Kongsi Ilmu

Friday, January 28, 2011

Bolehkah kakitangan kerajaan diberikan cuti sakit berterusan selama 14 hari?

Persoalan yang bermain dalam benak hati setiap kakitangan kerajaan bila seorang penjawat awam diberikan cuti sakit berterusan selama 14 hari.

Klinik swasta tak dibenarkan memberikan MC atau sijil sakit lebih dari 3 hari berturut turut.

Bagi klinik milik kerajaan pula jika diberikan selama 14 hari berturut turut ianya juga jelas melanggar kod etika seorang doktor.

Seseorang pesakit boleh diberikan cuti  sakit berterusan jika SAHIH dia sakit seperti keguguran dan kemalangan

Bagaimanapun bagi yang mengalami manic depression atau masalah kemurungan, cuti hanya boleh diberikan setelah disahkan oleh doktor pakar. Lihat salinan cuti sakit  tersebut di bawah



Saya tak mahu membicarakan isu ini dari segi politik. Saya hanya mahu berbicara mengenai etika doktor yang menandatangani surat cuti sakit ini  dan etika seorang penjawat awam.

Cerita lanjut di SINI

Apakah klinik kerajaan yang memberi cuti sakit di dalam kes suami cikgu Mala mempunyai doktor pakar untuk mengesahkan masalah kemurungan yang dihadapi oleh si pesakit yang kebetulan suami seorang calon di PRK Tenang?

P/S Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pelajaran perlu menyiasat dan menghukum penjawat awam yang tidak beretika berdasarkan kepada Perkara Tatatertib dan Surcaj bagi Penjawat Awam.

No comments:

Post a Comment

Disclaimer- segala komen pembaca tidak mewakili pendapat penulis blog ini. Komen anda adalah hak peribadi anda dan penulis blog tidak bertanggungjawab jika komen anda mempunyai kata kata hasutan dan diambil tindakan undang undang. Oleh itu komenlah dengan bijak dan waras