Kongsi Ilmu

Monday, October 25, 2010

Ulama sebenar tak mahu campor politik-Mufti Perak

Sikap membisu kebanyakan ulama di negara ini adalah disebabkan mereka tidak mahu terlibat dalam mana-mana parti politik.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, sebagai pihak yang menjurus kepada soal-soal keagamaan, adalah lebih baik jika mereka tidak dikaitkan dalam urusan itu.

“Saya pun tidak suka bercakap soal politik, saya bercakap tentang perpaduan orang Melayu,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan wakil Perak, Datuk Rosli Husin ketika membentangkan usul agama dan pendidikan dalam Perhimpunan Agung UMNO semalam yang mahu institusi agama bijak menangani isu berkaitan agama terutama yang ditimbulkan parti pembangkang agar mereka tidak dilihat seperti dilanda ‘sindrom bisu.’

Rosli bimbang, jika isu-isu yang dibangkitkan itu tidak segera diperjelaskan kepada rakyat, ia boleh menimbulkan perpecahan umat serta persepsi negatif terhadap Islam.

Dalam hubungan ini, katanya lagi, Majlis Agama Islam di negeri-negeri perlu agresif dan senada ketika memberi penjelasan berkaitan soal hukum dan fatwa agar difahami umum.

Menurut Harussani, beliau sering menjadi sasaran parti-parti pembangkang apabila berusaha membantu menjelaskan sesuatu isu.

“Bila saya kena hentam, tiada siapa pun bantu saya. Tetapi disebabkan saya bercakap atas kepentingan Melayu, saya tak kisah,” katanya.-di petik dari Perak Today http://peraktoday.com/

3 comments:

  1. ye lah. mufti perak mengaku nampaknya dia bukan ulama sebenar. sebabnya dia pun masuk campur urusan politik, terutama yg menyebelahi pemerintah.

    ReplyDelete
  2. mungkin pakcik tak tahu-ulama sebenar takkan campori politik tapi bila bab yang merosakkan akidah umat Islam dan melemahkan umat Islam-mereka akan bangkit bercakap-bacalah perenggan tersebut sekali lagi

    ReplyDelete
  3. di Nusantara..Indonesia,Tanah melayu dan lain lain dijajah lebih dr 300 hingga 400 tahun tetapi mengapa kita menjadi negara2 yg kekal ISLAM dan menjadi antara negara2 yg MAJORITI umat ISLAM..? itulah peranan Ulamak2 Rabbani (Ulama sebenar) yg diwariskan kepada Ulamak2 SUFI,Habaib yg menjadi benteng kekuatan ISLAM merekalah para pendak...wah yg sebenar..!! apajadi dgn ulamak2 parti politik dan kaum muda..? penjajah hanya mencipta idealisme saja habis haru biru..habis berpecah semua dikafirkan!!hanya dgn kalimah sekular saje habis semua org yg tak sokong dia jadi sekular..! tu bukan ulamak rabbani..!!
    Sebenarnya ulamak rabbani akan membawa umat islam mempunyai beberapa ciri antaranya 1.amar maaruf, nahi mungkar ....ulamak parti politik hanya mengutamakan nahi mungkar, amar maaruf no 2..hehehe nahi mungkar pun tenguk juga kalau ada untung nahi mungkar la, kalau takde untung takpe
    ·

    ReplyDelete

Disclaimer- segala komen pembaca tidak mewakili pendapat penulis blog ini. Komen anda adalah hak peribadi anda dan penulis blog tidak bertanggungjawab jika komen anda mempunyai kata kata hasutan dan diambil tindakan undang undang. Oleh itu komenlah dengan bijak dan waras