Kongsi Ilmu

Tuesday, November 16, 2010

SELAMAT HARI RAYA EIDUL ADHA

Salam kepada pembaca semua.

Selamat Hari Raya Eidul Adha.

Umat Islam di Malaysia menyambutnya pada 17 November bersamaan 10 Zulhijjah.

Eidul Adha sewajarnya disambut dengan penuh kesyukuran. Tambahan lagi kita maseh dipanjangkan nyawa dan dikurniakan rezeki dalam bentuk kekeluargaan, sanak saudara dan rakan taulan, kesehatan, kekuatan kudrat serta harta. Sesungguhnya mereka yang menunaikan ibadah korban pada hari hari Tasyrik mensyukuri nikmat yang Allah kurniakan kepada mereka.

Ibadah Korban ini sebagai mengenang pengorbanan Nabi Ibrahim a.s  yang berkorban anaknya Nabi Ismail a.s kerana takwa kepada Allah. Nabi Ismail pula redha dengan ketetapan itu. Dan akhirnya ketakwaan Nabi Ibrahim serta keredhaan Nabi Ismail dibalas dengan menggantikan Nabi Ismail dengan seekor  khibas.
Rupanya itulah ujian Allah kepada dua beranak tersebut.

Dalam kehidupan kita ada masanya kita diuji dengan pelbagai ujian. Maka ujian yang mendatang harus ditempoh dengan rasa takwa dan redha.

Semoga kesah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail ini menjadi pedoman kepada kita semua.

No comments:

Post a Comment

Disclaimer- segala komen pembaca tidak mewakili pendapat penulis blog ini. Komen anda adalah hak peribadi anda dan penulis blog tidak bertanggungjawab jika komen anda mempunyai kata kata hasutan dan diambil tindakan undang undang. Oleh itu komenlah dengan bijak dan waras