latest affair, history, culture, politics, economy, spirituality, wellbeing, the feel good blog
Kongsi Ilmu
▼
Sunday, January 30, 2011
Hujan -hujan rahmat di Galas dan Tenang
Bagi mata-mata yang memandang sesuatu kejadian alam sebagai petunjuk dari Illahi, maka ada 2 peristiwa yang mempunyai persamaan di PRK Galas dan Tenang- Hujan yang lebat di malam sebelum pilihanraya berlaku
Hujan lebat di Galas dulu menyebabkan jentera kempen PAS punah kerana kempen berpaksikan ceramah besar besaran. Begitu jua ketakutan akibat banjir lumpur di kalangan orang asli yang selama ini menderita kerana ditipu dalam Projek Ladang Rakyat membuka hati mereka dengan izin Allah untuk mengundi Aziz dari UMNO.
Malam semalam hujan lagi...kali ini di Tenang.
Banyak acara terpaksa dibatalkan kerana hujan lebat. Pacakan bunting dan pemidang yang dikatakan senjata terakhir, juga tidak dapat dilakukan kerana hujan lebat. Penghantaran risalah juga tidak boleh dibuat kerana halangan hujan. Esok pula, kempen tidak dibenarkan. Meraih undi sudah lama dihalang oleh SPR. Memberikan risalah, flyers atau seangkatan dengannya, tidak lagi dibenarkan.
Dengan kata lain, biarpun kempen secara sulit dari pukul 8 pagi sehingga pukul 5 petang, akan diadakan, impaknya tidaklah begitu besar.
Apabila ditanya kepada kedua-dua kem, nyata masing-masing terkilan. Namun sebenarnya, hujan lebat yang turun, memberikan rahmat kepada semua petugas di Tenang, tak kiralah sama ada yang menyokong UMNO bagai nak rak atau berdarah dan berkulit hijau PAS. Setidak-tidaknya dari pangkal maghrib tadi sehinggalah sekarang, tidak banyak lagi dosa umpat, dosa fitnah, dosa menyelak aib dan dosa mengeji mencerca tercatat. Kalau ada pun, memang orang itu jenis yang semulajadinya pencinta dosa-dosa sebegitu. Lanjutan cerita di alhamdulillah-hujan-lebat-di-tenang.
Pada firasat saya amalan kempen ala Galas iaitu kempen bekelompok yang dijalankan UMNO dan BN tidak terjejas sangat kerana maseh dijalankan di rumah -rumah terpilih. Apapon ianya mungkin satu lagi petanda awal dari Ya Dzal Jalalil Wal Ikram, Pencipta alam ini bahawa UMNO/BN akan sekali lagi menang di Tenang, insyaAllah.
Dari kitab Minhajul Abidin penyebab terhalangnya kebaikan dan tidak mendapat pertolongan taufik dan tidak berjaya mencapai kehendak dan (tidak) dimenangkan atas musuh:
Telah berkata Hatim bin Asom r.a "Penaruh dendam bukan orang yang mempunyai ugama, dan pencela bukan (golongan) yang beribadat, dan pengacum bukan orang yang boleh dipercayai dan pendengki bukan orang yang mendapat pertolongan (Allah)"
Sama samalah kita renungkan erti hujan lebat di Tenang malam semalam.
ketenangan akan memberikan 'firasat tajam dan tepat' kepada pelajar dari alam yang tidak semulajadi kejadiannya.
ReplyDeletemoga ketenangan meliputi Tenang dengan bantuan yang tidak diundang dari Pencipta Sekelian Alam.
amin bijahiNnabi wasirril Fatihah