Kongsi Ilmu

Sunday, February 27, 2011

mahkota dewa

Mahkota dewa adalah sejenis tumbuhan berkayu. Pokok yang matang boleh mencapai ketinggian sehingga 3-4 meter. Di zaman dulu pokok ini ditanam khas di dalam kawasan istana dan khas untuk tujuan pengubatan diRaja.

Begitu baiknya khasiat pengubatan sehingga ianya dilarang di tanam oleh orang kebanyakan. Bunganya berwarna putih dan berbau harum . Buahnya bila masak berwarna merah.

Namun apa yang tidak diketahui orang buah mahkota dewa ini di jual secara meluas di Bumi Hijaz Makkah dan Madinah.




buah mahkota dewa


Daerah asal Mahkota Dewa (Jawa), Simalakama (Sumatra)



Klafikasi  Saintifik Mahkota Dewa

Spesies


Phaleria Macrocarpa (Scheff.) Boerl @ Phaleria Papuana Warb Var.Wichnnii (val) Back


Deskripsi Tanaman :

Mahkota dewa merupakan tanaman jenis pohon yang berkembang dan tumbuh sepanjang tahun, ianya mampu mencapai ketinggian 3-4m.Batang bergetah terdiri dari kulit yang berwarna coklat kehijauan dan batang kayu berwarna putih, ianya berakar tunjang.


Daun :


Daun berbentuk lonjong , lansing, memanjang & hujungnya runcing, tepi daun rata, permukaan daun licin dan tidak berbulu.


Bunga :

Bunga mahkota dewa berwarna putih dan berbau harum. Bunga tersebut berukuran kecil menyerupai bunga cengkih.

Buah :

Buah mahkota dewa terdiri dari kulit, daging, cangkang & biji. Buah berbentuk bulat, diameter 3-5cm, permukaan licin, beralur, ketika muda warnanya hijau dan merah setelah masak. Daging buah berwarna putih, berserat dan berair.

Cangkang :

Cangkang buah merupakan kulit dari biji yang juga termasuk bahagian yang sering di manfaatkan sebagai ubat, ianya perlu di rebus terlebih dahulu.

Biji :


Merupakan bahagian tanaman paling beracun. Bentuknya bulat lonjong berdiameter sekitar 1cm & berwarna coklat, bahagian dalam berwarna putih.



Kandungan Kimia :

1. Daun : mengandungi antihistamin, alkaloid, saponin & polifenol (lignan)


2. Kulit Buah : mengandungi alkaloid, saponin & flavonoid.


3. Buah : alkanoid, tanin, flavonoid, fenol, saponin, lignan, minyak asiri & sterol.




Khasiat


Antara Penyakit Yang Dapat Disembuhkan Dengan Campuran Mahkota Dewa

1. Kulit Buah dan Daging Buah : mengubati disentri (cirit berdarah), psoriasis & jerawat.


2. Daun dan Biji : mengubati pelbagai jenis sakit kulit seperti ekzim & gatal2.

3. Buah : antitumor, antidisentri,antiinsekta, mengubati eksim, hepatotoksik & antibodi.


Kajian mendapati penyakit ini boleh disembuhkan dengan camporan mahkota dewa


1. Kanser & Tumor


2. Eksim (Penyakit Kulit)


3. Diabetis Melitus (Kencing Manis)

4. Hipertansi (Darah Tinggi)

5. Hepatitis (Radang Hati)


6. Reumatik (Sakit Sendi)


7. Asam Urat (Arthritis Gout)

8. Penyakit Jantung


9. Gangguan Ginjal


Catatan


- Bahagian buah terutamanya bijinya beracun, ianya perlu di rebus sebelum memakannya.

- Ibu hamil dilarang meminum hasil pemprosesan tumbuhan ini.

Rujukan :

-Atlas Tumbuhan Obat Indonesia-Jilid 3 (Dr.Setiawan Dalimartha), 13 Jenis


-Tanaman Obat Ampuh (B.Mahendra), Tumbuhan Obat & Khasiatnya-Jilid 2

-(Drs.H.Arief Hariana), Mahkota Dewa (Ir.W.P.Winarto & Tim Karyaseri).

No comments:

Post a Comment

Disclaimer- segala komen pembaca tidak mewakili pendapat penulis blog ini. Komen anda adalah hak peribadi anda dan penulis blog tidak bertanggungjawab jika komen anda mempunyai kata kata hasutan dan diambil tindakan undang undang. Oleh itu komenlah dengan bijak dan waras