Orang akan memikirkan kehidupan di Putrajaya bandar terancang amat gah. Malah faktor utama memilih Putrajaya sebagai tempat berteduh ialah kerana keselamatan.
Di Putrajaya kawalan keselamatan maseh terkawal. Pada tahun 2002 kadar jenayah di Putrajaya ialah sifar. Jenayah yang dilaporkan kepada PDRM ialah kehilangan kasut yang diletakkan diluar rumah. Waktu itu penduduk Putrajaya yang ada cuma 15,000 orang sahaja
Rondaan polis seriap 1 jam sekali membuatkan kami berada dalam selimut selamat. Tambah lagi dengan adanya CCTV kamera (setakat di jalan dan taman, CCTV tidak zoom ke dalam kediaman untuk menjaga privacy ya) maka penduduk Putrajaya terasa sangat selamat.
Setelah Alamanda di buka ada tahun 2005 barulah Putrajaya berkembang. Tambahan lagi pegawai kerajaan dah mula yakin bahawa Putrajaya adalah bandar terbaik untuk mereka. Maka berduyun duyun pegawai kerajaan membeli rumah yang diletakkan diskaun 25 peratus kepada mereka di Putrajaya.
Bersama sama dengan populasi homogeneuos ini ada satu penyakit di kalangan pegawai kerajaan (dan isteri mereka). Maaf saya terpaksa menegur kerana saya yakin PDRM pon pening dengan penduduk di Putrajaya.
Maklumlah pegawai kerajaan dan isteri mereka ni dah terbiasa duduk luar negara. Uh ada satu umppphh lagi....pengalaman duduk luar negara sebagai pelajar amat berbeda dengan pengalaman duduk luar negara sebagai isteri kepada pegawai kerajaan merangkap Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD). Mereka ini dah diasuh dengan protokol dan function besar. Kalau orang utara cakap ada sikit cemuih.
Pegawai PTD bila balik Malaysia , beli rumah dan renovate rumah dengan selengkapnya sebab dapat elaun COLA.
Maka tersebutlah kesah di sebuah taman di Putrajaya yang 100 peratus private own. Disebabkan ianya kediaman sendiri, maka berlumbalah bekas penghuninya mencantikkan rumah dan taman maseng maseng walaupon tiada pagar.
Al kisah kediamannya dekat dengan sekolah. Maka budak sekolah dari kawasan perumahan kuarters duduk sebentar menikmati ikan emas dalam taman sambil mengocak-ngocak air kolam.
Si isteri pegawai PTD tadi terus memanggil pelajar berusia 9 tahun dan mengunci mereka di antara ruang balkoni yang ada pintu grill. Polis telah dipanggil bagi menangkap pelajar tersebut.
Saya sedeh kerana isteri pegawai PTD tidak menggunakan budi bicara dalam hal ini. Permohonan maaf telah dipohon oleh ibu bapa yang terlibat. Malah pihak sekolah yang berdekatan telah maklum dan menghukum pelajar tersebut.
Apakah wajar isteri pegawai PTD bertindak demikian? Laporan polis telah dibuat oleh isteri pegawai PTD. Wajarkan masa depan kanak kanak berumur 9 tahun dicemari kerana nafsu amarrah seorang isteri kepada pegawai PTD? Kesalahnnya kecil bdak sekolah itu tidak melibatkan jenayah ...hanya yang dilakukan ialah mengocak air dalam kolam lalu dituduh mencuri ikan emas.....aduhhhh JPA perlu kesan tahap kesihatan mental bukan sahaja pegawai PTD tapi isteri isteri kepada pegawai berkenaan!
Kita harus bersimpati dgn isteri pegawai tu. Dia dapat isteri yang kurang siuman.
ReplyDeleteYa...setuju gak..mungkin isteri PTD tersebut TIDAK siuman atau sifatnya hanya 3/4..kesian anak kecil tu..
ReplyDeleteSebagai seorang insan yang waras apatah lagi sudah berstatus ibu tindakan bijaksana perlu di ambil dalam menangani setiap persoalan dlm kehidupan.Jangan nak bergaya seperti orang terpelajar mahu sentiasa nampak glamour tapi hakikatnya.....Jadilah manusia yg tidak menyusahkan manusia lain.
ReplyDeleteAnon 8.46 am- ya saya amat bersimpati. Kerukunan rumahtangga memberikan ilham yg baik untuk pegawai PTD fokus bagi melaksanakan tugas dgn baik
ReplyDeleteAnon 9.36 am-sesuatu hukuman mesti setimpal dengan kesalahan. Marahpon begitu, kemarahan yg teramat besar sehingga buat laporan kepada polis tidak setimpal dengan kesalahan budak kecil itu
Anon 1.29 pm-banyak manusia berlagak kaya, terpelajar apatah lagi menumpang kedudukan dan gelaran suami
Tapi akhirnya kelakuan insan itu sesama insan selain kelakuan dia menghadap Penciptanya yang membedakan antara insan yang terpelajar dan berhemah dengan insan yang hanya berbaju cantik tapi hatinya tidak cantek dan otaknya kurang siuman
Inilah penyakit Melayu dan sekalian manusia. Bila dapat pangkat, maka jadi SOMBONG !!!
ReplyDeleteIblis kufur kpd ALLAH sebab penyakit ini.