Kongsi Ilmu

Sunday, December 5, 2010

Hikayat Sri Kelantan- akan berulangkah peristiwa "Mahkota Berdarah"?

Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yang baru dimasyurkan  telah menarik balik darjah kebesaran Tengku Razaleight Hamzah, nenekanda saudaranya sendiri di TM

Untuk makluman YBM Tengku Razaleight Hamzah adalah ayahanda saudara ke bawah Duli YTM Tengku Anis iaitu bonda Sultan Muhammad V sendiri.

Pemasyuran Sultan Kelantan pula dibuat dengan jasa Dato' Syukri yang juga Anggota Majlis Perajaan Kelantan dan seorang Peguam UMNO yang meminda Undang undang Tubuh Negeri Kelantan bagi membolehkan Pemangku Raja menaiki takhta kerana DYMM Sultan Ismail gering berpanjangan.

Hikayat Sri Kelantan mengesahkan bahawa Kesultanan yang ada sekarang bermula setelah berlakunya Tragedi Kain Cindai dari Kota Melaka yang menyaksikan Permaisuri Kelantan yang tidak bersalah dan sepupu kepada Putera Raja Reman Long Ghafar dihukum bunuh akibat cemburu buta. Akibatnya Long Ghafar sebagai anggota keluarga Baginda Permaisuri telah menjalankan hukum hudud yang pertama ke atas Raja Jembal ketika itu. Anehnya juga keturunan Raja Jembal itu yang menjadi memanda menteri di Kelantan kala ini.

Long Ghafar membuka istana di Limbat dan mengajar rakyat jelata Kelantan atau "Negeri Yang Di Kerat Lintang" ugama Islam dengan memakai topeng muka. Negeri tersebut di bahagi dua dan hukum hudud dijalankan di seluruh negeri Kelantan oleh Long Ghafar dan keturunannya sahaja. Sahabatnya Long Yunus yang dianggap adiknya sendiri ditinggalkan di istana untuk acara ceremonial sahaja.  Setelah pemberontakan Tok Janggut dipatahkan oleh British pada tahun 1940 dinasti Long Yunus memegang keseluruhan tampok pemerintahan di negeri Kelantan moden.

Hmm dari Tragedi berdarah Kain Cindai ke Tragedi Mahkota "berdarah" di istana Kelantan 2010...kenapa negeri Kelantan tidak pernah aman? Apakah ada rahsia dan wasiat tok wali  yang tak ditunaikan lagi?

No comments:

Post a Comment

Disclaimer- segala komen pembaca tidak mewakili pendapat penulis blog ini. Komen anda adalah hak peribadi anda dan penulis blog tidak bertanggungjawab jika komen anda mempunyai kata kata hasutan dan diambil tindakan undang undang. Oleh itu komenlah dengan bijak dan waras