِلْمَ أَهْلِ الأَرْضِ لَوَجَدَ عِنْدَهُ، الثَّالِثُ أَنْ يَتَّصِفَ بِالْمَحْمُوْدِ مِنَ الأَوْصَافِ كَالْوَرَعِ وَالاِخْلاصِ فِىْ كُلِّ عَمَلٍ الرَّابِعُ أَنْ يُلاَزِمَ الْخَوْفَ أَبَدًا بِأَنْ لايَجِدُ طَمَأْ نِيْنَةً طَرْفَةَ عَيْنٍ إِذْ لا يَدْرِىْ أَهُوَ مِنْ فَرِيْقِ السَّعَادَةِ أَوْ مِنْ فَرِيْقِ الشَّقَاوَةِ".
Maksudnya:
"(Katanya ke atas wali daripada sekian para auliya’) telah berkata al-Yusi hal keadaan dia menaqal pendapat dari setengah para Imam, seseorg itu tidak dianggap wali melainkan setelah menepati 4 SYARAT:
Yang PERTAMA: bahawa adalah wali tersebut arif (`alim) berhubung perbahasan usuluddin sehingga dia mampu membezakan di antara khaliq dan makhluk dan di antara nabi dan mereka yang mendakwa sebagai nabi,
YANG KEDUA: bahawa adalah ia/wali alim berhubung hukum-hukum syariah dari sudut dalil dan kefahaman dengan sekira-kira jika Allah ta`ala melenyapkan ilmu para ahli bumi, nescaya didapati ilmu tersebut di sisi mereka/para wali,
YANG KETIGA: bahawa bersifat mereka itu dengan sekian sifat yang terpuji seperti warak dan ikhlas dalam melakukan setiap amalan,
YANG KEEMPAT: bahawa melazimi mereka itu akan khauf/takut pada Allah selama-lamanya dengan sekira-kira tidak mendapati mereka itu ketenangan (mengingati Allah) walau sekelip mata kerana tidak mengetahui mereka itu apakah mereka itu dari kalangan mereka yang sejahtera ataupun dari kalangan mereka yang celaka ".
Kata Syeikhuna, setengah golongan sesat nak mengaut keuntungan dunia, maka dia mengaku WALI ALLAH sedangkan ia jahil mengenai ILMU AKIDAH,ILMU FEQH DAN ILMU TASAWWUF, maka orang yang mengikutnya tertipu dengan dakwaan sesatnya...JADI KEPADA ...SAHABAT2KU HATI2 kerana ulama Ahlussunnah Waljama`ah telah mengaris panduan kepada kita MACAMANA UNTUK KITA MENGENALI WALI ALLAH...tidak dikatakan wali orang YANG JAHIL MENGENAI ILMU AGAMA...ambo dah jumpa ramai...jadi inilah lampu kepada kita agar kita tidak tertipu dengan orang yang mengaku WALI ALLAH....
Ehsan Al Ashairiah Al- Syafi
No comments:
Post a Comment
Disclaimer- segala komen pembaca tidak mewakili pendapat penulis blog ini. Komen anda adalah hak peribadi anda dan penulis blog tidak bertanggungjawab jika komen anda mempunyai kata kata hasutan dan diambil tindakan undang undang. Oleh itu komenlah dengan bijak dan waras