Kongsi Ilmu

Sunday, February 6, 2011

Evakuasi di Mesir- terserlah sifat mazmumah bila situasi "fight or flight" timbul

Terima kaseh kepada blogger     medan-info-kita. yang update berita terkini dari Mesir. Sesungguhnya evolusi blogger pro kerajaaan yang menjadi blogger lapangan (in situ bloggers) menjadikan saluran komunikasi sentiasa terbuka bagi mengelakkan salah faham di kalangan rakyat Malaysia.

Semalam dalam fb saya ada highlight keluhan seorang ibu yang mana anaknya baru sehari  menjalani pembedahan sebelum rusuhan  dan perlu dievakuasi segera kerana maseh memerlukan rawatan lanjutan.

Pelajar itu bernama Asraf, pelajar tahun 2 Perubatan dari University Al Azhar. Dari senarai priority evakuasi, pelajar yang memerlukan rawatan/atas sebab perubatan, pelajar wanita tahun pertama dan mereka yang sudah berkeluarga dan beranak kecil diberikan keutamaan semasa evakuasi.

Tujuan saya mendedahkan ini bukan untuk mencari kesalahan tapi untuk mengelakkan ada tangan tangan gatal yang berusaha merosakkan hubungan pelajar / rakyat Sabah kepada Kerajaan pusat.

Ikuti keluhan lanjut seorang ibu di mana anaknya yang layak dalam senarai evakuasi di delete senarai namanya dan diganti dengan kumpulan pelahjar lain- Semoga team kita di Cairo maklum perkara ini dan pastikan tidak terlepas pandang dalam proses evakuasi ini

Kadang kala dalam situasi getir fight or flight, akan terserlah sifat mazmumah walaupon setinggi mana ilmu ugama dipelajari- Cerita ini untuk memperbaiki proses evakuasi dan muhasabah diri


Pelajar dari Sabah ini maseh uzur kerana baru sehari menjalani pembedahan semasa rusuhan berlaku

Pelajar ini dan keluarganya terpaksa berusaha balik sendiri setelah senarai mereka dalam program evakuasi  tahap priority dipadamkan untuk membawa pulang kumpulan lain-kenapa sampai jadi begini?

Alhamdulillah kami baru sampai dari Cairo-Bahrain-KL-KK.Usaha sendiri spt yg kami plan asal sebelum menerima arahan melarang kami ke airport .Kpd yg tak tahu cerita, anak saya pelajar Medic di Al Azhar masuk tahun 2 telah di operate di... Cairo. Saya dan suami ke Cairo utk melawat beliau. Sehari sampai Cairo, kekacauan berlaku. YAB Ketua Menteri Sabah mengumumkan akan membawa balik pelajar-pelajar dan hanya menunggu persetujuan YAB PM. Kemudian kami mdpt berita YAB PM telah bersetuju utk menghantar misi pemindahan rakyat Malaysia termasuklah rakyat Sabah .


Semua rakyat Malaysia di minta ikut arahan yg dikeluarkan.Maklumat yg diterima pemindahan akan diutamakan kepada siswi tahun pertama dan keluarga yang ada anak kecil dan keluarga yang ada masalah kesihatan. Senarai berdasarkan spesifikasi berkenaan diberi oleh Rumah Sabah kepada Kedutaan. Senarai itu termasuklah kami sekeluarga.

Pada malamnya kami mendapat berita senarai yg dikemuka telah confirm utk pemindahan keesokannya. Kami di arah bersiap sedia di mana kumpulan ini akan diterbangkan ke Jeddah pada sebelah pagi . J/kuasa di Kedutaan berjanji utk menghantar 3 buah bas ke Rumah Sabah jam 8 pagi utk urusan pemindahan. Malangnya sehingga jam 9pagi pemindahan belum juga berlaku. Apabila ditanya kpd Kedutaan didapati semua senarai yg semalamnya confirm telah didelete dan diberi kepada kumpulan lain.Ini mybbkn kami tidak jadi ke jeddah sebaliknya stranded di Cairo sedangkan sejurus mdpt maklumat kami confirm akn dipindahkan ke Jeddah, keluarga di Sabah telah uruskan pembelian penerbangan MAS Jeddah-KL-KK .

Kami menunggu panggilan seterusnya tetapi masih tiada (.Perkara ini telah dilaporkan kpd Kerajaan Negeri utk tindakan selanjutnya).


Kami perlu kluar dari Mesir memandangkan keadaan anak saya yg masih lemah dan perlu rawatan lanjut. Sekali lagi keluarga uruskan pembelian tiket Cairo-KL-KK mengguna Egypt Air tetapi malangnya walaupun tiket confirm Egypt Airtelah batalkan penerbangan ke Malaysia.

Sementara menunggu giliran misi Kerajaan, sekali lagi keluarga mengurus pembelian tiket baru Cairo-Bahrain-KL-KK Kali ini guna Gulf Air..Seat hanya ada pd Jumaat (semalam). Akhirnya inilah penerbangan yg membawa kami balik Ke Malaysia pd hari ini. Giliran pemindahan masih tidak menjadi kenyataan. Utk makluman Kerajaan negeri Sabah juga telah melakukan tindakan proaktif dgn membeli tiket utk pemindahan pelajar-pelajar Sabah dari Cairo yg masih terkandas menunggu giliran mereka . "

Sambung beliau lagi :-
"  pengajaran yg boleh di ambil: kdgkala di masa-masa kritikal ada yg terserlah sifat mahmudah nya dan ada yg kdgkala yg terserlah sifat mazmumahnya. Kdgkla terserlah nafsi-nafsi, kadangkala terserlah sifat mulia... kadangkala terlepas pandang , kadangkala sebab tak kisah kerana bukan kelompoknya... Mudah-mudahan kerana terlepas pandang. Kfabt serahkan pd Allah. Dia Yang Maha Mengetahui Segala Isihati dan menilai tingkah laku hambaNya. "-
Puan Faridah Datuk Abu Bakar Titingan adalah adinda kepada salah seorang mantan Timbalan Menteri dari Sabah.

No comments:

Post a Comment

Disclaimer- segala komen pembaca tidak mewakili pendapat penulis blog ini. Komen anda adalah hak peribadi anda dan penulis blog tidak bertanggungjawab jika komen anda mempunyai kata kata hasutan dan diambil tindakan undang undang. Oleh itu komenlah dengan bijak dan waras